Energizer Shop In The Dark 2018 Menawarkan Hadiah Lumayan Bernilai RM120,000!

Energizer Malaysia Sdn Bhd, salah satu daripada pengeluar bateri utama terbesar di dunia dan Pembuat Bateri Paling Tahan Lama Di Dunia telah melancarkan Energizer Shop In The Dark 2018 dengan mengembalikan pertandingan popular ini untuk tahun ke tiga berturut-turut. Pertandingan yang kini lebih besar dan lebih baik, menawarkan hadiah menarik bagi pemenang kempen Energizer Shop In The Dark tahun 2018.

One of the participants of the Energizer Shop In The Dark 2018 
virtual reality game at the roadshow

Majlis pelancaran yang diadakan pada 16 Mac 2018 bertempat di Concourse Old Wing, One Utama Shopping Centre, dirasmikan oleh Mr Alberto Ramirez-Icaza, Senior Director - Developing Markets, Energizer Holdings Inc dan Mr Aaron Abner Ang, Senior Brand Manager - Malaysia, Singapore & Indonesia, Energizer Holdings Inc. Bagi tahun ini, 10 finalis akhir akan berpeluang memenangi voucher membeli belah sehingga RM120,000 dalam kempen Energizer Shop In The Dark.


“Berikutan maklum balas mengujakan serta penyertaan yang memberangsangkan daripada orang awam bagi kempen Energizer Shop In The Dark yang telah dianjurkan sejak dua tahun lalu memberi motivasi kepada kami untuk mengembalikannya untuk tahun ketiga, tetapi dengan menjadikannya lebih mengujakan! Kami menawarkan hadiah yang lebih besar dan memperkenalkan lebih banyak cara untuk menyertai pertandingan pada tahun ini, jadi jangan lepaskan peluang anda! Kami menjadikan siri jelajah dan cabaran Realiti Maya kami di siri jelajah ini lebih mudah disertai, dengan mengadakan siri jelajah di lebih 60 lokasi di tujuh bandar sekitar Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak buat pertama kalinya,” kata Aaron Abner Ang, Pengurus Besar Kanan - Malaysia, Singapore & Indonesia, Energizer Holdings Inc.

L to R - Mr Lee Kim Chye (Energizer Business Director - Malaysia, Singapore and Indonesia) and Mr Alberto Ramirez-Icaza (Senior Director - Developing Markets, Energizer Holdings Inc)

Semasa pelancaran rasmi tersebut, pihak penganjur turut menyediakan aktiviti menarik bagi yang hadir untuk mencuba sendiri permainan cabaran Realiti Maya (VR Challenge). Buat pertama kalinya juga, Kak Bell tak melepaskan peluang untuk mencuba permainan ini. Pada mulanya agak kekok kerana tidak pernah mencuba permainan Virtual Reality (VR)! Dalam cabaran ni, peserta perlu membeli belah dalam gelap dan dapatkan senarai barangan yang dipaparkan pada skrin. Disebabkan cabaran adalah di dalam keadaan gelap, pemain perlu mengutip bateri Energizer supaya lampu kekal menyala. Terkial-kial juga Kak Bell bermain permainan tersebut disebabkan kadar gerakan terlalu laju dan tak dapat identify barangan yang diperlukan. Setelah 2 kali percubaan, cuma 3 markah sahaja yang diperolehi. Jika salah kutip barangan akan minus 1 markah. Walaupun 3 markah, Kak Bell seronok sebab dapat mencuba pengalaman baru.



Tarikh penyertaan bagi Energizer Shop In The Dark tahun ini dibuka bermula 14 Mac sehingga 31 Mei 2018. Penyertaan boleh dilakukan mulai 14 Mac dengan menyertai cabaran Realiti Maya di lokasi siri jelajah atau mulai 15 Mac dengan menghantar borang kemasukan secara online atau pos, atau bermain permainan di www.sitd2018.com.my. Pengguna boleh menyertai pertandingan ini menerusi salah satu atau kesemua tiga-tiga cara, menjadikannya lebih mudah untuk orang awam daripada negeri luar lokasi siri jelajah untuk menyertainya. Setiap penyertaan menerusi cabaran Realiti Maya dan borang penyertaan perlu menyertakan resit pembelian berjumlah RM15 dan keatas bagi produk Energizer atau Eveready.


VR Challenge Shop In The Dark

Sejumlah 10 finalis akan dipilih iaitu 6 finalis daripada cabaran Realiti Maya, 3 finalis daripada penyertaan borang pertandingan dan 1 finalis daripada penyertaan permainan dalam talian. Kesemua kesepuluh finalis ini, akan menyertai pertandingan akhir di mana peserta akan diberi masa 10 minit untuk membeli-belah barangan bernilai sehingga RM12,000 bagi setiap finalis! Menarik bukan? Pertandingan akhir ini akan diadakan di sebuah lokasi pada tarikh yang akan diumumkan kemudian.


Orang awam boleh melayari microsite khas bagi Energizer Shop In The Dark 2018, bagi mengetahui informasi menyeluruh berkenaan pertandingan berkenaan dan senarai penuh lokasi siri jelajah serta cara penyertaan dan peraturan pertandingan bagi Energizer Shop In The Dark 2018. Orang awam juga boleh menghantar penyertaan secara online dan bermain permainan di microsite tersebut. Bagi peminat permainan VR dan permainan dalam talian bolehlah sertai pertandingan ini.

Untuk mendapatkan informasi lanjut mengenai kempen Energizer Shop In The Dark 2018, boleh layari www.sitd2018.com.my dan juga dapatkan maklumat terkini mengenai aktiviti di laman Facebook Energizer.
Website | Facebook


CONVERSATION

18 comments:

  1. Memang best main VR ni Kak Bella, orang yang tengok kita main tu yang ingat kita gila duk kehulu kehilir sorang2. Padahal kita memang nampak permainan tu macam real. Finalis berpeluang menang RM120k tu uwaii, kena betul2 well-prepared ni kalau nak join pertandingan ni.

    ReplyDelete
  2. Wahh tak dapat bayangkan macam mana nak membeli-belah dalam keadaan yang gelap macam tu,. Tapi, best jugak kan. Pengalaman baru. Hadiah yang ditawarkan lumayan tu, RM 120,000 .

    ReplyDelete
  3. Boleh tahan menarik hadiah yang ditawarkan.memang kalau bateri dekat rumah ni beli jenama energizer je.

    ReplyDelete
  4. Energizer is a good brand. Always my choice. The VR game is super interesting. I would love to try.

    ReplyDelete
  5. This is really cool and exciting seeing you on vr.. lolz... You must be having a lot of fun there...

    Racheal

    ReplyDelete
  6. Mak aii..kalau macam ni la best yg x expert pun boleh jadi expert ni...hadiah pun melampau best tu ha..tp kena buat tak tau malu la dengan cabaran VR ni kan..

    ReplyDelete
  7. Wahhh nampak menarik betul! Macam-macam teknik marketing sekarang ya! Lebih interaktif dan kreatif! Hihi... Nak cuba jugaklah!

    ReplyDelete
  8. memang menarik...main VR kadang rasa macam nak terlanggar dinding..hahah done follow blog sis yang cantik ni <3

    ReplyDelete
  9. Let's join the game. Who know we will be selected for the final and get to challenge energizer shop in the dark 2018. the prize so attractive. I play online now the game.

    ReplyDelete
  10. First time dengar pasal Shop In The Dark ni...x pernah perasan pun ada peraduan macam ni before this...syok la kak Bell ehhh boleh join main VR bagai! mesti happening gila kalau tgk live! hahahaha

    ReplyDelete
  11. Bateri jenama Energizer ni memang tidak asing lagi dan selalu guna jugak. Best nya sis dapat cuba main VR games ni. Hadiah ditawarkan menarik lah.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  12. Wowww...hadiah lumayannya..bestnya sape yang menang. Sis tak pernah main VR ni..tapi anak selalu jugak main.

    ReplyDelete
  13. Tak pernah cuba lagi guna VR ni. Mesti kelaut kalau main..haha. Bella ok la jugak dapat 3 markah. kite ni agaknya mesti kosong. So, bagi yg pandai guna VR boleh la cuba contest ni. mana tau ada rezeki kan...

    ReplyDelete
  14. Bestnya. Ayu x pernah lagi main vr game ni. Macam menarik. Psst: smlm siap beli bateri ni sebab nak join contest kihkihkih

    ReplyDelete
  15. Menariknya! Tak pernah cuba lagi VR nie. Kalau dapat main, seronok oii!

    ReplyDelete
  16. Tertiba teringat event Energizer pada tahun 2010/2011 main paintball guna pallet yang boleh glow in the dark... Best sangat waktu tue

    ReplyDelete
  17. Menariknya event ni. Tak pernah terfikir VR shopping pun ada.

    ReplyDelete
  18. Yes such a fun and exciting VR Challenge, I can't wait know who will be the top winners.

    ReplyDelete

Back
to top