Resepi Sambal Pecah Telur

Hi Korang! Actually resepi ni dah lama peram. Padahal dah masak lama dah dari resepi-resepi baru yang Kak Bell dah post. Baru hari ni sempat nak siapkan. Hehe. Lepas balik event tadi, terus je tapau makanan sebab malas nak masak, jadinya adalah masa terluang jadi wirawati papan kekunci kejap! Sebelum mula menaip, sempat jugalah melayan 3,4 episod K-Drama. Disebabkan asyik dok melayan movie tu lah yang buat entri ni tersadai! Niat tu dah ada, tapi nak tunggu mood tu after bertapa sejam depan lappy! Haissh.


Okay, masa kecik-kecik dulu mesti mak korang pernah buat sambal pecah telur ni kan? Resepi simple dan mudah di saat kat rumah tak ada bahan nak masak dan masa nak cepat! Kebetulan Kak Bell dah sedia simpan siap-siap cili kisar, jadi cepatlah kerja memasak kalau nak buat sambal. Kira agak lama juga tak merasa sambal pecah telur ni. Dah datang mengidam, so Kak Bell buat.

Btw, resepi yang Kak Bell buat ni versi kering tak berkuah. Asalnya, memang nak buat berkuah sikit dan dah agak 2 senduk cili kisar tu ngam lah untuk 3 biji telur. Rupanya tidak. Tak apalah, next time kita buat yang berkuah pula. Untuk telur tu, ikut sukalah nak pakai telur gred apa, asalkan korang guna telur ayam. Jangan pakai telur ayam tiruan sudah. Kadang-kadang, takut juga bila memasak telur ni. Jadi, eloklah pecahkan dulu dalam bekas dan pastikan kondisi telur ok barulah masak. Jomlah tengok resepinya.



Bahan A
3 biji telur
Cili kisar secukupnya
1/2 inci belacan
1 keping asam keping
Garam & perasa
Gula

Bahan B (kisar/tumbuk)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih

Cara membuatnya:
1) Tumbuk halus atau kisar bawang besar dan bawang putih.
2) Panaskan minyak dan tumis bahan B sampai naik bau.
3) Tumis cili kisar yang dah diblend dengan belacan, goreng sampai naik minyak.
4) Kemudian masukkan asam keping, perasakan dengan garam, gula dan perasa secukup rasa.
5) Pecahkan telur dan biar sehingga telur masak.
6) Kacau telur dengan sambal supaya rata.



TIPS!
  • Boleh lebihkan bawang untuk sambal lebih manis
  • Boleh gunakan air asam jawa untuk ganti asam keping
  • Boleh tambahkan ikan bilis goreng kecil dan kentang goreng
  • Pastikan sambal betul-betul masak dan sedikit garing

Untuk Bahan B tu, Kak Bell pakai manual chopper je. Malas nak berlesung bagai tengah-tengah malam. Dah terbuat banyak tu, simpanlah sikit bawa bekal ke office. Sekali-sekala, bawa jugalah bekal ke office sebab tempat makan jauh. Lagi-lagi dizaman kegawatan ni. 10hengget pun berkira ye. Kalau korang ada resepi lebih sedap, ada tips-tips bolehlah share dengan Kak Bell. Kak Bell ni pun cuba-cuba je memasak. Bila datang rajin, kita buat. Okaylah, nak sambung layan cerita Ruler: Master Of The Mask. Hensem pelakon dia. Kay Bye!




CONVERSATION

3 comments:

  1. Selalu gak buat bila bosan dengan ayam dan ikan..lagi cepat dan sedap

    ReplyDelete
  2. sedapppnya, nanti nak try lahh...

    ReplyDelete
  3. Menu yg simple ni la yg sedap tau... kena nasi panas.dgn kicap pun cukup

    ReplyDelete

Back
to top