Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

Sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang ini dan trend e-Dagang yang semakin popular di Malaysia, Shopee platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini.


Sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan sempena Tahun Baharu Cina.

“Aktiviti membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan, dan Tahun Baharu Cina tidak ketinggalan. Tahun ini, kami menyedari lonjakan dalam bilangan carian dalam talian di Shopee apabila kita menghampiri Tahun Baharu Cina, yang menunjukkan peningkatan trend pengguna yang memilih untuk membeli-belah secara dalam talian bagi musim perayaan. Ini petanda baik yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-Dagang di Malaysia. Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan Komisyen Sifar (0), rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.


Carian paling popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018 adalah bagi kategori berikut: Pakaian Wanita, Mobil & Gajet, Permainan, Kanak-kanak & Bayi, Kasut Wanita dan Beg Wanita.


Pembelian paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang musim perayaan ini:


Nikmati potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang berlanjutan sehingga 25 Februari 2018. Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini. Tambahan lagi, pengguna boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888.

Seterusnya, Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari 2018 yang akan membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo.


Shopee adalah platform e-Dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh.

Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.


Shopee, sebuah syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, e-Dagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shopee.com.my

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.
#WangWithShopee










CONVERSATION

25 comments:

  1. Its time for CNY shopeeeee !! Ha ha ha I target tripod lepas nak bayar tu harga delivery lagi mahal dari tripos, eh benggang ! hahhahaha

    ReplyDelete
  2. Musim perayaan rugi tak shopping tau. Bukan senang nak dapat diskaun dan barang pula memang kita perlukan. Hahahaha. Ayuh shopping. Kita lah 32% tu. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Rambang mata pening kepala pikir nak beli apa. Haha.

      Delete
  3. Ala..sajer je bella ni share macam2 pasal shopee ni..tau je akak ni mudah terjebak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom-jom shopping. Raya dekat dah ni Kak oiiii!

      Delete
  4. alahaii..baru nak menabung ni..tp mmg x pernah lagi sopin kat shopee..tgu kempen hari gajilah..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Bolehlah try shopin kat sini. still cheap and affordable

      Delete
  5. Shopping sesaja la kalau CNY punya sale.. sebab time ni la harga mana-mana website murah2 merudum harganya.. TB suka juga shoppign kat shopee ni.. dha 2-3 kali gak beli barang kat shopee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Time CNY la memang murah gila barang2 diskaun!

      Delete
  6. Awat semua dok cerita pasal shopee ni?? Ana dr tak terjebak jadi terjebak sama ok. Adik2 Ana memang kaki shopee. Lg2 masa CNY ni. Sales tak hengat. Rugi tak shopping masa ni.

    ReplyDelete
  7. Tahniah shopee krn peratusan pencarian meningkat. Mesti byk sales tu sbb tu meningkat ! 😝

    ReplyDelete
  8. Dah beberapa kali shopping dekat shopee. Best sebab barang baby dia murah compare dengan online shop yang lain.

    ReplyDelete
  9. So generous of shopee for the giveaways, I've not hear of this platform before gonna download the app and check it out, see what else I can grab during the promos!

    ReplyDelete
  10. 90% discount! wajib window shopping. tengok iman kuat ke tidak juga,last" terjerat sekali nak shopping dengan shopee

    ReplyDelete
  11. Shoppe ni macam dah lead kompeni ecommerce je..iklan dia lak macam mengekori kita dr FB ke IG ke blog..seram meyh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu JMR. Semakin menjadi2 Shopee sekarang. Hehe.

      Delete
  12. Kuat betul pengaruh shopee ni.. kite pun dah beli telefon kat sini sebab harga kat shoppee paling murah compare tempat lain.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke? so far puas hati tak dengan servis penjual? Baguslah labih murah dari online shop lain

      Delete
  13. time for shopeeeee Bella, I nak shopping travel tripod je ni yang len len dah tak rasa nak beli sebab dah penuh la hehehehehhe.... time to clear the barang lama and barang baru, btw shopeee is a good platform cuma delivery cost so mahal ! eh kos living memang mahaiiii

    ReplyDelete
  14. rambang mata masuk shopee ni. shopee semakin menjadi pilihan pengguna di Malaysia. membeli waktu tawaran hebat berlangsung, satu peluang yang tak boleh dilepaskan

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  15. shopping memang terapi jiwa..lagi2 time promosi CNY perghhh rabak duit akaun hahahahahaha...shopee antara platform membeli-belah yg ayu suka

    ReplyDelete
  16. Sekarang masuk shopee bukak angpow dulu hehehe. Nasib baiklah akk ni bukan kaki shopping..bila perlu je..tapi kengkadang termasuk n terbeli jugak sb banyak naa barang kat shopee ni..hehehe

    ReplyDelete
  17. gee.. nilah yang bahaya, tapi beli jugak.. best can buy so much gadgets in shopee and I really love things that is very convenient to me and fast in delivery

    Racheal

    ReplyDelete
  18. Memang rambang mata bile shopping di Shopee ni..hehe..

    ReplyDelete

Back
to top