Resepi Kari Ikan Kembung

Hi Korang. Rasanya dah berpuluh kali masak masakan kari tapi Kak Bell masih tak puas hati dengan hasil kari yang dimasak. Memang terdapat banyak cara jika nak memasak kari. Ada yang berbeza bahan-bahan rempah ratus dan ada juga yang menggunakan serbuk kari yang khas. Jika nak masak seperti masakan mamak, lain pula caranya. Semalam, ada yang komen di IG post Kak Bell supaya tengok resepi Kari Ikan Kalai. Kak Bell pun tengoklah. Hampir cecah 10K like dan 6K perkongsian! Dalam langkah memasak tu, dinyatakan untuk warna kari nampak pekat mesti gunakan kuantiti air asam jawa yang banyak dan ikan tersebut digoreng terlebih dahulu. Disebabkan Kak Bell bukan memasak kari mamak, so gunakan cara yang biasa buat sahajalah. Btw, untuk ikan tu, sesuai juga digoreng dahulu untuk elakkan ikan menjadi hancur. Apa-pun, boleh sahaja ikut cara masing-masing sebab hujung-hujung diri sendiri juga yang makan.



Terus terang kari yang Kak Bell masak ni taklah sampai spesifikasi macam orang meniaga kari tu tetapi menjadilah juga kari kita ni. Cuma memang Kak Bell tak puas hati dan nak nampak kari tu berlinang minyaknya. Ke memang nak kena pakai minyak yang sangat banyak? Biasanya untuk masakan kari, Kak Bell tak suka gunakan santan terlalu banyak. Cukuplah sekadar melemakkan kari tu. Kalau ada cara dan resepi yang special bolehlah kongsikan. Seriously rasa macam 'failed' je masak kari. Hmmm. Walau apa-pun, Kak Bell share jugalah resepi kari tu disini. Kalau nak tengok Resepi Ikan Sardin Fresh Masak Kari, boleh KLIK sini kay.

Bahan A
3 ekor ikan kembung
5 biji terung bulat
3 batang kacang panjang
2 biji cili merah
1 biji bunga lawang
1 kulit kayu manis
3 biji buah pelaga 
1 cawan santan
3 sudu serbuk*dibancuh
2 sudu serbuk cili*dibancuh
1 cawan air asam jawa 
Garam
Air

Bahan B (bahan tumbuk)
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia


Cara memasak:
1) Tumbuk halus semua bahan B.
2) Panaskan minyak dan tumiskan bahan B bersama dengan bunga lawang, kulit kayu manis & buah pelaga sampai naik bau. 
3) Masukkan bancuhan serbuk kari dan serbuk cili. Tumis hingga pecah minyak.
4) Masukkan terung bulat dan biarkan terung layu.
5) Tambahkan air asam jawa dan santan. Biarkan mendidih.
6) Masukkan kacang panjang, ikan, garam dan sedikit perasa.
7) Biarkan mendidih hingga masak.

TIPS!
  • Boleh tambah rempah ratus lain seperti halba, cengkih, jintan manis dan jintan putih.
  • Boleh masukkan sedikit serbuk kunyit untuk naikkan warna kari.
  • Boleh goreng ikan terlebih dahulu dan goreng tidak terlalu garing.
  • Masukkan daun kari untuk bau dan rasa pada step 3.
  • Boleh gantikan terung dengan sayur bendi dan tomato.

Memang perangai Kak Bell kalau masak apa-apa, mesti nak masukkan sayur. Sebab tu masukkan terung dengan kacang panjang. Walaupun rupa kari ni tak macam kat kedai, tetapi menjadi jugak kari ikan kembung ni. Hehe. Oklah selamat memasak dan melantak. Muah.

CONVERSATION

7 comments:

  1. #RawlinsGLAM tak pandai/ suka memasak maka boleh tak nak minta Kak Bella je masak? Biar #RawlinsGLAM jadi foodtester sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Boleh sahaja. Nanti kita set time ya. Kita masak-masak.

      Delete
  2. amboi kak bella memang masak sedap je all the times no wonder lah ramai suka baca resepi tau ;) love love love :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 nya sedaplah bagi yang merasa. Thanks dear

      Delete
  3. Ya allah.. terlit Tb tengok kari ikan ni.. makan denagn roti jala best nii.. pekat kuahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye..agak pekat kuahnya. Makan dengan roti juga kuahnya tu

      Delete
  4. Comel terungnya hihi... Ouh ada dua2 santan dan asam jawa.. mesti kaw & sedap ni :)

    ReplyDelete

Back
to top