Pelancaran Album Yuka Kharisma #1 Di SkyBar Traders Hotel KL - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Pelancaran Album Yuka Kharisma #1 Di SkyBar Traders Hotel KL

Trending

Pelancaran Album Yuka Kharisma #1 Di SkyBar Traders Hotel KL

Dimanakah rasa itu
Lelah hampa di jiwa
Kemanakah rasa itu
Pergi tanpa sadarku
Dan kini ku mati rasa..
Ku mati rasa..


Hi Korang! Dalam sidang media ‘BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live In Concert’, Yuka turut mengambil peluang melancarkan album terbarunya yang bertajuk #1. Terdapat 8 buah lagu di dalam album ini dan beliau mempertaruhkan lagu bertajuk Mati Rasa sebagai single pertamanya. Lagu ni ditulis dan digubah secara keseluruhan oleh Yuka sendiri.



Kalau korang nak tahu, Yuka merupakan semi-finalist Indonesian Idol musim ke-5 dan telah memenangi anugerah Best New Female Artist Award di Anugerah Planet Muzik yang ke-15. 


Semasa majlis pelancaran album #1, Yuka telah menyanyikan single pertamanya, Mati Rasa. Semasa diajukan soalan tentang suaranya yang mirip Titi DJ, Yuka memberitahu yang beliau pernah bekerja dengan Titi DJ. Jadi, mungkin ada sedikit pengaruh suara dari penyanyi tersebut. Walaubagaimnapun, suara Yuka tetap ada identiti sendiri dan Kak Bell dah mula suka lagu Mati Rasa ni. Penyanyi kelahiran Acheh, Indonesia ini mengambil peluang menggembangkan kerjaya nyanyiannya di Malaysia.

Yuka bersama suaminya, pemuzik Ahmad Jeffny

Album #1

Buat korang semua, bolehlah dengar nyanyian Yuka semasa sidang media tempohari. Abaikan suara latar budak-budak yang tengah mandi kolam tu. Maklumlah buat kat sebelah kolam di Sky Bar Traders Hotel, KL.


Yuka juga sempat buat shoutout untuk promosi konsert yang akan datang dan untuk pembaca blog Kak Bell. Btw, cuma dengar dotcom aje sebab tak sempat nak queue! Sempat juga si Yuka bilang Kak Bell 'gorgeous'. Berangan ke bulan sekejap Kak Bell. Sememangnya beliau peramah dan cantik orangnya. 

https://www.instagram.com/p/BenS3cOhcAr/?taken-by=bella_natasya
Klik SINI


So, jangan lupa juga saved the date 28 April 2018 nanti untuk BCL, Anuar Zain, Yuka Kharisma Live In Concert di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Tiket konsert dijual mulai 31 Januari 2018 di www.yuka.com.my atau www.tickethotline.com.my dan juga turut dijual di kaunter Dewan Plenari, KLCC pada 28 April kelak. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.yuka.com.my
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post