BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma LIVE In Concert - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma LIVE In Concert

Trending

BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma LIVE In Concert

Berita baik buat peminat Anuar Zain, Bunga Citra Lestari (BCL) dan juga Yuka Kharisma! 3 selebriti popular dari Malaysia dan Indonesia ini bakal bergabung dalam satu pentas konsert yang bakal berlangsung pada 28 April 2018 ini di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.


Konsert gabungan Malaysia dan Indonesia memang kerap kali diadakan di ibu kota Malaysia mahupun Indonesia. Berbeza untuk konsert kali ini, 3 nama yang belum pernah disatukan dalam satu pentas akhirnya dipertemukan di atas nama ‘BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live In Concert’ bagi mempamerkan keakraban antara Malaysia dan Indonesia. Konsert ini juga merupakan penampilan pertama BCL dan Yuka untuk sebuah konsert berskala besar di Kuala Lumpur.


Konsert yang akan berlangsung selama 2 setengah jam ini dianjurkan oleh Kharisma Entertainment Sdn Bhd yang diterajui oleh Yuka dan turut mendapat kerjasama dari DTA Fashion Art Performance Sdn Bhd. Bunga Citra Lestari bakal membawa 6 orang pemuzik yang diterbangkan khas dari Indonesia, manakala nyanyian Anuar Zain & Yuka pula akan diiringi oleh 8 orang pemuzik tempatan, 3 penyanyi latar dan Sze Wan sebagai Pengarah Muzik.


Bersama penaja konsert

Berikut merupakan sedutan sekitar sidang media BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma LIVE In Concert.


Dalam sidang media ini, Yuka juga turut mengambil peluang untuk melancarkan album terbarunya yang bertajuk #1 dan mempertaruhkan lagu bertajuk Mati Rasa sebagai single pertamanya yang ditulis dan digubah secara keseluruhan oleh Yuka sendiri.


Yuka yang merupakan penganjur untuk konsert ini merasakan konsert ini memberi keistimewaan yang tersendiri bukan sahaja buat dirinya tetapi juga para peminat di luar sana. Penyanyi yang terakhir kali muncul dengan lagu Hati Berbisik yang merupakan lagu runut bunyi filem Love Supermoon merasakan konsert ini membawa pengertian tersendiri buat dirinya. Pastinya beliau gembira dan bersyukur apabila 2 nama yang cukup besar dalam industri muzik bersetuju untuk berada di satu pentas dengannya, selain menjadi platform untuk syarikat miliknya bergerak sebagai penganjur acara konsert.



Tiket konsert telah mula dijual pada 31 Januari 2018 di www.yuka.com.my atau www.tickethotline.com.my. Tiket juga turut dijual di kaunter Dewan Plenari, KLCC pada 28 April kelak. Berikut merupakan harga tiket yang dijual:
  • RM2199 (Intimate)
  • RM1599 (Platinum)
  • RM588 (Diamond)
  • RM488 (Gold)
  • RM388 (Silver)
  • RM288 (Bronze) 
  • RM188 (Regular)

Selain dapat berhibur bersama penyanyi kegemaran masing-masing, anda juga berpeluang untuk memenangi 6 buah cabutan yang disediakan. Bagi pembeli tiket konsert yang bertuah bakal membawa pulang 5 buah Iphone 8 dan hadiah utama iaitu skuter!

Bagi pembeli tiket Intimate, anda akan menerima jemputan ke pra parti, barangan konsert serta peluang bergambar bersama artis dan laluan VIP. Manakala pembeli tiket Platinum pula akan menerima jemputan ke pra parti, barangan konsert dan laluan VIP. Untuk maklumat lanjut sila layari www.yuka.com.my 
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post