Menangi Hadiah Bernilai Lebih 1 Juta Sempena Tahun Baharu Cina 2018 Dengan ‘Fortune Ang Pao’ Shopee! - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Menangi Hadiah Bernilai Lebih 1 Juta Sempena Tahun Baharu Cina 2018 Dengan ‘Fortune Ang Pao’ Shopee!

Trending

Menangi Hadiah Bernilai Lebih 1 Juta Sempena Tahun Baharu Cina 2018 Dengan ‘Fortune Ang Pao’ Shopee!

Hi Korang! Tak lama lagi perayaan Tahun Baru Cina akan disambut oleh masyarakat di negara kita. Bersempena dengan Tahun Baharu Cina yang akan datang, Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan ini telah mengumumkan Kempen ‘Wang bersama Shopee’ untuk penggunanya. Bonanza membeli-belah yang akan berlangsung selama 6 minggu bermula dari 15 Januari 2018 sehingga 25 Februari 2018.

Fortune Ang Pao Shopee

Sebagai sebahagian daripada kempen tersebut, Shopee turut memperkenalkan permainan ‘Fortune Ang Pao’ yang menawarkan pelbagai hadiah berjumlah lebih RM1 juta untuk diberikan kepada pengguna yang mengambil bahagian. Pengguna boleh bermain permainan ini untuk memenangi Shopee Coins, baucar dan lebih 20,000 unit Tiket Emas (Golden Tickets) setiap hari. Setiap Tiket Emas tersebut merupakan cabutan bertuah untuk memenangi:

  • Jongkong emas bernilai lebih RM500 setiap satu.
  • Hadiah mingguan wang tunai berjumlah RM1,500.
  • Hadiah utama wang tunai berjumlah RM8,888.
  • Pelbagai hadiah lain seperti powerbank, aksesori komputer, perkakas rumah dan banyak lagi.

Recap ->12 FAKTA MENARIK TENTANG JUALAN MURAH 12.12 SHOPEE MALAYSIA


Selain itu, nantikan juga Jualan Kilat Shopee yang dijadualkan 5 kali sehari dengan hadiah tambahan menerusi permainan secara langsung di Facebook Rasmi Shopee . Anda semua berpeluang untuk memenangi Shopee Prosperity Boxes iaitu 88,888 unit Shopee Coins dan percutian untuk 2 orang ke Disneyland Hong Kong! Wah menarik bukan?

Fortune Ang Pao’ Shopee

Pengguna hanya perlu mendaftarkan diri di acara Facebook ‘Wang bersama Shopee sempena Tahun Baharu Cina 2018’ (Wang With Shopee this CNY 2018). Semakin ramai pengguna yang mendaftarkan diri, semakin banyak hadiah boleh dimenangi termasuklah hadiah percutian ke destinasi misteri bernilai RM10,000 apabila pendaftaran mencapai bilangan 18,888 orang.

“Perayaan Tahun Baharu Cina merupakan antara sambutan terbesar di sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia. Sempena sambutan ini, Shopee menawarkan pelbagai pilihan produk dari kategori kesihatan & kecantikan, perhiasan & perkakas rumah, fesyen, barang runcit, permainan, barangan kanak-kanak & bayi, telefon bimbit, gajet dan banyak lagi untuk memenuhi keperluan setiap isi rumah. Dengan tawaran hebat tersebut, kami melancarkan Kempen ‘Wang bersama Shopee’ yang akan menambahkan keriangan pada musim perayaan ini,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Sempena Tahun Baharu Cina 2018 ini, Shopee berusahasama dengan lebih 60 jenama terkemuka daripada Shopee Mall termasuk PETRONAS, Reckitt Benckiser, L’Oreal, OPPO, Super, Watsons, Nestle, Unilever, Tommee Tippee, Deerma, Photobook, dan Xixili dengan melancarkan promosi dan potongan harga sehingga 90% ke atas pelbagai produk!

Fortune Ang Pao Shopee

Bagi pengguna Shopee, boleh menggunakan kod voucher berikut untuk menikmati lebih potongan harga. Tertakluk kepada terma & syarat .

Menangi Hadiah Bernilai Lebih 1 Juta Sempena Tahun Baharu Cina 2018 Dengan ‘Fortune Ang Pao’ Shopee!

Menangi Hadiah Bernilai Lebih 1 Juta Sempena Tahun Baharu Cina 2018 Dengan ‘Fortune Ang Pao’ Shopee!

Sejajar dengan komitmen untuk membantu lebih banyak usahawan dan syarikat meluaskan rangkaian mereka menerusi E-dagang, Shopee turut menjalinkan usahasama dengan perunding feng shui bertaraf selebriti, YBhg. Dato’ Joey Yap untuk melancarkan Kedai Rasmi beliau. Usahasama ini merupakan yang pertama terjalin antara seorang perunding feng shui dengan platform e-Dagang di rantau ini.

“Kami berbangga dapat melancarkan Kedai Rasmi kami di Shopee pada Tahun Baharu Cina ini. Bagi meraikan usahasama ini, kami menawarkan tiket percuma ke acara ‘Feng Shui & Astrology 2018 Live in Kuala Lumpur’ untuk 80 pelanggan pertama yang membuat pembelian minima RM30 dari kedai dalam talian kami,” kata YBhg. Dato’ Joey Yap.

Menangi Hadiah Bernilai Lebih 1 Juta Sempena Tahun Baharu Cina 2018 Dengan ‘Fortune Ang Pao’ Shopee!

Acara yang akan diadakan pada 27 Januari 2018 (sesi Bahasa Kantonis) bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Peminat bidang metafizik Cina boleh membeli buku terbitan terbaru dan barangan eksklusif beliau dengan harga di antara RM23 dan RM116 di capaian berikut Joey Yap Store

Apa yang ditunggu lagi. Jom memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina 2018 dan berpeluang menangi pelbagai hadiah dari Shopee! Silalah, muat turun aplikasi Shopee menerusi App Store atau Google Play secara percuma.

#WangWithShopee

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post