Kari Kaki Ayam Kaya Kolagen

Hi Korang! Selamat menyambut Tahun Baru Cina 2018 buat rakan-rakan berbangsa Cina. Dua hari Public Holiday ni, Kak Bell gigih bekerja demi sesuap nasi. Dari duduk di rumah tak buat apa, baiklah pergi kerja kan. Nak kata ada suami, suami pun ilusi je. Haha. Kemarin, lepas balik kerja kita pun memecut laju pacuan 4 roda Kak Bell nak balik rumah. Maklumlah, jalan lengang tak banyak kereta. Sekali-sekala, kereta tu nak jugak kena tekan sampai ratus kilometer sejam. Tengah-tengah memecut, tiba-tiba ada kelibat putih yakni seekor anjing putih melintas jalan. Nasib baiklah sempat brek. Rasa nak gugur jugaklah jantung masa tu. Si anjing pula dah selamat, boleh pula dia menoleh dan sempat pandang kita. Aiyyoo, cepatlah pergi melintas dik, nanti tak pasal-pasal datang kereta lain hentam. Lega rasa, kalau tak nanti jadi kes langgar lari pula kan. Huhu. Insaf sekejap, lepas ni kena bawa kereta dengan berhemah. Kadang-kadang, memang tak perasan kalau dah memalam ni.


Masa malam AJL32 yang lepas, Kak Bell ada buat Ayam Goreng Kunyit Dengan Tempe. Bila dah makan mesti nak ada hidangan berkuah, jadi teruslah buat kari kaki ayam ni buat basahkan nasi kan. Ala kadar aje pun karinya. Korang makan kaki ayam tak? Ada juga orang geli nak makan kaki ayam ni. Katanya, kaki ayam ni mengandungi kandungan kolagen semulajadi yang tinggi dan juga turut ada zat kalsium.  Pakar perubatan juga ada mengesyorkan kaki ayam bagus untuk diambil oleh mereka yang memiliki sakit reumatik. Ada juga yang mengatakan kaki ayam ni kalori tinggi. Bagi Kak Bell, bukannya kau makan kaki ayam tu setiap hari macam makan nasi kan. Kaedahnya nak jual produk katanya, promote barang dia bagus kurang kalori. Gila ke apa nak makan seperiuk kaki ayam setiap hari. Kalau kau tu dah jenis melantak tak ingat dunia, sama aja hasilnya makan atau tak kaki ayam ni. So, kalau nak muda, kekal remaja cantik, bolehlah makan kaki ayam. Dah ada kajian tu, kita sahih lah fakta tu kan.



Bercerita pasal kaki ayam ni, dulu Kak Bell ada post di FB. Ada pula sorang mamat ni menghanjengkan kita sebab makan kaki ayam. Siap buat emoticon muntah ye! Hangin je Kak Bell masa tu. Yang lawak tu ada yang komen 'memperjuangkan hak asasi ayam'. Ikut suka lah kita nak makan apa kan, asalkan boleh dimakan dan Halal. Macam-macam hal. Harini banyak pulak membebel. Nah tengoklah resepi lite-lite ni. Buat je kari macam biasa, then campak je kaki ayam tu. Dah siap!


Bahan A
Ketulan kaki ayam
3 sudu besar rempah kari *dibancuh
2 sudu serbuk cili *dibancuh
1 biji bunga lawang
1 kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
santan secukupnya
Garam
Air

Bahan B (bahan tumbuk)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara memasak:
1) Tumbuk halus semua bahan B.
2) Panaskan minyak dan tumiskan bahan B bersama dengan bunga lawang, kulit kayu manis & buah pelaga sampai naik bau.
3) Masukkan bancuhan serbuk kari dan serbuk cili. Tumis hingga pecah minyak.
4) Masukkan kaki ayam, goreng sehingga air kering dan keluar minyak.
5) Masukkan santan, air dan masak hingga mendidih.
6) Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam.
Perlahankan api dan biarkan mendidih sehingga pecah minyak.

TIPS!
  • Boleh guna asam keping gantikan air asam jawa
  • Boleh tambah kentang, tomato ikut suka
  • Masukkan kerisik bagi yang suka









CONVERSATION

35 comments:

  1. Kaki ayam daripada dibuang atau dibazrkan, mmg lebih baik buat kari ayam. Sedap juga klu makan cicah roti smbil layan tv ni.. layan ooo. Ok.. ada resepi ni bagus kpd sesiapa yg nak jadikan panduan memasak kari ayam yg bagus :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Lepas ni nak buat kerabu kaki ayam pulak.

      Delete
  2. Alamak... Part kari ayam tu memang buat kecur liur tapi part kaki ayam tu. Hmm.. Hihi. Sebab saya tak biasa makan kot. Tak reti. Nak mencuba pun rasa takut-takut jugak. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cuba la Hasif. Memula dulu tak makan jugak. Dah makan ok je. Hehe

      Delete
  3. Sapa la mamat yang komen sarcastic tu..pi meninggal la..kaki ayam la the best..bukan makan hari- hari..selain masak kari, masak lemak cili api..sedap je buat sup ke..tom yam ke..siap ada collagen lagi...awet muda weh..akak amalkan makan kaki ayam la nak nampak muda selalu..tak percaya? akak tahun ni nak masuk 40 dah..tp orang tak percaya..kan bella?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah..kita pun dekat2 40 dah ni. Selalu org teka umur 25+. Bangga kejap. Hehe. Jadi makanlah kaki ayam nak awet muda kannn.

      Delete
  4. kaki ayam memang kaya dengan kolagen, tapi selalunya i akan buat sup ayam, memang nikmat cicah sambal budu belacan hahahah.... kolagen paling murah boleh didapati.. tapi serious dulu i tak suka makan kaki ayam tapi bila tahu ada khasiat kolagen tu terus I amalkan hahaha

    ReplyDelete
  5. Alahaiii... Nampak tersangat sedap kari tu bell. Dah lama tak buat masak kari. Tengok kari tu rasa nak meng kari malam ni. Apa lah orang tu. Kalau tak makan kaki ayam, tak payah lah menghanjingkan orang. I pon baru belajar nak makan kaki ayam ☺☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan terkejut kejap siap mamat tu bulatkan kaki ayam tu. Bedebah sungguh! Haha

      Delete
  6. Sedapnya tengok kaki ayam tu. Nak-nak masak kari pula hehe. Btw, baru tahu kaki ayam kaya dengan kolagen. Kena makan selalu la. eh hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letss cantikkk. Klagen kaki ayam produk nya.

      Delete
  7. Saya pun tak berapa gemar kaki ayam tapi kalau kawan2 makan, tak de la nak kutuk ke apa..selera masing2 la kan..sibuk je mamat yg menghanjenkan status kak bell tu..'ko dah kenapa,kan'..tak nak makan, sudah..org lain makan sedap je.aish..menyampah betul org yg ada attitude cam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Panjang lagi komen tu. Sampai dia diamlah.

      Delete
  8. wah kak bella, wife materialnya.. penuh blog dengan resepi, kena menuntut dengan kak bellah nih.. huhu.. cuma neeza tak makan kaki ayam, mungkin boleh tukar pada bahagian ayam yang lain.. apapun nampak masakan kak bella sangat menyelerakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak makan boleh je ganti bahagian lain. Dulu tak makan juga. Lepas pekene kerabu kaki ayam haritu, terus suka. Yg penting nak cantik tu. Hehe. Tq Neeza, ala semua pun boleh masak kan. InsyaAllah kita kongsi tips dan cara kan.

      Delete
  9. Eh mohon jngan ditutup nama laki itu. Boleh lah kita hantar rombongan menghentam komen lelaki itu. Hahaha. Pelik sgt ke makan kaki ayam ? Sy pon x makan kaki ayam tp xde lah pelik bila ada org makan. Ayam kot. What’s the big deal tho ? Entah pape ntah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Ada yg hentam mamat ni Arabian Night. Ynag dorang makan biawak tu tak adalah pulak kita kecam kan.

      Delete
  10. Dah kenapa mamat tu tak puas hati ngan kaki ayam?

    Sedap kot kaki ayam ni. Saya selalu mintak kaki ayam kalau beli nasi berlauk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti iols buat kerabu kaki ayam ye. Nak mai makan tak?

      Delete
  11. Kaki ayam memang banyak khasiat tp sy tak makan kaki ayam lah kak bell.tapi kalau orang lain makan takde pulak kita mempersoalkan atau "menghanjengkan" org yg makan macam yg mamat tuh buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye paham. Ada yang tak makan. Tp siap bulatkan and buat emoticon muntah tu yng tak tahan tu.

      Delete
  12. sedapnya kari kaki ayam tu, terliur tengok walupun saya tak makan kaki ayam. cicah roti sedap nii


    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cuba rasa ni. Nanti terus berkenan tau.

      Delete
  13. Sedapnya resepi kari kaki ayam makan dengan nasi putih. Ignore je yg lain
    Selera nak makan semua orang mana sama. Janji halal kan. 😁

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  14. Biar betul??? because i always skip the kaki ayam, now only i know ada kolagen.

    ReplyDelete
  15. Chinese love to use chicken feet to boiled soup. Really sweet babe. You can try this.

    Those not eating, please do not comment on others as not everyone as lucky as the commented every day eat steak.. lolz

    Go babe... Kerabu kaki ayam mmg sedap pun...

    Racheal

    ReplyDelete
  16. Kaki ayam wat kari mmg sedap cicah dgn roti.. nak nak time layan drama.. AM dgn anak2 mmg suka makan kaki ayam, leher ayam!! Kadang2 AM rebus dulu kaki pastu gaulkan dgn tepung kentucky, berebut kami anak beranak makan.. hehehe

    ReplyDelete
  17. Terbaik lah resepi Kaki Ayam dari Bella Jamal.. Adeh!! Ini memang bikin LeYa terliur ni...

    ReplyDelete
  18. Anak-anak saya memang suka makan kaki ayam ni. Kalau sup dan kari memang feveret diorang lah

    ReplyDelete
  19. jangan dilayan sangat dengan diaorg tu..publisiti murahan je kak belle haha

    ReplyDelete
  20. hahaha i ingat la pasal perdebatan chicken toe tu, tapi kalau c**mel toe, pasti si jantan tu like post you kan hahaha...

    ReplyDelete
  21. Kolagen paling murah dan sedap.. pergghhh terliur pulak

    ReplyDelete
  22. Dulu suka makan kari kaki ayam area Jalan Ipoh. Sedapnya Ya Allah.. lama dah tak buat. By the way just sharing my style kak bell... Kalau auni selalu rebus kaki ayam tu sampai lembut. Then baru masuk dalam kari. Sampai ke tulang lembut.. hihi

    ReplyDelete
  23. kaki ayam is my favorite. hehehhee...

    ReplyDelete

Back
to top