Perlindungan Terbaik Kanak-Kanak Dengan THYMOS Anti HFMD/FLU Sprays

Sebagai ibu bapa pastinya akan bimbang jika kesihatan anak terganggu. Keadaan persekitaran selalunya menjadi faktor utama kepada pelbagai penyebaran penyakit kepada kanak-kanak. Tahukah korang bahawa taman permainan juga boleh menjadi tempat pembiakan untuk semua jenis bakteria? Kalau korang nak tahu kadar bakteria di kawasan playground adalah lebih tinggi berbanding dangan kadar bakteria di rumah. Jadi ianya mungkin mempunyai potensi untuk membuat anak anda sakit.


Sebelum ini pernah kecoh tentang penularan penyakit kaki tangan dan mulut (HFMD) di sebuah tadika di negara kita. Penyakit berjangkit memang mudah merebak dan selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama seperti di tadika atau di sekolah. Musim persokolahan pun baru sahaja bermula dan isu sebegini perlu dititik beratkan supaya insiden tak diingini berlaku. Untuk entri kali ini, Kak Bell nak kongsikan tentang THYMOS Anti HFMD/FLU Spray yang bertindak sebagai sanitizer bagi membunuh virus HFMD dan juga Influenza A H1N1.


Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)
Kebiasaanya, HFMD ini paling mudah menjangkiti kanak-kanak yang berusia bawah 10 tahun. Walaubagaimanapun, ianya turut juga dihidapi oleh kalangan orang dewasa. HFMD ini disebabkan oleh enterovirus dan merebak dari individu ke individu melalui sentuhan secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang telah dijangkiti. Jika tangan yang tidak dicuci bersih dan ada sentuhan dengan sumber penyakit ini, membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain. Diantara simptom HFMD seperti ruam lepuhan (blister) berisi air di tangan, kaki dan dalam mulut. Ulser kecil akan terbentuk di kawasan tekak dan tonsil, manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) akan dijangkiti ruam dengan lepuhan kecil. Gejala-gejala lain yang akan muncul seperti demam, muntah, cirit birit, hilang selera makan dan juga boleh mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan.

Simptom HFMD -Sumber Google

Tempoh inkubasi, di mana tempoh virus mula menjangkiti badan pesakit sehingga wujudnya gejala adalah di antara 3 hingga 5 hari. Kebiasaannya, mereka yang dijangkiti boleh menyebarkan virus kepada orang lain dalam tempoh sebelum dan selepas wujudnya gejala. Sekiranya menjangkiti orang dewasa, sesetengahnya tidak menunjukkan sebarang simptom, namun mereka boleh menyebarkan virus tersebut kepada orang lain. Btw, penyakit HFMD ini tidak dijangkiti daripada dan kepada haiwan atau binatang lain.


Virus Flu H1N1
Cara jangkitan penyakit ini sama sahaja seperti selesema biasa. Bila pesakit batuk atau bersin, virus tersebut akan disebarkan melalui udara. Sentuhan dengan titisan yang mengandungi virus ni boleh menyebabkan kita dijangkiti dengan penyakit ni. Flu H1N1 ini juga dipanggil selesema babi kerana ujian menunjukkan bahawa ianya seperti virus selesema yang berlaku pada babi (swine).

Memang stress kalau memikirkan kanak-kanak atau ahli keluarga kita sendiri dijangkiti penyakit sebegini. Kak Bell sendiri pun tak sanggup nak tengok keadaan budak atau bayi yang terkena HFMD ni. So sekarang, Kak Bell nak ceritakan tentang THYMOS Anti HFMD/FLU Spray yang bertindak sebagai sanitizer bagi membunuh kedua-dua jenis virus HFMD dan Influenza A H1N1, dan juga 99.99% patogen (bakteria dan virus yang menyebabkan penyakit).


THYMOS Anti HFMD/FLU Spray
Merupakan disinfektan (pembasmi kuman) berkuasa tinggi yang direka khusus bagi membantu ibu-ibu menyediakan perlindungan dan pertahanan yang menyeluruh untuk anak dengan menghapuskan 99.99% penyakit berjangkit disebabkan Virus. Tidak seperti sanitizer lain, THYMOS, The World's Most Advanced Sanitiser dapat melindungi sebarang permukaan daripada bakteria dan virus yang paling berbahaya, termasuk virus terkecil yang pernah dijumpai.

Berikut merupakan kelebihan THYMOS Anti HFMD/FLU Spray:
  • Terbukti secara klinikal dapat membunuh 99.99% Virus HFMD & Influenza A H1N1 Virus
  • Bebas Alkohol, bebas pewangi
  • pH 5.5
  • Kandungannya adalah mineral berkualiti tinggi yang selamat untuk kulit
  • 1 Semburan bertahan selama 10 hari

Diantara produk lain yang dikeluarkan oleh THYMOS adalah ANTI SINUS/NASAL Allergies Spray dan ANTI ATHLETE'S FOOT Smelly Feet Spray.


Revolutionary AirShield Technology
Apabila disembur ke permukaan tertentu, ion-ion bercas negatif akan dilepaskan dan menangkap zarah-zarah bawaan udara seperti Patogen (bakteria penyebab penyakit) dan sebatian organik untuk tindakan pensterilan. Mineral Aktif yang digunakan akan menjana/membentuk elektron bakteriostatik bila bertindakbalas dengan udara dan cahaya. Mineral tersebut akan membentuk perisai elektron di sekitar permukaan yang dirawat dan patogen di permukaan steril akan disingkirkan dan dihapuskan secara kekal. Patogen seterusnya tidak akan mampu hidup dan bereplikasi.

Bagaimana Cara Guna?
Caranya memang mudah, hanya semburkan pada bottle, play area, high chair dan lain2 sebagai pelindungan dari virus berbahaya ni. Jangan sembur pada barangan yang akan masuk ke dalam mulut bayi seperti pacifier. Walaupun ianya tidak bertoksik dan lembut pada kulit, ia hanya untuk kegunaan luaran saja (external use only).


Disebabkan anak sedara Kak Bell ni kerap sangat selsema, jadi Kak Bell sarankan pada mama dia semburkan THYMOS Anti HFMD/FLU Spray ni pada mainan, tempat tidur dan baju dia. Memang ada kesan yang positif, selepas beberapa hari selsema budak ni hilang. Memang seronok sangatlah emaknya! Kalau guna cara tradisional memang agak leceh nak sanitize semua benda. Dengan THYMOS Anti HFMD/FLU Spray memang memudahkan sebab dengan satu semburan sahaja dapat beri perlindungan segera dan keselesaan kepada kita. THYMOS Anti HFMD/FLU Spray ni korang kena paham ianya bukan ubat tetapi ialah sanitizer untuk membasmi kuman, bakteria dan virus seperti yang Kak Bell terangkan sebelum ni. Produk yang datang dalam tiub bersaiz kecil ini, memang sangat praktikal dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Boleh di bawa dengan mudah di dalam beg atau purse jika travel.

Cik Jojo yang comel!

Selain itu juga, ianya boleh digunakan macam parfum, boleh sembur/spray pada bantal atau sembur di udara untuk nikmati udara dalaman yang segar, bersih dan pada masa yang sama mengekalkan udara tanpa toksin. Bila disembur ke udara, bahan aktif THYMOS akan bertindakbalas dengan partikel berbahaya tadi dan mengubahnya menjadi bahan tidak berbahaya seperti karbon dioksida dan air. Dengan adanya THYMOS Anti HFMD/Flu Spray, ibu-bapa tak perlu lagi bimbang untuk memastikan si kecil bebas dari penyakit berjangkit. Ianya amat sesuai untuk memenuhi kehidupan keluarga masa kini, untuk melindungi serta mewujudkan persekitaran yang bebas dari bakteria berbahaya.

Produk THYMOS ini diedarkan di Malaysia oleh Enapak Marketing Sdn Bhd dan boleh didapati di gedung farmasi Guardian seluruh negara. Harga asal adalah RM75.00, kini dijual dengan harga RM69.90. Untuk maklumat lanjut bolehlah semak dan layari website dan laman sosial THYMOS. Worry no more!












CONVERSATION

23 comments:

  1. Parents yang ada anak kecil memang harus ada thymos spray ni... senang nak guna bila-bila masa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu! Mudah nak bawa ke mana-mana

      Delete
    2. kesihatan anak sangat penting, kalau anak tak sihat parents turut susah hati betul tak?

      Delete
  2. Alhamdulillah ada juga jenis ubatan seperti spray ni utk mbantu dari kita terjangkit dengan wabak virus merbahaya ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memudahkan para ibu bapa nak apply. Sembur je. Mudah kan

      Delete
  3. Bagus juga sekarang Ada pelbagai cara atau produk canggih until menjaga kesihatan diri.

    ReplyDelete
  4. orang kata bertindak sebelum terkena...utk org ada anak kecik perlu ada produk ni kat umah

    ReplyDelete
  5. ok kena car kat guardian ni. dah makin ramai promote ni mst bagus ni

    ReplyDelete
  6. anak2 buah emi baru je kena hfmd ni. jangkit kat tadika. sekali dua beradik kena. ni nak suggest produk ni kat kakak

    ReplyDelete
  7. wajib ada ni... prevention is better than cure..

    ReplyDelete
  8. hai bella. aida dtg terjah :) done follow blog ni.
    item cenggini dah wajib ada kat ibu bapa la kan.
    sekarang ni virus di mana-mana. influenza. h1n1. memcm yg mengancam nyawa anak!
    izzat last week demam. tonsil bengkak. 1 week la aida cuti kan dia dari tadika.
    2-3 minggu kebelakangan memang ramai anak-anak tadika yg demam selsema batuk.
    bagus la ada item cenggini. cegah sebelum parah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tambah pula bila budak2 berkumpul bersama. Memang mudah nak dijangkiti penyakit mudah merebak

      Delete
  9. Suka produk nie. Kecil dan senang dibawa mana2. Kena ambil langkah berjaga-jaga skrg nie. Penyakit banyak

    ReplyDelete
  10. It really worries me when my child is exposed to all these viruses, happy to find this product that is easy to briNguyen and works!

    ReplyDelete
  11. Mencegah lebih baik dari merawati.. mmg patut ada produk ni utk perlindungan jangkitan berbahaya.

    ReplyDelete
  12. sy stuju mencegah lebih baik dari merawat. thymos ni nampak produknya bagus sebab ramai blogger tengah buat review. thanks sebab share ilmu bermanfaat ni.

    ReplyDelete
  13. produk yang bagus dan mudah untuk dibeli... produk camni la yang dicari. Senang nak buat stanby kat rumah tambahan yang ada anak kecik

    ReplyDelete
  14. Hfmd ni pernah kena kat adik ipar yang dah besar, dah kerja, dia kata memang sakit. Jalan pon sakit.. cuti pon lama.. kalau orang tua rasa sakit, budak kena mesti lagi sakit kan? So elok lah kalau ada produk yang boleh elak HFMD ni.. kesian tengok budak2 kecik kesakitan HFMD ni

    ReplyDelete
  15. Bagus sangat produk ni. Antara produk wajib semua ibu miliki demi kesihatan anak2

    ReplyDelete
  16. produk yang patut di share untuk kebaikan bersama.

    ReplyDelete
  17. I read many good review about this product, will check it out

    ReplyDelete

Back
to top