Annual Award Dinner Karisma Cosmetic Memang Meriah!

Buat julung kalinya syarikat kosmetik tempatan, Karisma Cosmetic telah mengadakan Annual Award Dinner Karisma Cosmetic pada 26 Januari 2018 yang lepas dan majlis telah berlangsung di Hotel Palace Of Golden Horses. Malam gala karisma kosmetik ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada semua stokis produk Karisma Cosmetic yang telah menempa kejayaan dalam perniagaan mereka. Selain menjadi platform bagi kesemua para stokis berkumpul, turut diadakan majlis pelancaran Green Coffee dan MPB Tongkat Ali Plus (Man Power Booster) sebagai produk terbaru dari Karisma Cosmetic. Kak Bell amat berbesar hati kerana turut dijemput hadir di acara yang amat meriah ini. Jom baca, jika nak tahu apa apa yang berlaku di sepanjang majlis gala tersebut. Yang penting Kak Bell kena jampi malam tu!


Seawal jam 6.30PM, para stokis sudah mula hadir dan berlegar di ruang lobi hotel untuk pendaftaran masuk. Memang meriah, masing-masing tak nak kalah dengan busana nan indah, baju lip-lap menepati tema dinner kali ini iaitu Elegant Black & Gold. Bukan sahaja stokis dari Malaysia, malah ada juga stokis yang datang dari jauh sempena majlis tersebut. Kak Bell difahamkan, Karisma Kosmetik merupakan brand pertama yang buat award sebegini dan mengumpulkan kesemua stokis terbaik mereka. Produk Karisma Cosmetic ini diasaskan oleh Puan Kartini atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Bi yang berasal dari Kota Bahru, Kelantan. Dengan tagline #PastiSangatCantik, produk ini memang sudah dikenali ramai terutamanya di Kelantan dan siapa sangka ianya juga telah memasuki pasaran Brunei dan Singapura!

Puan Kartini bersama suami

Sementara menunggu acara bermula, para media dan blogger ditemukan dalam sesi bersama dengan pengasas Karisma Cosmetic. Sebelum menceburkan diri dalam bidang kosmetik, terlebih dahulu Kak Bi menjalankan perniagaan dalam bidang hartanah. Produk Karisma Cosmetic ini telah berada dipasaran Malaysia sejak 3 tahun lalu dan kini telah mempunyai 16 buah produk dan 800 stokis seluruh Malaysia termasuk Brunei dan Singapura. Produk yang diasaskan ini, pada awalnya adalah untuk merawat dan mengatasi masalah resdung. Kak Bi sendiri telah berkongsi pengalaman beliau menggunakan produk kosmetik yang sebelum ni hanya beri kesan cantik yang sementara. Kak Bell pun pernah pakai produk yang sebegini, bila stop pakai terus kusam semula muka! Kalau korang nak tahu nama 'Karisma' ni, Kak Bi dapat ilham dari mimpi beliau sendiri. Jadi, memang kenalah tu kalau dah dapat dalam mimpi kan!



HQ Karisma Cosmetic terletak di negeri Kelantan dan produk ini mempunyai kilang bertaraf GMP dan ahli kimia kosmetik mereka yang tersendiri. Memang penting untuk mempunyai status begini untuk menangani stigma masyarakat kita terhadap produk kosmetik tempatan. Diantara kelebihan produk Karisma Cosmetic, keberkesanannya boleh nampak seawal 7 hari penggunaan, malah pengguna dari kaum Cina juga amat ramai kerana produk serum mereka yang setanding dengan SKII, tetapi dijual dengan harga yang mampu milik. Paling penting, tiada isu atau kesan 'blackout' jika berhenti menggunakan produk ini berbanding sesetengah produk yang ada dipasaran. Kak Bell pun serik nak pakai, sebab pernah 2 kali terkena dan kesannya masih berlarutan. Tak sabar Kak Bell nak cuba produk dari Karisma Cosmetic ni.

 Klik SINI untuk pautan video
Klik SINI untuk pautan video

Tepat detik 8.30 malam, acara dimulakan dengan ketibaan pengasas Karisma Cosmetic, Puan Kartini bersama suami dengan kereta mewah di perkarangan lobi hotel. Pengacara pada malam tu pula, tak lain tak bukan penyanyi tak asing lagi, Ifa Raziah yang memang menggamatkan suasana dewan. Memang meriah dan mewah majlis pada malam tersebut. Kak Bell pulak rasa macam dinner kita pulak! Hehe.



Artis yang hadir membuat persembahan diantaranya Lan Kristal, Hael Husaini, Ramlah Ram dan tentunya Ifa Raziah juga. Setelah persembahan pertama dari Lan Solo, acara diteruskan dengan pemberian penghargaan kepada stokis bertaraf Gold dan yang seterusnya. Memang kagum sebab ada stokis yang berjaya mendapatkan jumlah jualan sehingga melebihi RM1 juta ringgit. Memang wajar pihak Karisma Cosmetic menghargai pencapaian tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua stokis yang berjaya.

Masing-masing berebut nak berswafoto dengan Lan!


Kalau dah namanya malam gala tahunan, pastinya tidak lengkap kalau tidak menganjurkan pertandingan 'Best Dress'. Untuk finale, 3 calon wanita dan 3 calon lelaki dihadirkan ke atas pentas untuk dipilih sebagai pemenang. Calon-calon dikehendaki membuat 'fashion walk' mengikut irama muzik dan pemenang telah dipilih bedasarkan sorakan dan tepukan dari tetamu yang hadir. Memang kesemua calon sporting habis dengan gaya catwalk masing-masing.

Kemudian malam tersebut diteruskan dengan persembahan dari Ramlah Ram dan Hael Husaini. Masing-masing membawakan 2 buah lagu popular mereka. Kalau siapa sezaman dengan Kak Bell pasti mengimbau kenanganlah bila mendengar lagu-lagu dari Ramlah Ram ni. Untuk persembahan Lan, rakaman Kak Bell tak berapa meriah, so kita simpan untuk simpanan sendiri sahaja. Sedikit sedutan persembahan, bolehlah klik kat bawah ni.

 Klik SINI untuk pautan video
Klik SINI untuk pautan video

Siapa tak kenal dengan komposer terkenal Hael Husaini. Lagu-lagu beliau memang sangat best. Kak Bell suka sangat diantaranya seperti lagu Dia oleh Dayang dan lagu Jutaan Purnama dari Datin Alyah. 50 kali Kak Bell dok ulang dengar lagu dia kay. Yang penting, memang semua hadirin kena jampi dek lagu Jampi Hael ni.

Klik SINI untuk pautan video

Untuk acara kemuncak pada malam tu ialah majlis pelancaran 2 produk terbaru Karisma Cosmetic iaitu Green Coffee dan MPB Tongkat Ali Plus (Man Power Booster). Karisma Kosmetik juga turut ada parfum mereka sendiri bagi lelaki dan perempuan yang merupakan produk terawal mereka.


Ni merupakan sedutan video semasa majlis gimik pelancaran produk terbaru tersebut. Korang boleh klik untuk tontonan.

Majlis pelancaran produk

Dah habis acara perasmian, memang tak sah kalau diva Ifa Raziah bergelek! Selain membawakan lagu duet dengan Hael Husaini, Ifa turut mendendangkan seleksi lagu-lagu dangdut popular masakini seperti Sakitnya Tuh Disini, Tak Tun Tuang, Perawan Atau Janda dan lain-lain lagi. Betapa meriahnya pentas malam tersebut, siap ada poco-poco. Tidak ketinggalan juga blogger Syafiera Yamin dan Reef naik ke pentas. Reef siap nyanyi pula tu! Nak berkongsi kemeriahan? Klik link kat bawah kay.

Klik SINI untuk pautan video

Berikut ni, gambar-gambar Kak Bell dengan penyanyi Ifa Raziah dan Hael Husaini. Tak sempat nak bergambar dengan Kak Ramlah Ram dan Lan. Bagilah peluang Kak Bell bergaya dengan artis. Hehe.



Majlis malam tersebut berlangsung lancar dan memang meriah sangat! Seronok dapat hadir memeriahkan acara tersebut. Makanan pun sedap dan mewah. Sebelum balik, sempat kami merakam gambar bersama dengan pengasas Karisma Cosmetic, Puan Kartini bersama suaminya. Tahniah di atas kejayaaan majlis annual award dinner tersebut dan semoga Karisma Comestic terus maju jaya!

Bersama rakan blogger yang hadir

Tak melepaskan peluang 'pose' gaya retis kononnya!

Bagi korang yang nak mengetahui lebih lanjut tentang produk Karisma Cosmetic, bolehlah layari laman FB mereka di Karisma Cosmetic HQ.


























CONVERSATION

13 comments:

  1. Wow meriah kak bell !!!!!! Best pula tengok baju baju yang gemerlipan malam tu... limosin tu gempak sangat.. eh jelly gila dia punya adsense approved keluar iklan dah.. I punya tak keluar untuk syafierayamin.com langsung ! 😐

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, teringin pulak nak pakai dress ala-ala red carpet gitu!

      Delete
  2. Majlis yg eksklusif, meriah dan sgt2 happening.. mmg seronok dpt ke majlis mcm ni. Semoga Karisma Cosmetic terus sukses! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memag meriah. Seronok dapat join. Tq juga jemput.

      Delete
  3. lawa sangat majlis tu! semua berpakaian eksklusif :)

    ReplyDelete
  4. Grand nye event ni. This is like annual award. Successful betul founder Karisma ni.Congrats!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Tak sangka stokis pun mampu buat lebih 1 juta. Bayangkan profit dia?

      Delete
  5. Wow, what a classy event. Lucky for you to be invited. I bet you will remember this night for a long time to come!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah, I really enjoyed the gala night.

      Delete
  6. This event is so grand with a nice limousine. Looks like everyone had a fun time that night.

    ReplyDelete
    Replies
    1. That is true. Everyone having fun that night. Interesting song to sing along too!

      Delete
  7. Omg the event is so over the top of grandeur! Love it and glad you had a fabulous night.

    ReplyDelete

Back
to top