Rawr! Mighty Monster Character Cafe & Bar Kini Di Buka Di MyTown Shopping Centre!

Mighty Monster, sebuah kafe & bar yang membawa konsep karektor raksasa kini telah dibuka di MyTown Shopping Centre pada 16 Mac 2018 yang lepas. Lebih daripada 200 orang tetamu telah dijemput untuk memeriahkan acara pembukaan rasmi cafe tersebut disamping mencuba menu hidangan unik di sini. Bagi yang belum pernah ke sini, ianya terletak bersebelahan sahaja dengan IKEA Cheras. 


Kafe terbaru ini menghidangkan seleksi menu 'Australian brunch' yang telah diolah dengan citarasa tempatan sejak tahun 2017 lagi. Mighty Monster, merupakan sebuah kafe pork-free yang menyajikan gabungan masakan Asia dan Barat yang menarik, merupakan sebuah kafe yang boleh dikategorikan sebagai sebuah kafe dengan pelbagai menu.




Saat tiba di kafe ini, terus tertarik dengan dekorasi dan suasana disini. Konsep yang amat berbeza dengan dinding cafe yang dibuat dari pintu-pintu lama dan dihias dengan gantungan botol di satu bahagian bumbung kafe. Mempunyai 2 bahagian ruang makan di dalamnya termasuk bahagian bar. Terdapat juga bahagian outdoor di bahagian bar.



Mighty Monster adalah jenama dan personaliti yang dicipta dan dimiliki sepenuhnya oleh Kumpulan Cobber yang diasaskan oleh Adam Ooi dan Tommy Swee sebagai pengasas bersama. Mereka berdua mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri F&B dan mengamalkan prisnsip "Forgive, Share & Always Remember Where You Began". Menu fusion istimewa di sini dicipta dan diinspirasikan oleh Ketua Chef Andrew Karmajana yang berasal dari Indonesia. Mempunyai pengalaman sebagai chef di Australia dan juga Indonesia memberi inspirasi kepada beliau untuk mencipta satu kelainan dalam menu yang dihidangkan di Mighty Monster.


Berikut di antara menu hidangan yang ada di Mighty Monster. Detailing dalam English sebab lebih sedap di baca. Terus rasa macam nak makan. Hehe.


Monster Burger
Signature beef brisket patty, creamy mac and cheese, sunny-side up egg, iceberg lettuce, fresh tomatoes, pickled jalapenos with a secret sauce in between charcoal buns and a side of rustic potatoes.

RM38

Hulk Smash
Smashed avocado, confit cherry tomatoes, poached eggs and cucumbers on multigrain tumeric toast topped with pumpkin seeds and a side of seasonal greens with balsamic glaze.

RM28

Sweet Escape
A slice of housemade fruit bread with berry gel. mixed berries, mini pretzels, banana chips, avocado ice cream, cocunut crumbles on peanut butter sauce.


Seterusnya ni, Kak Bell letakkan semua menu yang ada pada masa hari perasmian tersebut. So, enjoy tengok gambar makanan ni semua ye!

Grandma Chicken Satay Burger


Cured Salmon Fillet


Truffle Mac & Cheese


Chicken Yakitori


Crab Croquetas


BBQ Pulled Lamb Shoulder


Calamari & Watermelon Salad


Spicy Asian Scrambled Eggs


Peking Duck Gyoza


Dulce De Leche Lava Cake


Mighty Waffle


Bombe Alaska



Outlet kedua Mighty Monster akan dibuka di IPC, Kota Damansara pada June 2018 nanti. Selain itu juga, mereka akan melancarkan Monster Coffee Lab salah satu perancangan dalam Monster Project, iaitu sebuah QSR (quick service restaurant).

Semua menu yang Kak Bell rasa pada hari tersebut, memang menepati citarasa. Sangat sukakan Peking Duck Gyoza dan kuah pencicah gado-gado yang tersangatlah sedap! Lagu yang dimainkan pun pelbagai dari lagu Inggeris ke lagu Peter Pan pun ada. Tempat yang sesuai untuk bersantai sambil menikmati hidangan istimewa disini.

Mighty Monster
G-019, MyTown Shopping Centre
Kuala Lumpur
Sun-Wed : 10AM-12AM
Thu-Sat : 10AM-2AM

Website | Facebook | Instagram




CONVERSATION

36 comments:

  1. Wah pelbagai makanan menarik di kafe ni. Tengok di post ni pon dah tampak menyelerakan kan. Deco dalam kafe ni pun ekslusif. Sambil gembirakan perut, minda pun tenang..

    ReplyDelete
  2. Wahhh tengok makanan dia je dah terlioq dah. Sis ni pantang tgok makanan cecantik ni..sure tergoda gitu..hahaha.
    Deco kedai ni pun not bad, nampak selesa je. Bila nak belanja sis ni..kihkihkih

    ReplyDelete
  3. Yaallah kebulur tau kita tengok makanan2 dia. nak kena pergi ni, dah dekat dengan rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa lagi ajaklahh kita sekali nanti. Pastu makan kat IKEA pulak. haha

      Delete
  4. Menarik sangat dekorasi cafe ni. Nampak kemas, cantik dan tersusun. Tengok makanan-makanan ni lagi lah buat kecur ailio. Banyak juga pilihan makanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak pilihan menu. Pelik2 namanya. But memang sngt kreatif!

      Delete
  5. Ambiance, environment buat akak jatuh cinta...cantiknyaaaaa...tenang jer..banyak sudut cantik2 untuk ambil gambar...nak makan berdua ngan suasana romantik pun ok kan...makanan tu..aduhaiiii...kejam la entry ni...terus craving

    ReplyDelete
  6. Wah menarik semua makanan mereka sediakan.

    Selalu gak nampak tempat ni bila ke Mytown.

    Tapi takut nak masuk sebab takut mahal..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Harga boleh tahan kan. Pitam gak tengok

      Delete
  7. Ohoii sedapnya. Dah la tengah diet utk standby puasa. Ni saje la bg kita pi mytown. Hahaha. Harga not bad eh. Bleh cuba nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Not bad la sangat Ruby. Nak merasa bolehlah, selalu tu idoklerrrr.

      Delete
  8. Ya Allah menggugat keimanan betul tgok mknn2 tu. Nampak sedap sgt. Creative lh cari dorg plating mknn tu. Nk cuba jugak lah !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan plating dorang. Siyes menarik..sedap pun sedap

      Delete
  9. Nama cafe ni catchy. Food presentation ada kelas tersendiri sampaikan scramble egg cantik dihias begitu rupa. Teringin sangat nak try sweet escape tu....

    ReplyDelete
  10. cute cafe name.. mighty monster.. looks yummy and delicious, the foodie...

    ReplyDelete
  11. The mighty alaska and monster burger looks super tempting! and i am loving the ambience for sure...like every corner is perfect for a selfie...or an instagram post

    ReplyDelete
    Replies
    1. True..so true. Tempat ni cantik. Suka dan sesuai nak dating.

      Delete
  12. Makanannya sangat menggoda... Cafe pon cantik sangat decoration nya.. kalau berpeluang berada berdekatan, nak juga mencubanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ke sini, bolehlah singgah nanti Irra

      Delete
  13. Asyik nih jalan jalan sambil nongkrong bareng ngumpul teman teman di Mighty Monster, banyak menu yang bisa di pesan sesuai selera

    ReplyDelete
  14. rindu sangat ngan duck gyoza tu... issh.. nak lagi lah.. jom kita pergi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..sedap. Banyak kot Bella makan

      Delete
  15. Whohoo. Menarik konsep dia, lain daripada yang lain. Range harga macam mana sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan juga harganya. Lupa nak amek gambar buku menu

      Delete
  16. Dekorasi mighty monster ni menarik lah memang sesuai untuk instagrammers bergambar kan. Makanan pun menarik lah nampak sedap.


    www.liahasty.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan dia pun cantik..bukan cakap kafe je. Huhu

      Delete
  17. Dah mcm monster university je.. mmg sedap je tgk peking duck tu... mmg nak kena serbu mighty monster nnt

    ReplyDelete
  18. Omg... semua sedap sedap i wan to try also. I miss out the review on that day and guess I will go and try the Cured Salmon Fillet and their Dulce De Leche Lava Cake macam menggoda sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh! You should try dining here. Not bad tho!

      Delete
  19. cantiknya interior mighty monster ni. makanan pun nampaknya sedap-sedap. nak try bombe alaska satu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boelh2..Apa kata 2 bijik bom alaska. Hahaha

      Delete

Back
to top