Pengalaman Berurusan Dengan Vet Tak Beretika

Hi Korang! Dah lama dah tak menulis pasal kucing kesayangan Kak Bell ni. Sekarang ada 7 ekor semuanya. Banyak cerita terbengkalai nak kongsikan kat sini. Kebetulan ada kejadian yang menyayat hati Kak Bell, jadi nak kongsikan dengan korang semua untuk dijadikan teladan dan iktibar. Sekadar berkongsi pengalaman dan nak kurangkan kesedihan kat hati ni.


Kisah pada awal Januari 2018, kucing jantan pertama yang dibela, Sky kena sakit batu karang (FLUTD). Memang dah perasan dia mula sukar nak kencing. Dalam masa monitoring ada lah nampak dia kencing tapi kuantitinya memang sedikit. Hati dah mula risau nak bawa ke veterinar untuk pemeriksaan. Kak Bell tinggal di Bangsar, jadi kos vet di sini memang agak mahal. Jadi selalu bawa semua kucing Kak Bell ke Klinik Veterinar di Gombak. Sekurang-kurangnya kos di sana masih lagi 'affordable' jika buat rawatan. Tanggal 2 Januari, masa first check-up, memang Sky nampak normal. Pundi kencing dia pun tak bengkak dan doktor veterinar diagnos yang Sky ada tanda-tanda nak kena sakit batu karang. Lepas bagi makan ubat, complete course seminggu, dia pun ok sahaja aktif dan boleh kencing. Jadi, tak adalah Kak Bell risau.



Then, masuk minggu kedua, nampak Sky masih tak boleh nak kencing semula. Beberapa kali kerap masuk ke dalam litter box tapi tak kencing. Kemudian, Kak Bell bawa ke vet semula sebab keadaan dia dah makin lemah. Dah muntah-muntah buih warna putih sebab kandungan ammonia dah tinggi dan masuk dalam darah. Meow akan rasa loya dan seterusnya muntahlah. Silap Kak Bell tak bawa lebih awal disebabkan bekerja dan tiada siapa yang nak uruskan dorang. Maklumlah hidup sendiri. Bila check keadaan pundi kencing dia, memang dah membengkak. Balik kerja pun dah tengah malam, so bawalah ke klinik keesokannya. Risau juga pada malam tu takut kalau nyawa dia dah tiada.

Keadaan selepas rawatan 2 Januari

Sedihnya, Sky asyik nak duduk kat bekas minum ni je

Hasil pemeriksaan kali ke-2, sah yang Sky kena Feline Lower Urinary Tract Disease (FLUTD) dan kena buat flushing untuk keluarkan air kencing dan buang batu karang tersebut. Doktor beri quotation dan perlu tinggal 5 hari di wad untuk rawatan. Disebabkan masalah kos, Kak Bell cuba bawa ke Klinik Haiwan Kerajaan. Tengok jam masih ada sejam sebelum kaunter tutup untuk waktu lunch. Dalam mengejar masa ke sana, boleh pula Google Map macam hanat bawa sesat ke mana, terus pakai Waze! Nasib sempat ke kaunter daftar untuk rawatan. Masuk bilik rawatan, katanya ubat untuk sakit batu karang tak ada. Tak boleh proceed. Kecewa jugaklah. Kemudiannya orang di Klinik Haiwan Kerajaan tu suggest pergi ke sebuah klinik di area Tasik Permaisuri. Kak Bell tak pasti sama ada di Klinik Kerajaan tu ialah memang doktor veterinar atau pelatih sahaja. Legalah hati sebab memang nak kena proceed juga, takut anak akan mati dan bergegas ke klinik vet terbabit.

Dah siap prosedur, Sky dibenar bawa balik rumah dan diberi ubat. Berharap dia pulih. Masa buat rawatan, Kak Bell ada je dalam bilik tu tengok dan tenangkan si Sky. Masuk hari ke-2 di rumah, Sky masih tak makan dan kemudian tak nak makan ubat..hati pun dah risau. Dah force feed pun dia tak nak apatah lagi nak bagi makan ubat. Habislah jari Kak Bell ni kena kunyah berdarah-darah. Memang marah jugalah kat budak ni sebab biasanya mudah sahaja bila nak bagi makan ubat. Makanan khas Royal Canin Urinary S/O tu pun dia tak makan. Disebabkan kerja, terpaksa mununggu hari cuti untuk bawa semula Sky untuk tanggalkan tiub. Jadi hari ni 3 Februari, Kak Bell refer ke klinik vet di Gombak. Kak Bell tak refer semula klinik yang buat prosedur pada Sky tempohari.



Sampai vet, masuk bilik rawatan, doktor terus buka cerita banyak dapat kes begini sejak setahun yang lalu. Buat prosedur di klinik lain (Klinik X) then datang ke sini untuk pemeriksaan lanjut bila keadaan kucing bertambah teruk. Terkesima bila mendengar cerita bahawa banyak kes dari klinik terbabit akhirnya refer ke Vet di sini. Ada yang mati terus dan macam-macam isu. Rupanya prosedur yang dibuat tak betul dan menyebabkan meow Kak Bell still not recovery. Memang nak menangis dan seriously rasa sedih sangat.

Sepatutnya kes FLUTD mesti kena warded sebab nak kena pastikan kencing dorang ni betul-betul dah bersih. Lepas 3 ke 4 hari dah kena bukak tiub dan hari-hari kena flush untuk keluarkan batu karang tu. Btw, semua ni tak diberitahu oleh Klinik Vet XXX! Ubat pun ada 1 je dia bekalkan untuk pundi kencing. Sepatutnya mesti ada antibiotik, anti inflamation dan lain-lain but semua tak bagi. Siap cakap nanti jahitan tiub tu akan tanggal sendiri dan juga cakap Kak Bell boleh je bukak tiub tu sendiri! Memula memang rasa tak sedap hati dengan keadaan klinik yang nampak tak terurus, nampak macam bukan sebuah vet. Tapi dah 3 tahun beroperasi jadi adalah keyakinan tu. tengok pengunjung pun ramai je. Kak Bell fikir kalau ada masalah pastilah klinik ni dah bungkus. Nyata, memang sangkaan Kak Bell meleset!


Dah kena bebel dengan vet Gombak, terus nak mengalir air mata sebab anak i mungkin akan ada masalah nanti. Semua yang vet cakap memang make sense dan Kak Bell dah jadi tak tentu arah. Sepatutnya, Sky dah mula start makan selepas 2 hari operate dan dia sangat dehydrated sebab kurang air. Disebabkan tak ada penjagaan betul dan ubatan lengkap kemungkinan Sky ada masalah ginjal pula sebab kandungan ammonia dah tinggi dalam darah. Doktor buka tiub dan cakap ada jangkitan dah pada bahagian yang dijahit, drip air sebab kurang air. Bila Kak Bell tanya kondisi macam mana, ianya ibarat macam Sky ni di kotak mula semula means macam kes pertama kali buat rawatan hari tu. Kena tengok balik dalam seminggu ni, kalau tak ada perubahan, tak boleh kencing kena buat prosedur sekali lagu untk flushing. Kalau Kak Bell lambat lagi sehari, memang bahayakan nyawa dia. Padanlah si Sky tak nak makan ubat, tak makan. Rasa bersalah sangat dalam diri ni. Bila dengar semua ni memang Kak Bell menangis terus. Duduk dalam kereta menangis dulu sebab tak boleh nak drive. Bila dengar si Sky mengeow lagilah sebak, sebab masa kat rumah sepatah pun dia tak berbunyi. Dalam hati, memang marah betul lah dekat vet klinik X tu!


Sakit hati betul bila memikirkan kenapa ada Vet atau pelatih vet dan especially vet kerajaan yang tak beretika macam ni. Bukan lah semua macam ni kan, ada je yang bagus. Bila kita datang dalam keadaan begini, dah tentunya kita nak solusi yang terbaik. Disebabkan dorang cakap kes yang tak boleh buat ni dorang selalu suggest dan tolak ke klinik Permaisuri tu, so Kak Bell punya harapan lah untuk dapatkan rawatan untuk Sky. Tengok keadaan klinik memang macam tak profesional. Cuma ada seorang vet dan pembantu dia seorang yang jaga kaunter dan tolong pula dia di bilik rawatan. Perasan juga yang klinik tu bersepah, nampak macam unhygine, macam klinik tak ada lesen kata orang. Kak Bell ralat sebab sebagai pengamal veterinar, tak sepatutnya dia tak terangkan dengan baik dan bagi ubat yang betul. Disebabkan nak jimat kos, Kak Bell terpaksa tanggung risiko untuk nyawa si Sky. Salah Kak Bell lah kat sini. Tapi kalau dah ada option untuk rawatan lebih murah, tak salahlah juga kan kita mencuba. Kak Bell diberitahu, ada kucing yang buat rawatan di Klinik XXX ni mati sebab pundi kencing berlubang. Memang kita tak boleh nak salahkan jika dah ajal, tetapi sikap vet tu yang buat Kak Bell hangin. Ada ke katanya, boleh refer klinik sekian-sekian, dorang boleh buat, walhal klinik dia yang buat prosedur entah apa-apa! Dah nazak macam tu, vet mana pun tak boleh nak bantu, tunggu tanam ajelah.



Nasib baiklah Sky dah mula minum dan makan wet food. Kencing pun ok dan harap tak lah tersumbat lagi. Lega sikit hati ni. So sekarang, Sky tengah tidur. Sekali-sekala, Kak Bell pergilah check tengok dia ok atau tak. Harap-harap dia dapat sembuh. Pesan Kak Bell, kalau nak dapatkan rawatan untuk kucing tu, berhati-hatilah. Kalau rasa tak ok, lain macam silalah consult klinik vet yang lain. Memang klinik ni Kak Bell banned forever! Gila punya orang. Geramm!! Kak Bell juga harapkan korang doakanlah agar beban Kak Bell ni ringan sikit dan Sky dapat sihat balik macam biasa. 

















CONVERSATION

44 comments:

  1. ala kesiannya sky...moga sky cepat sembuh ye

    ReplyDelete
  2. teruknya vet. saya pun ada pengalaman vet teruk yg taknak buat kes kecemasan. sampai baby dlm perut kucing tu mati. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah sedih kan. Kena hati-hatilah lepas ni.

      Delete
  3. Kena alert ni. Klinik Princess area mana tu ? Adoii takutnya.. Btw gambar meow yang last tu comey je 😍

    ReplyDelete
  4. Kesiannya la kat kucing. Apa la yang dia tahu pun. Sakit nak bg tau pun tak reti. Diam je. Sedar-sedar dah mati. Macam kucing ruby. Ingatkan dia OK. Dia trauma juga bila dapat Vet atau boarding place tak friendly. Hurmmm. Nak bg makan ubat kapsul tu camana. Besar gila. Dah la mulut kucing tu bukan macam mulut manusia. Semoga kak bell tabah k. Sabar jaga kucing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa senang je bg dia makan ubat. But this time mmg dia tak nak. Dia junyah jari berdarah! Yg besar tu susah sebab kalu tak masuk mulut akan basah dan melekit. Kena pakai pill piller lah kot. Tq harap semua dipermudahkan. Amin

      Delete
  5. Tengokk muka Sky pun saya sedih nak menangis.Sampai hati vet tuh buat Sky mcm ni.layanan yang sgt suck.mencemarkan etika penjawat awam.Kalau sy pun dah mennagis teruk sebab bukan senang kita nak bela kucing.byk pengorbanan yg kita dah buat untuk bela kucing.kita jaga dan sayang dia mcm.nyawa sendiri bila layanan yg diterima teruk mcm tu memang sedih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak Mimi. Kita ni org sederhana, jadi pikirkan kos rawatan sebab anak pun ramai kat rumah. Takpelah jadikan iktibar buat saya

      Delete
  6. Ingatkan manusia saja Ada penyakit Batu karang. Rupanya haiwan pun sama.

    ReplyDelete
  7. Alaaa...kesianya bell..kesian jugak kat Sky...harap Sky bertambah sihat sekarang...susah kalau ada klinik yang suruh refer klinik lain sebab tak nak tanggung risiko...pengajaran utk kita kan bell...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya harap dia ok, tak perlu repeat lagi benda ni. Kesian. Kos tu bukan free. Elok2 boleh baik jadi benda lain pulak kan. Hehe.

      Delete
  8. arghhhh... Ty memang suka kucing. Sedih pula baca entry sis Bella pasal kucing ni , keciannya dia. Nampak dari mata dia , dia sedang sakit. Allahuakbar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doakan dia sihat balik dan untuk semua lah kucing yang ada. Kalau lah kaya kucing stray tu pun nak amek bela

      Delete
  9. Baru tahu kucing pon ada penyakit batu karang... Kak bell ni memang penyayang sangat..walaupun sibuk kerja, masih sempat nak jaga sky.. semoga sky kembali sembuh seperti biasa.. comel sangat awak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Irra. Walaupun Kak Bell ada asma tetap sebab sayang. Doktor bnyk kali suh benti bela atau reducekan. Alahmdulillah terkawal je sakit ni. Sky memang comel, pandai dgr kata. Aduh..sedih balik.

      Delete
  10. Kesiannya kat kucing tu. Sedih pulak baca pasal ni. Kucing pun macam kita jugak ada rasa sakit apa semua. Tapi serious emi memang tak tahu rupanya haiwan pun ada penyakit batu karang. Ingat manusia je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam2 penyakit dorang ni. Bella pun tak sempat update banyak pasal dorang ni. Sakit dorang kalau kos rawatannya kalah manusia ni

      Delete
  11. aduhai... kesian.
    moga pas ni sihat-sihat ajer la ye.
    aida ni tak bela kucing, sebab penggeli. tapi abg ipar minat kucing sgt2. now kucing nyer semua da mati, dia maintain prepare 3-4 pinggan makanan kat depan pagar. memang lebih dari 10 kucing la dtg makan pagi ke ptg. termasuklah kucing jiran tau hi hi hi...
    kena bebetul rawatan kucing ni. mcm kita jugak, kena rawatan dan ubat yg betul.
    tahniah bella. sgt penyayang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Kak. Kat rumah mak tak bg bela meow sebab famili ramai asma. Samalah dgn saya ni, gigih bela sebab sayang. Tq harap Sky sihat balik

      Delete
  12. Jahat jugak vet tu. Kire lepas tangan lah kan gitu. Saya dulu bawak pergi vet kerajaan je time dekat kampung. So far memang bagus kerja diaorang. Kalau ada masalah, terus follow up dengan diaorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang geram sangat Fadzi. Nak bagitau klinik mana problem pulak nanti. Kawan2 ramai PM yang pernah pergi sana bagi feedback negatif jugak

      Delete
  13. Ingatkan klinik manusia je orang tipu. Ni vet pun ada. Geram plak dgr. Skrg ni kena pilih betul2 mana nak hantar pet kesayangan kita. Tersalah pilih habis melayang nyawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Lia. Zaman sekarang hati manusia ni busuk. Seriously tak ley terima. Even kita nak cari kos yang affordable, tapi kalo treatment tak betul tak guna lah kan. Bayangkan 1 ubat je bagi dan kita ni noob tak tahu apa2. Nasibla panjang nyawa budak ni

      Delete
  14. Poor sky nasib baik recover. Next time Kak Bell can try UPM their services is.good and reputable. I live in Puchong there's 2 really good vet here next time can intro if u want.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah. Other friends also PM me and suggest good clinic. Anyway nanti Bella PM Jia ya. Thanks.

      Delete
  15. Semoga cepat sembuh sky. Bagus yer bella pencinta kucing. Banyak pahala jaga kucing dan sayang kucing. Semoga dipermudahkan segala urusan bella perlihara sky

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn. Terima kasih Huda. Semoga Allah beri lah balasan baik kepada semua orang.

      Delete
  16. Selalu baca kat status member di fb psl
    Kucing2 dia. Mmg macam2 penyakit, ada suntikan dan selalu kena pg vet.tapi bila kita dah sayang dah ts mcm darah daging sendiri. Tak kisah janji kucing kita sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, sanggup berhabis sebab macam ank kita dah. Diri sendiri tak tukar baju pun tak apa. Sebab benda bernyawa. Sampai ke hati nak biar? Huhu

      Delete
  17. Bella...setiap kali sis tengok SKY terlentok kat bekas air tu...sedihhh sangat sis dibuatnya. Dapat rasa betapa dia sakit...huhuhu. Sis doakan moga SKY cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala.
    Kita ni pencinta kucing...kalau kucing sakit kita akan rawat dia tak kiralah berabis mana pun sb dah sayang kan..tak tidur pun sanggup sebab diaorg...huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Kak Haanny. Paham sangat. Semuanya begitu. Dah macam keuarga kita. Bella pun harap semua akan ok. Tq akak bg sokongan. Sampai tak kerja pun tak apa kan. Hehe.

      Delete
  18. lepas nie kena hati2.. hope di murahkan rezeki dan sihat2 selalu okay. untung kucing ada org jaga dengan baik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Dah berlaku tu jadikanlah pedoman. Aminn, harap dimudahkan segala urusan menjaga dorang ni. Sebak sat..

      Delete
  19. semoga Sky cepat baik dan sihat. geram rasanya bila rawatan tak dibuat dengan baik, kesian kat kucing yang kena tu. mungkin ada sesetangah vet hanya pentingkan wang ringgit

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Harap2 begitulah. Kalau tak mana nak cekau wang lagi ni buat rawatan.

      Delete
  20. YaAllah kesian nya si comel tu. Vat cam ni memqng selayaknya di banned.Baik tutup terus dari menganiya orang. Dia ingt di je ke ada klinik vat kat malaysia ni. Huh. Kita plk emo. Maaf huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Madi. Sakit hati pun nak buat macam mana. Orang still datang vet tu. Ramai kawan lain dah terkena juga.

      Delete
  21. Alahai comelnya kucing tu... kesian sampai jadi macam tu. Kucing pun ada perasaan jugak patutnya Vet tu rawat dia betul-betul. Peluk ciumkan si comel untuk saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah. Tang sangka pulak ubat itu je dia bagi. Dah operate tapi tk bg ubat. Kita pun sakit kan. Ok baik, Si Sky so far ok.

      Delete
  22. Vet X tu memang tak layak jadi doktor haiwan kot. Mungkin perasaan sayang dia pada haiwan takde. Lebih kepada nak berniaga dan untung lebih jer! aih geram la plak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah JMR. Masa berdepan dengan dia pun rasa lain macam. Tapi tetap saya berikepercayaan sebab dah lama beroperasi.

      Delete

Back
to top