Maze Runner : The Death Cure (2018) - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Maze Runner : The Death Cure (2018)

Trending

Maze Runner : The Death Cure (2018)

Every Maze Has An End
Akhirnya sempat menonton Maze Runner: The Death Cure. Walaupun dah ditayangkan bermula 26 January 2018, baru hari ni sempat menonton lepas 2,3 kali posponed! Memang mula ikuti sejak sekuel yang pertama The Maze Runner (2014), seterusnya Maze Runner: The Scorch Trials (2015) tapi dah lupa-lupa jalan ceritanya. Sekuel ke-3 Maze Runner: The Death Cure ni sepatutnya released pada tahun 2017, tetapi disebabkan pelakon utama Dylan O'Brien cedera semasa perfileman, ianya ditunda pada Januari 2018. Kesian boyfriend baru Kak Bell ni. Tapi kita suka Chriss Prat lagi kot. Hehe.


Pengarah : Wes Ball
Penulis : T.S. Nowlin (screenplay by), James Dashner (based upon the novel by)
Pelakon : Dylan O'Brien (Thomas), Kaya Scodelario (Teresa), Thomas Brodie-Sangster (Newt), Giancarlo Esposito (Jorge), Rosa Salazar (Brenda), Aidan Gillen (Janson), Walton Goggins (Lawrence), Ki Hong Lee (Minho), , Will Poulter (Gally), Patricia Clarkson (Ava Paige)
Running: Time : 141 min
Rating: PG-13
Genre: Action, Sci-Fi, Thriller
Studio: 20th Century Fox
Release date : 26 January 2018


Sekuel ke-3 Maze Runner dan yang terakhir ni menceritakan perjuangan Thomas dan kawan-kawannya nak selamatkan Minho dari tangan WICKED, organisasi yang buat eksperimen terhadap individu yang imun pada virus The Flare. Virus yg turns orang yang dijangkit jadi zombie. Misi Teresa yang khianati kawan-kawan dia di sekuel Maze Runner: The Scorch Trials sebelum ni hampir berjaya bila dapati Min Hoo yang imun terhadap virus Flare ada potensi untuk cure penyakit tersebut. Jadi, movie ni berkisarkan tentang nak selamatkan Min Hoo yang dibawa ke the last city yang masih ada. Virus Flare yang merebak melalui udara menyebabkan kadar jangkitan tu 300% dari biasa dan pihak WICKED gigihlah tahan sesiapa sahaja yang imun untuk cipta cure. 




Masa cerita sebelum ni, Gally jadi musuh dengan geng Thomas tetapi dah jadi baik dalam sekuel ni. Dengan bantuan Teresa, Thomas berjaya masuk ke dalam bangunan WICKED dan selamatkan Min Hoo. Brenda yang dah dijangkiti penyakit ni pun sembuh tetapi Newt akhirnya mati tak sempat diselamatkan. Seteleh pertempuran dengan pihak WICKED, semua mangsa selamat but kedua-dua penjahat Ava Paige dan Janson mati.


Cerita dari awal menarik, tak bosan. Walaupun full house, duduk 1st lane tetap hayati cite ni sampai habis. Dalam cerita ni, korang akan rasa yang misi Ava Paige dan Teresa untuk cari cure ada betulnya. Nampak lah hasrat murni dorang. Akhirnya, Ava Paige mati ditangan Janson dan boleh agaklah siapa yang paling jahat disebabkan Janson pun dah dijangkiti dan terdesak nak dapatkan penawar. Nak tahu siapa yang buat cure tu berjaya korang tontonlah nanti ya. Kak Bell tak nak bagi spoiler! Haha. Dalam cerita ni, berjaya dipaparkan maksud persahabatan dalam kumpulan dorang sejak mula-mula ditempatkan dalam Maze sebagai orang asing dan akhirnya belajar saling mempercayai antara dorang. Ada 2 part sedih, masa Newt mati dan another one masa last ending. Btw, kita tak puas hati dengan ending cerita ni! Walaupun sedih but ending dia tak cliche. Overall pada mata kaca Kak Bell, movie ni best. Jalan cerita simple dan aksi menarik. Kalau korang tak suka, ikut suka korang.

Berapa bintang nak bagi? : 7/10


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post