Aneka Laksa Di Laksaamana @Damansara Uptown - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Aneka Laksa Di Laksaamana @Damansara Uptown

Trending

Aneka Laksa Di Laksaamana @Damansara Uptown

Laksa atau asam laksa merupakan makanan Peranakan yang tidak syak lagi menjadi hidangan yang popular bagi setiap rakyat Malaysia. Kecur air liur dibuatnya bila dah datang mengidam nak makan laksa. Kebiasaannya, laksa terdiri daripada mi beras atau bihun dengan ayam, udang atau ikan dan disajikan dalam sup pedas atau masam. Di Malaysia sahaja, setiap negeri di Malaysia memiliki versi laksanya tersendiri, termasuklah Singapura. Kali ini, Kak Bell nak kongsikan sebuah restoren yang menyajikan pelbagai hidangan laksa iaitu Laksaamana Damansara Uptown.



Laksaamana Damansara Uptown ini merupakan outlet terbaru dari rangkaian restoren Laksaamana yang menyediakan menu hidangan Asia yang terletak berhadapan dengan The Starling Mall. Mula beroperasi pada 10 Mac 2018 yang lepas dan pembukaan rasminya akan diadakan pada 21 Mac 2018 yang akan datang. Terdapat 4 outlet di sekitar Kuala Lumpur iaitu di IPC Shopping Centre (Ikano), The School Jaya One, Shell Pandan Mewah dan paling terbaru ialah outlet Laksaamana Damansara Utama (Uptown). Selain di Malaysia, terdapat juga outlet di Singapura dan kesemua rangkaian restoran Laksaamana mendapat pengiktirafan sijil HALAL. Oleh itu, tak perlu rasa bimbang dan ragu untuk mencuba hidangan disini. 


Untuk lokasi dan alamat penuh, boleh semak di sini > Laksaamana Outlet.

Outlet Laksaamana Damansara Uptown ini mempunyai konsep 'bar terbuka' dimana pelanggan boleh melihat sendiri makanan yang disediakan. Berkeluasan separuh kedai, ruang makannya memanjang kebelakang dan masih menampilkan ruang yang selesa untuk pelanggan.



Kebanyakan menu yang disediakan adalah menu yang menjadi selera rakyat Malaysia sejak dahulu lagi. Terdapat 5 jenis menu laksa, aneka hidangan Seafood Noodles dan juga menu nasi. Di sini juga ada disediakan menu sampingan seperti keropok lekor, popia, dan lain-lain lagi. Minuman 'free flow' juga turut ada disediakan kepada pelanggan. Untuk senarai menu, bolehlah semak seperti di bawah.



Semasa kunjungan tempohari, sempat Kak Bell mencuba beberapa hidangan di Laksaamana Damansara Uptown. Semestinyalah, harus mencuba hidangan utama mereka iaitu asam laksa! Berikut di antara menu hidangan yang Kak Bell dah cuba.


Asam Laksa
Asam laksa disini ada rasanya yang tersendiri. Terasa kepedasan dan rasa masam laksanya dengan kuah ikan yang pekat. Terdapat hirisan bawang, nenas dan timun disamping petis otak udang yang menaikkan lagi kesedapan asam laksa ni.

RM 8.90

Royal Seafood Noodles
Bagi peminat makanan laut, bolehlah mencuba menu ini. Di dalamnya ada udang, hirisan sotong, kupang (mussels), kerang, tofu dan telur rebus. Kuah supnya sedap, tidak seperti kuah kari laksa yang lemak dan berminyak. Memang recommended menu ni sebab ada pelbagai seafood dan berbaloi.

RM 15.90

Nasi Legend
Bagi yang inginkan hidangan berlauk yang pelbagai bolehlah mencuba menu Nasi Legend. Untuk hidangan nasi ini ada ketulan ayam goreng, ikan goreng, telur mata, telur hancur bercili disamping jelatah, sambal dan timun. Semangkuk kuah kari juga disediakan untuk hidangan ini.

RM14.90

Keropok Lekor

RM5.50

Fish Ball + Seafood Tofu


RM 5.50

Kedondong Shake + Coconut Shake
Untuk minuman pula, Kak Bell mencuba Kedondong Shake dan Coconut Shake. Kedua-duanya memang sangat sedap untuk basahkan tekak. Memang terasa kedondong dan buah kelapa dalam minuman ni. Kak Bell recommend korang cuba kedua-dua minuman ni. 

RM7.90

Selain menyajikan hidangan di outlet, Laksaamana juga ada menyediakan perkhidmatan katering dan food truck. Bagi yang tak sempat singgah makan disini dan inginkan suasana santai bolehlah cuba food truck Laksaamana ni di sekitar Damansara Uptown.


Bersama Mr Alex, pemilik outlet Laksaamana Damansara Uptown

Laksaamana Damansara Uptown akan mengadakan pembukaan rasminya pada 21 Mac 2018 (Rabu) bermula jam 5 petang. Pada majlis pembukaan rasmi tersebut akan diadakan food tasting percuma, persembahan tarian singa, cabutan bertuah, pemberian baucer dan penampilan istimewa selebriti dan artis. Bagi yang ingin mencuba hidangan disini bolehlah kunjungi outlet Damansara Uptown.

Laksaamana @Damansara Uptown
No. 83, Jalan SS 21/37, Damansara Utama
47400 Petaling Jaya, Malaysia

Website | Facebook | Instagram


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post