Resepi Ayam Masak Merah Madu - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Ayam Masak Merah Madu

Trending

Resepi Ayam Masak Merah Madu

Happy New Year 2018 korang! Ada yang gigih celebrate berparty bagai ke? Kak Bell malam tahun baru pun masih di office. Kerja malam. Khidmatmu diperlukan katanyaa. Lagipun, tak larat dah diusia emas ni nak bersesak-sesak bagai kan. Jadilah, tengok bunga api kat TV or dari jendela rumah je kan. Kiranya ni entri pertamalah di tahun baharu 2018, walhal dah lama dah masak resepi ni. Sibuk bekerja dan uruskan masalah lain sampai tak sempat nak up. Nak 'wrap up' journey tahun 2017 pun juga tak sempat. Hehe.

Macam biasalah, menu untuk hari ni ayam. Pusing-pusing, ayam, ikan, daging, hujung-hujung ayam jugalah yang memang jadi kegemaran dibuat lauk. Kadang-kadang tu, pening juga bila memikirkan 'nak masak apa harini'. Hari-hari telan menu yang sama, boring juga. Nak masak menu yang ala-ala Master Chef tak pandai lah pula. Tetiba teringat pulak ayam madu di kedai mamak. Walaupun di kedai mamak tu memang sedap ayam madunya, tapi Kak Bell tak suka sangat kalau terlalu manis. Jadi, bila buat sendiri bolehlah ikut kesesuaian masing-masing. Disebabkan resepi ni sangat senang dan semua bahan pun ada, so, menu yang dikongsi harini ialah menu Ayam Masak Merah Madu.


Resepinya mudah seperti masak ayam masak merah, cuma ditambahkan madu dan gula merah di dalam resepi ni. Nanti masa masak, memang korang akan nampak licin je berkilat kuah tu bila dah masukkan madu dan gula merah. Serai tu, Kak Bell saja masukkan sebab dah tinggal sebatang. Campakkan sahaja dalam kuali. Oklah, terus tengok resepi ajalah. Kak Bell dah tepu ni. Lagipun tak ada apa cerita yang nak dikongsikan. Hati tengah gundah gulana. Ehh.


Bahan A
10 ketul bahagian ayam
1/2 biji bawang holland *potong bulat
4 biji tomato comel
1/4 lada benggala
1 biji lada hijau/merah
2 sudu besar madu *ikut kesukaan
1 sudu besar sos tiram
Garam, kunyit, gula/perasa
Gula merah/gula melaka
Minyak

Bahan B (bahan kisar)
1 labu bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering *dah direbus
1 cm halia


Cara memasak:
1) Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit. Goreng separuh masak dan ketepikan.
2) Tumis kesemua bahan kisar (bahan B). Masak hingga pecah minyak.
3) Masukkan sos tiram, gula merah dan madu. Kacau sebentar hingga gula merah hancur.
4) Masukkan ayam dan tambah sedikit air jika nak kuah. Biarkan mendidih seketika.
5) Perasakan dengan garam, gula atau serbuk perasa dan kacau rata.
6) Masukkan lada benggala dan hirisan bawang holland.
7) Kacau hingga mesra dengan kuah dan tutup api bila ayam masak.

TIPS!
  • Boleh tambah kacang pis, gajus atau daun ketumbar
  • Boleh juga gunakan tomato puri/sos tomato sebagai bahan sos
  • Masukkan madu mengikut kesesuaian rasa
  • Kuantiti gula merah ikut suka, Kak Bell guna 1/3 bahagian

Mesti korang bosan Kak Bell asyik post resepi je kan. Nak tulis cerita macam novel or fiksyen tu tak kreatif la pula kaedahnya. Ini jelah yang mampu ditulis dik oii. Dah pergi masak sana tu, try menjadi ke tak Ayam Merah Madu ni.


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post