Maze Runner : The Death Cure (2018)

Every Maze Has An End
Akhirnya sempat menonton Maze Runner: The Death Cure. Walaupun dah ditayangkan bermula 26 January 2018, baru hari ni sempat menonton lepas 2,3 kali posponed! Memang mula ikuti sejak sekuel yang pertama The Maze Runner (2014), seterusnya Maze Runner: The Scorch Trials (2015) tapi dah lupa-lupa jalan ceritanya. Sekuel ke-3 Maze Runner: The Death Cure ni sepatutnya released pada tahun 2017, tetapi disebabkan pelakon utama Dylan O'Brien cedera semasa perfileman, ianya ditunda pada Januari 2018. Kesian boyfriend baru Kak Bell ni. Tapi kita suka Chriss Prat lagi kot. Hehe.


Pengarah : Wes Ball
Penulis : T.S. Nowlin (screenplay by), James Dashner (based upon the novel by)
Pelakon : Dylan O'Brien (Thomas), Kaya Scodelario (Teresa), Thomas Brodie-Sangster (Newt), Giancarlo Esposito (Jorge), Rosa Salazar (Brenda), Aidan Gillen (Janson), Walton Goggins (Lawrence), Ki Hong Lee (Minho), , Will Poulter (Gally), Patricia Clarkson (Ava Paige)
Running: Time : 141 min
Rating: PG-13
Genre: Action, Sci-Fi, Thriller
Studio: 20th Century Fox
Release date : 26 January 2018


Sekuel ke-3 Maze Runner dan yang terakhir ni menceritakan perjuangan Thomas dan kawan-kawannya nak selamatkan Minho dari tangan WICKED, organisasi yang buat eksperimen terhadap individu yang imun pada virus The Flare. Virus yg turns orang yang dijangkit jadi zombie. Misi Teresa yang khianati kawan-kawan dia di sekuel Maze Runner: The Scorch Trials sebelum ni hampir berjaya bila dapati Min Hoo yang imun terhadap virus Flare ada potensi untuk cure penyakit tersebut. Jadi, movie ni berkisarkan tentang nak selamatkan Min Hoo yang dibawa ke the last city yang masih ada. Virus Flare yang merebak melalui udara menyebabkan kadar jangkitan tu 300% dari biasa dan pihak WICKED gigihlah tahan sesiapa sahaja yang imun untuk cipta cure. 




Masa cerita sebelum ni, Gally jadi musuh dengan geng Thomas tetapi dah jadi baik dalam sekuel ni. Dengan bantuan Teresa, Thomas berjaya masuk ke dalam bangunan WICKED dan selamatkan Min Hoo. Brenda yang dah dijangkiti penyakit ni pun sembuh tetapi Newt akhirnya mati tak sempat diselamatkan. Seteleh pertempuran dengan pihak WICKED, semua mangsa selamat but kedua-dua penjahat Ava Paige dan Janson mati.


Cerita dari awal menarik, tak bosan. Walaupun full house, duduk 1st lane tetap hayati cite ni sampai habis. Dalam cerita ni, korang akan rasa yang misi Ava Paige dan Teresa untuk cari cure ada betulnya. Nampak lah hasrat murni dorang. Akhirnya, Ava Paige mati ditangan Janson dan boleh agaklah siapa yang paling jahat disebabkan Janson pun dah dijangkiti dan terdesak nak dapatkan penawar. Nak tahu siapa yang buat cure tu berjaya korang tontonlah nanti ya. Kak Bell tak nak bagi spoiler! Haha. Dalam cerita ni, berjaya dipaparkan maksud persahabatan dalam kumpulan dorang sejak mula-mula ditempatkan dalam Maze sebagai orang asing dan akhirnya belajar saling mempercayai antara dorang. Ada 2 part sedih, masa Newt mati dan another one masa last ending. Btw, kita tak puas hati dengan ending cerita ni! Walaupun sedih but ending dia tak cliche. Overall pada mata kaca Kak Bell, movie ni best. Jalan cerita simple dan aksi menarik. Kalau korang tak suka, ikut suka korang.

Berapa bintang nak bagi? : 7/10


CONVERSATION

18 comments:

  1. Pernah tgk yg maze yg 1..2 dan 3 x tengok lagi.dulu takut juga tgk igt citer bunuh bunuh extreme..bila dh tgk best plak

    ReplyDelete
  2. I've heard great reviews on this movie, can't wait to watch it but I have not watch for the first two episod, gonna watch it online before heading to the cinema for this, it sounds really exciting.

    ReplyDelete
  3. Belum tonton lagi filem ni tapi ada review yang baik mengenai filem ni. Moga dapat tengok la nanti kalau masuk astro.

    ReplyDelete
  4. Kita tak sempat tengok pun lagi, busy sangat. Tapi dalam maze runner ni emi paling suka tengok Min Hoo. handsome, hiks! Dah la nampak cool sangat.

    ReplyDelete
  5. Tak berkesempatan lagi nak tonton filem ni, kalau dah masuk astro first nanti lisa nak try tengoklah sebab bila baca sinopsis dia sangat menarik dan tak bosan.

    ReplyDelete
  6. Belum sempat nak menonton lagi filem ni, samalah asyik postpone je smpi sekarang. Dengar cerita kengkawan pun movie ni menarik, bila baca ulasan ni lagi tertarik nak menonton. Sempat lagi menonton di pawagam ni. Thanks sharing info :)

    ReplyDelete
  7. dah tengok sequel maze runner but this one not yet, you cakap tak suka ending dia ? adakah ending dia semua mati ke macam mana. eh c=so curious I should watch with you yesterday !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Tu lah kekwat tak nak join kan

      Delete
  8. Best nya.. xde chance nak gi tgk wyg lagi..sbb busy je

    ReplyDelete
  9. Alaaaa...I tak tengok citer ni dari awal. They all say need to watch from 1st episode.

    ReplyDelete
  10. Marsha dah tgk maze runner 3 ni memang best jalan cerita dia. Nampak mcm dah ending tp hope ada lagi episod dia nanti

    ReplyDelete
  11. saya follow episode-episode sebelum ni sebab memang minat cerita dia. lain daripada lain! tapi yang ni belum tonton lagi sebab tak sempat - kerja banyak sangat. huwarghh! bilalah ada masa nak tonton.

    ReplyDelete
  12. Macam best jer citer ni..nampak extreme je genre dia..nak tgok tp mmacam x berapa nak berani...

    ReplyDelete
  13. huda pun peminat cerita maze runner ni, tapi tak berkesempatan lagi nak tengok. Baca review bella teruja plak nak tengok weekend ni

    ReplyDelete
  14. dengar kata ni last untuk maze runner tapi adik cakap kalau ikut buku ada 4. so, tak tau ada lagi ke tak nanti. Tapi memang best cite ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh berharap juga ada sambungan. Memang tak puas hati ending dia. Mana tau ada keajaiban ke di sekual ke-4. Hehe. Klau ada lah

      Delete
  15. Kita suka citer ni. Kita memang folow citer ni dr yang awal lagi. Jalan citer dia unik. Nak nak yang 1st dulu

    ReplyDelete
  16. Kak pun belum tengok filem ni..pun tak ada masa lgpun biasanya pegi dgn anak tgk wayang heee

    ReplyDelete

Back
to top