Pelancaran Produk Aloe Vera Terbaik AloeShafy

Umum mengetahui, daun lidah buaya atau nama botaninya 'Aloe Vera' dilabel sebagai tumbuhan ajaib. Aloe Vera telah digunakan sejak beribu tahun lalu untuk tujuan kesihatan mahupun kecantikan kerana mempunyai pelbagai khasiat meliputi dalaman dan luaran tubuh badan manusia. Seawal abad ke-20 kajian-kajian yang dijalankan di seluruh dunia menunjukkan Aloe Vera telah terbukti dapat mencegah kecederaan radiasi, mempercepatkan masa penyembuhan kesan kebakaran dengan sekurang-kurangnya separuh kadar, menyembuhkan penyakit ulser, dermatitis dan penyakit kulit yang disebabkan oleh parasit. Menyedari akan kebaikan dan khasiat Aloe Vera, PIJ Manufacturing Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan PIJ Holdings Sdn Bhd telah memperkenalkan tiga produk terbaru set penjagaan wajah, gel mandian serta jus daripada ekstrak Aloe Vera dengan jenama ALOESHAFY pada majlis Aloeshafy Lunch Tea Party pada 12 Disember 2017 yang lepas di RUANG Event Space, Shah Alam. Kak Bell turut berbesar hati diatas jemputan dari pihak Aloeshafy semasa majlis pelancaran tersebut.

Produk AloeShafy

PIJ Manufacturing Sdn. Bhd. merupakan syarikat pertama di Malaysia yang mengeluarkkan ekstrak Aloe Vera ke pasaran tempatan dan luar negara. Pengkomersilan penanaman Aloe Vera Barbadensis Miller secara organik di ladang berstatus MyOrganic di Bio Desaru diurus oleh satu lagi anak syarikat kumpulan PIJ Holdings iaitu PPA Bio Sdn Bhd. Ladang seluas 120 ekar yang terletak di di POIC, Halal Park Pasir Gudang, Johor ini mempunyai kapasiti pengeluaran optimum sebanyak lapan tan sebulan. Seluruh rantaian bekalan industri dari penanaman ke penuaian, mengekstrak dan memproses ekstrak sehingga mengedar komoditi berkenaan ke pasaran hampir keseluruhannya menggunakan teknologi dari Belanda.

Sharifah Suziana Syed Ali, Pengarah PIJ Manufacturing Sdn. Bhd.

ALOESHAFY dipilih sebagai jenama adalah dari ilham perkataan 'Aloe' iaitu tumbuhan Aloe Vera dan 'Shafy' atau 'Shifa' yang berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud penyembuh atau penawar. Ekstrak aloe vera yang dihasilkan mempunyai peratusan kandungan komponen bioaktif polisakarida dan aloe solid yang tinggi dan terbukti lebih baik daripaada ekstrak aloe vera yang dimport ke negara kita. Ekstrak yang dihasilkan telah memenuhi spesifikasi yang digariskan oleh pihak International Aloe Science Council (IASC) iaitu sebuah organisasi khas untuk industri Aloe Vera dunia yang berpusat di Amerika Syarikat. Polisi keselamatan makanan serta kualiti produk menjadi keutamaan dan produk Aloeshafy mendapat akreditasi penting pengilangan iaitu IS0 22000: 2005, Analisis Bahaya Titik Kawal Kritikal (HACCP), Amalan Pengilangan Baik (GMP), pensijilan Halal dan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI). 


"PIJ Manufacturing komited dan memberikan jaminan kepada semua pelanggan bahawa produk kami mempunyai kualiti yang terbaik, harga berpatutan dan mempunyai perkhidmatan yang boleh diharapkan. Produk kami memenuhi akreditasi yang sepatutnya untuk industri ini seperti IS0 22000: 2005, HACCP, GMP dan yang paling penting Halal" kata Sharifah Suziana Syed Ali, Pengarah PIJ Manufacturing Sdn. Bhd. 



Ketua penyelidik Institut Pembangunan Bioproduk (IBD), Dr Lee Ting Hun telah berjaya menjumpai 2 komponen bioaktif dalam gel aloe vera iaitu Asid Digitoxic dan Dioxybenzone. Menurut kajian, pengambilan Asid Digitoxic boleh membantu pesakit yang mempunyai fungsi ginjal yang lemah dan tidak teratur. Sementara Dioxybenzone, boleh bertindak sebagai pelindung sinar Ultra Unggu A (UVA) dan Ultra Unggu B (UVB) agar tidak merosakkan tisu kulit seperti kedutan awal dan sunburn melalui penggunaan topikal iaitu sapuan ke atas kulit.

Dari kiri; Dr Lee Ting Hun, Tuan Haji Rozan Mohd Sa'at, Lembaga Pengarah PIJ Manufacturing Sdn. Bhd. & Sharifah Suziana Syed Ali, Pengarah PIJ Manufacturing Sdn. Bhd. 

Tiga produk yang dilancarkan atas jenama Aloeshafy tersebut adalah jus aloe vera, gel badan aloe dan set kecantikan dan penjagaan wajah yang terdiri daripada pencuci muka, penyembur muka dan gel pelembab muka. Berikut merupakan diantara manfaat produk Aloeshafy;

Jus Aloe Vera Aloeshafy
Memberi manfaat sebagai anti oksidan, detoks, anti radang meningkatkan proses penyembuhan dan menggalakkan tahap tenaga yang sihat. 30ml jus aloe vera boleh diambil sebelum sarapan pagi dan makan malam. Walaubagaimanapun, ianya tidak sesuai untuk ibu mengandung dan menyusu serta kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

Aloe Body Gel
Gel badan yang sesuai untuk semua jenis kulit. Ianya membantu untuk melembap, meremajakan kulit malahan boleh digunakan untuk penjagaan kulit kepala dan rambut. Gunakan 2 kali sehari pada waktu pagi dan malam.

Aloeshafy Beauty Set
Terdiri daripada Beauty Cleanser, Youth Essence dan Aloe Plus Soothing Gel yang berupaya memberikan kelembapan pada kulit dan mengecilkan liang pori pada wajah. Youth Essence juga boleh digunakan sebagai make-up spray untuk menyegarkan wajah.

Aloeshafy Beauty Set

Kaedah pemasaran produk Aloeshafy adalah melalui pelantikan agen 'dropshipper' tanpa perlu menyimpan stok atau menghantar produk kepada pelanggan. Ia bertujuan menarik mereka yang baru memulakan perniagaan, usahawan kecil dan beroperasi dari rumah menggunakan platform media sosial secara aktif yang terbukti lebih cepat, mudah dan kos efektif. Produk Aloeshafy dijual menggunakan kaedah ejen atau 'dropshiper' dan laman jualan atas talian menerusi LAZADA pada harga serendah RM39.90 hingga RM160. PIJ Manufacturing telah menyasarkan untuk menembusi pasaran antarabangsa seperti Singapura dan Brunei malah berhasrat membawanya ke Timur Tengah serta mensasarkan jualan sebanyak RM2 juta menjelang akhir tahun depan.

Semasa majlis Aloeshafy Lunch Tea Party, turut dijemput artis Khai Bahar dan Amira Othman bagi menyerikan majlis. Acara pada hari terseput pula dikendalikan oleh Roslan Shah selaku host of the day. Gamat seketika suasana dengan celoteh Roslan Shah dan semestinya persembahan hebat dari Khai Bahar dan Amira Othman. Kalau nak menonton kesemua persembahan penuh mereka bolehlah follow IG atau FB page Kak Bell dan juga telah dimuat naik ke YouTube.

'Bayang' oleh Khai Bahar 

'Jaga-Jaga' oleh Amira Othman

Buat masa ini, Kak Bell sedang menggunakan kesemua produk dari Aloe Shafy dan berpuas hati dengan produk tersebut. Set penjagaan wajah Aloe Shafy yang berbau wangi dan memang dapat menghidratkan semula kulit wajah. Selain itu, Kak Bell juga sedang mencuba produk Aloe Body Gel untuk hilangkan kesan melecur pada tangan Kak Bell. Akan datang, akan dikongsikan hasilnya nanti dalam entri seterusnya. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk Aloe Shafy, bolehlah layari laman FB dan laman sosial Aloe Shafy.


Tak lepaskan peluang bergambar dengan Khai Bahar! Ramai betul peminat dia, 
termasuk peminat di Indonesia. Jangan jeles na.

CONVERSATION

59 comments:

  1. Thanks for the introduction bella! Mcm best je guna produk aloe ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Sara. So far Bella suka produk ni.

      Delete
  2. Wow.. i love aloe based products.. will definitely check them out..

    ReplyDelete
  3. Thats awe review. Thanks i will tell my girlfriend :D

    ReplyDelete
  4. I love aloe vera products, even use them raw. Not heard of this brand ALOESHAFY until now but don't mind giving them a try. Thanks for bringing it to my attention.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh nice. Also used it raw. I apply on my lashes during my childhood and my lashes grows longer. Hehe

      Delete
  5. sha memang suka produk berasaskan aloevera. kena serbu website dorang nak tengok kot ada yang bekenan. p/s bestnya dapat selfie dengan khai! *jeles

    ReplyDelete
    Replies
    1. Produk ni memang best, tak macam produk komersial lain. Bolehlah cuba. Btw, nasib la dapat bergambar dengan Khai tu. wink*

      Delete
  6. Banyak khasiat aloe vera ni. Kalau pakai raw pun bagus. Boleh juga try produk ni...

    ReplyDelete
  7. Wow aloe vera product, local brand some more! Mesti nak support!

    xx
    Puiyeesss

    ReplyDelete
  8. sekarang dah banyak product berasaskan aloe vera di pasaran kan? aloe vera kini di angkat tinggi sebab kebaikkan dan khasiatnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. Somemore pokok ni pun senang hidup kat Malaysia

      Delete
  9. aloe vera memang terbukti berkesan dan bagus dalam bidang kecantikan ..

    ReplyDelete
  10. wahhhh suka produk ada aloe vera ni.. senang la lepas tak yah duk ambik aloe vera kat rumah dah produk keluaran aloe vera ni terbaik la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok juga nak ambil kat rumah tu, tp takut pula jika ada kondisi yang kita tak konpem kesannya. At least yang ni dah diuji secara klinikal.

      Delete
  11. I love anything with aloe vera in it, it has always been useful and works like magic on me.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh really? I used it on my lashes before.hehe

      Delete
  12. Wowwww khai bahar tu
    Btw anything with aloevera is good

    ReplyDelete
    Replies
    1. saje Kak Bell nak enterframe jugak Alia.hihi

      Delete
  13. sya suka produk yang berasaskan aloe vera... kerana tanpa bahan pengawet tidak memberi kesan sampingan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Turun temurun dah aloe vera ni kan

      Delete
  14. Rasanya ada terima jemputan untuk event ini, tapi entah macam mana boleh terlepas pandang... Maybe sebab dorang bawa Khai Bahar je kot... Cer letak artis pompuan, baru laju nak RSVP hahahah

    ReplyDelete
  15. produk berasaskan aloe vera memang bagus dari dulu2 lagi. rasa macam nak grab yang jus aloe vera tu, encik suami minum jus aloe vera tapi brand lain, bolehlah try yang ni. tq for sharing :)

    yanmieonline.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, brand apa minum? Btw, hasilnya ok tak? Bagus la aloe ni.

      Delete
  16. Aloe vera memang mempunyai banyak khasiat dan diketahui dari zaman dahulu lagi. Biasanya menggunakan product Forever ...Bagus juga sekarang sudah ada Aloe Shafy buatan tempatan.

    ReplyDelete
  17. aloe vera must be good to skin! :D wah syok nya you get to take photo with him, haha

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua mahu bergambar dengan dia..nasibla dapat!

      Delete
  18. Lidah buaya memang terkenal dengan manfaatnya. Bagus betul produk yang ada kandungan aloe vera ni

    ReplyDelete
  19. produk aloe vera memang bagus sejak berabad kan..

    ReplyDelete
  20. Macam best je. Jarang prang kita nak buat produk aloe vera. Kat mana boleh beli?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Lazada ada but may be certain product.

      Delete
  21. This is one good product.. Where can I buy this?

    Racheal_Foodilifecious

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lazada ada Rach. But tempat lain im not sure. Maybe can contact their personnel

      Delete
  22. i always love aloe vera product i will give this a try since you like it so much!

    ReplyDelete
  23. menarik design packaging produk ni. ditambah kandungan produk adalah aloe vera. buat hati neeza tertambat teringin nak cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba Neeza. Memang best. Kak Bell pakai sekarang semua produk ni. Sangat ok

      Delete
  24. Yaya memang suka produk berunsurkan aloe Vera ni sebab kita tahu khasiatnya memang baik belaka. Hai sis Bella haritu kita duduk sebelah2 je hee

    ReplyDelete
  25. This product new to me but I love product that content Aloe Vera. It good for skin and hair.

    ReplyDelete
  26. bagus nye ada pelbagai produk berasakan aloe vera, saya suka aloe vera, nanti boleh usyar jugak lah ni

    ReplyDelete
  27. wah.. TB suka produk yang berasaskan Aloe Vear ni.. boleh la cuba nanti.. elok snagat untuk kulit kering kan..

    ReplyDelete
  28. Sis mmg dr dulu sampai skrg gunakan produk Aloe Vera. Mmg bagus utk kulit..lembut n halus je kulit tangn

    ReplyDelete
    Replies
    1. i see kak. Losyen Aloeshafy ni pun best. Wangi sangat. Cleanser bau fresh.

      Delete
  29. Cantik packaging dia. Rawlins mudah tertarik pada packaging sesuatu produk nie.
    Eh... dekat je ngan Khai... tak marah ke si dia kang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia komen gambar ni ok..tapi ada yg tak ok. Tak ok sebab ada Khai Bahar! Hahaha

      Delete
  30. wah kita dah ada produk aloe vera dari Malaysia lah! Nnti nk cuba la dkt kedai, dngar khabar mcm bagus je

    ReplyDelete
  31. Memang tak dapat dinafikan lagi kelebihan aloe vera ni..nak try produk ni nanti -JMR23

    ReplyDelete
  32. Another new Aloe Vera product to try!! I really love it, it provide the moisture that my skin need =)

    ReplyDelete
  33. suka semua product yang berasaskan alovera nampak bersih dan sihat. sesuai untuk kulit mcm saya

    ReplyDelete
  34. I really love aloe vera for my skin care regimen and this product looks so good and a must try. I will definitely check this out.

    ReplyDelete
  35. Aloe vera ni memang banyak khasiatnya. Wajib ada disetiap rumah. Tapi bila dah ada yang komersialkan aloe vera ni menjadi produk lagi bagus dan lebih mudah gunakannya. Packaging pun cantik.

    ReplyDelete
  36. Produk yg selamat digunakan...patut la awak cantik..yeahhh

    ReplyDelete
  37. Its my first time get to know about this brand, thanks for sharing.

    ReplyDelete
  38. you look so fresh and confident especially when taking pic with Khai Bahar... hehheh.. personally... I love the products loads too

    ReplyDelete
  39. Menariknya produk alovera ni. Ika tak pernah try lagi kena cuba ni

    ReplyDelete

Back
to top