Perlindungan Terbaik Kanak-Kanak Dengan THYMOS Anti HFMD/FLU Sprays - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Perlindungan Terbaik Kanak-Kanak Dengan THYMOS Anti HFMD/FLU Sprays

Trending

Perlindungan Terbaik Kanak-Kanak Dengan THYMOS Anti HFMD/FLU Sprays

Sebagai ibu bapa pastinya akan bimbang jika kesihatan anak terganggu. Keadaan persekitaran selalunya menjadi faktor utama kepada pelbagai penyebaran penyakit kepada kanak-kanak. Tahukah korang bahawa taman permainan juga boleh menjadi tempat pembiakan untuk semua jenis bakteria? Kalau korang nak tahu kadar bakteria di kawasan playground adalah lebih tinggi berbanding dangan kadar bakteria di rumah. Jadi ianya mungkin mempunyai potensi untuk membuat anak anda sakit.


Sebelum ini pernah kecoh tentang penularan penyakit kaki tangan dan mulut (HFMD) di sebuah tadika di negara kita. Penyakit berjangkit memang mudah merebak dan selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama seperti di tadika atau di sekolah. Musim persokolahan pun baru sahaja bermula dan isu sebegini perlu dititik beratkan supaya insiden tak diingini berlaku. Untuk entri kali ini, Kak Bell nak kongsikan tentang THYMOS Anti HFMD/FLU Spray yang bertindak sebagai sanitizer bagi membunuh virus HFMD dan juga Influenza A H1N1.


Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)
Kebiasaanya, HFMD ini paling mudah menjangkiti kanak-kanak yang berusia bawah 10 tahun. Walaubagaimanapun, ianya turut juga dihidapi oleh kalangan orang dewasa. HFMD ini disebabkan oleh enterovirus dan merebak dari individu ke individu melalui sentuhan secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang telah dijangkiti. Jika tangan yang tidak dicuci bersih dan ada sentuhan dengan sumber penyakit ini, membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain. Diantara simptom HFMD seperti ruam lepuhan (blister) berisi air di tangan, kaki dan dalam mulut. Ulser kecil akan terbentuk di kawasan tekak dan tonsil, manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) akan dijangkiti ruam dengan lepuhan kecil. Gejala-gejala lain yang akan muncul seperti demam, muntah, cirit birit, hilang selera makan dan juga boleh mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan.

Baca juga Ulser Mulut Bayi Dan Cara Merawatnya

Simptom HFMD -Sumber Google

Tempoh inkubasi, di mana tempoh virus mula menjangkiti badan pesakit sehingga wujudnya gejala adalah di antara 3 hingga 5 hari. Kebiasaannya, mereka yang dijangkiti boleh menyebarkan virus kepada orang lain dalam tempoh sebelum dan selepas wujudnya gejala. Sekiranya menjangkiti orang dewasa, sesetengahnya tidak menunjukkan sebarang simptom, namun mereka boleh menyebarkan virus tersebut kepada orang lain. Btw, penyakit HFMD ini tidak dijangkiti daripada dan kepada haiwan atau binatang lain.


Virus Flu H1N1
Cara jangkitan penyakit ini sama sahaja seperti selesema biasa. Bila pesakit batuk atau bersin, virus tersebut akan disebarkan melalui udara. Sentuhan dengan titisan yang mengandungi virus ni boleh menyebabkan kita dijangkiti dengan penyakit ni. Flu H1N1 ini juga dipanggil selesema babi kerana ujian menunjukkan bahawa ianya seperti virus selesema yang berlaku pada babi (swine).

Memang stress kalau memikirkan kanak-kanak atau ahli keluarga kita sendiri dijangkiti penyakit sebegini. Kak Bell sendiri pun tak sanggup nak tengok keadaan budak atau bayi yang terkena HFMD ni. So sekarang, Kak Bell nak ceritakan tentang THYMOS Anti HFMD/FLU Spray yang bertindak sebagai sanitizer bagi membunuh kedua-dua jenis virus HFMD dan Influenza A H1N1, dan juga 99.99% patogen (bakteria dan virus yang menyebabkan penyakit).


THYMOS Anti HFMD/FLU Spray
Merupakan disinfektan (pembasmi kuman) berkuasa tinggi yang direka khusus bagi membantu ibu-ibu menyediakan perlindungan dan pertahanan yang menyeluruh untuk anak dengan menghapuskan 99.99% penyakit berjangkit disebabkan Virus. Tidak seperti sanitizer lain, THYMOS, The World's Most Advanced Sanitiser dapat melindungi sebarang permukaan daripada bakteria dan virus yang paling berbahaya, termasuk virus terkecil yang pernah dijumpai.

Berikut merupakan kelebihan THYMOS Anti HFMD/FLU Spray:
  • Terbukti secara klinikal dapat membunuh 99.99% Virus HFMD & Influenza A H1N1 Virus
  • Bebas Alkohol, bebas pewangi
  • pH 5.5
  • Kandungannya adalah mineral berkualiti tinggi yang selamat untuk kulit
  • 1 Semburan bertahan selama 10 hari

Diantara produk lain yang dikeluarkan oleh THYMOS adalah ANTI SINUS/NASAL Allergies Spray dan ANTI ATHLETE'S FOOT Smelly Feet Spray.


Revolutionary AirShield Technology
Apabila disembur ke permukaan tertentu, ion-ion bercas negatif akan dilepaskan dan menangkap zarah-zarah bawaan udara seperti Patogen (bakteria penyebab penyakit) dan sebatian organik untuk tindakan pensterilan. Mineral Aktif yang digunakan akan menjana/membentuk elektron bakteriostatik bila bertindakbalas dengan udara dan cahaya. Mineral tersebut akan membentuk perisai elektron di sekitar permukaan yang dirawat dan patogen di permukaan steril akan disingkirkan dan dihapuskan secara kekal. Patogen seterusnya tidak akan mampu hidup dan bereplikasi.

Bagaimana Cara Guna?
Caranya memang mudah, hanya semburkan pada bottle, play area, high chair dan lain2 sebagai pelindungan dari virus berbahaya ni. Jangan sembur pada barangan yang akan masuk ke dalam mulut bayi seperti pacifier. Walaupun ianya tidak bertoksik dan lembut pada kulit, ia hanya untuk kegunaan luaran saja (external use only).


Disebabkan anak sedara Kak Bell ni kerap sangat selsema, jadi Kak Bell sarankan pada mama dia semburkan THYMOS Anti HFMD/FLU Spray ni pada mainan, tempat tidur dan baju dia. Memang ada kesan yang positif, selepas beberapa hari selsema budak ni hilang. Memang seronok sangatlah emaknya! Kalau guna cara tradisional memang agak leceh nak sanitize semua benda. Dengan THYMOS Anti HFMD/FLU Spray memang memudahkan sebab dengan satu semburan sahaja dapat beri perlindungan segera dan keselesaan kepada kita. THYMOS Anti HFMD/FLU Spray ni korang kena paham ianya bukan ubat tetapi ialah sanitizer untuk membasmi kuman, bakteria dan virus seperti yang Kak Bell terangkan sebelum ni. Produk yang datang dalam tiub bersaiz kecil ini, memang sangat praktikal dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Boleh di bawa dengan mudah di dalam beg atau purse jika travel.

Cik Jojo yang comel!

Selain itu juga, ianya boleh digunakan macam parfum, boleh sembur/spray pada bantal atau sembur di udara untuk nikmati udara dalaman yang segar, bersih dan pada masa yang sama mengekalkan udara tanpa toksin. Bila disembur ke udara, bahan aktif THYMOS akan bertindakbalas dengan partikel berbahaya tadi dan mengubahnya menjadi bahan tidak berbahaya seperti karbon dioksida dan air. Dengan adanya THYMOS Anti HFMD/Flu Spray, ibu-bapa tak perlu lagi bimbang untuk memastikan si kecil bebas dari penyakit berjangkit. Ianya amat sesuai untuk memenuhi kehidupan keluarga masa kini, untuk melindungi serta mewujudkan persekitaran yang bebas dari bakteria berbahaya.


Produk THYMOS ini diedarkan di Malaysia oleh Enapak Marketing Sdn Bhd dan boleh didapati di gedung farmasi Guardian seluruh negara. Harga asal adalah RM75.00, kini dijual dengan harga RM69.90. Untuk maklumat lanjut bolehlah semak dan layari website dan laman sosial THYMOS. Worry no more!

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post