Resepi Sayur Goreng Jawa

Hi Korang! Kak Bell stress yer, asal malam je internet slow. Menganggu konsentrasi sangat nak habiskan tour drama Korea. Lepas dah tengok habis 3 drama Korea sebelum ni terus sambung pulak cerita 'Jewel In The Palace'. Walaupun cerita ni dah lama tapi Kak Bell suka sebab drama ni mengisahkan 'Court Lady' iaitu tukang masak istana pada kira-kira 500 tahun yang lalu semasa zaman Dinasti Chosun. Cerita ni merupakan pada kisah benar tentang seorang gadis legenda (Jang Geum) yang menjadi wanita pertama menjadi doktor kerajaan tertinggi pada zaman tu. Asalnya dari tukang masak istana, terus jadi doktor lepas lalui banyak rintangan sebab nak balas dendam terhadap kematian ibu dia yang mati disebabkan konspirasi. Memang sakit hati tengok penjahat dalam cerita ni. Btw, Kak Bell kagum yer, macam-macam dorang masak untuk hidangan raja. Siap dengan ulasan bahan tu diguna untuk apa, method memasak macam mana, siap berlawan-lawan lagi sebab nak jadi Highest Kitchen Lady ala-ala Master Chef gitulah. Nak tapis bahan pun gunakan kain yer sebab zaman tu tak ada penapis macam kita sekarang ni. Yang penting bila time potong bahan-bahan, tetiba tangan pelakon jadi gemuk. Nampak sangat bukan pelakon yang potong sayur kan. Hehehe. Masa final year belajar dulu, sanggup ye dengan kawan sebelah bilik Ms Kelly ponteng kuliah malam sebab nak tengok cerita ni. Nampak tak punyalah minat cerita ni. Kak Bell baru je tengok sampai episod 29, semua ada 54 episod. Pitamlah nak habiskan. 



Disebabkan internet macam haram, dah restart bagai, walaupun router ada atas kepala ni ha, tetap tak boleh streaming. May be line congested kot memalam ni. Semua orang nak tengok drama Korea gamaknya. Nak meroyan pun tak guna. So Kak Bell gigihlah siapkan entri yang tertunggak ni. Haha. Bagus jugak tak boleh layan drama, kalau tak sampai ke sudah lah tak siap kerja. Hehe. Kalau korang nak tengok menu masakan rare pada zaman diraja Korea, bolehlah tengok cerita ni. Mana tau dapat inspirasi buat resepi baru ke kan!

Hari ni Kak Bell kongsikan resepi Sayur Goreng Jawa. Ada macam-macam versi sayur goreng jawa ni dan kalau di Johor, lebih dikenali sebagai Sambal Goreng Jawa. Bezanya, sambal goreng Jawa tu ada blend sekali dengan cili kering. Bahan-bahan pun mudah, cuma renyah nak siapkan semua bahan dan kene goreng bahan secara berasingan. Bila memasak nanti memang mudah sebab campakkan aje semua bahan. Sekali tengok, macam bahan-bahan masakan untuk nasi ambeng. Pertama kali mencuba dan masak menu ni dan hasilnya memang sedap. Makan pulak dengan sambal kurau dan sambal hitam. Memang gemuk la jawabnya. Dah siap sedia? Let's go through resepi then korang boleh pi masak.

Bahan A (goreng berasingan)
Minyak untuk menggoreng
2 keping tempe
3 biji ubi kentang
4 ketul hati ayam

Bahan B (tumbuk bahan bertanda*)
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci Halia*
2 biji lada merah
5 batang kacang panjang
2 pek suhun (direndam)
2 pek pucuk/fucuk (direndam)
Kicap lemak manis
Sedikit garam

Cara memasak:
1) Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bahan A di atas secara berasingan dan asingkan.


2) Gunakan sedikit minyak yang sama, tumis bahan B (bahan tumbuk) sehingga kuning dan naik bau.


3) Masukkan bahan yang dah dipotong iaitu kacang panjang, suhun dan pucuk dan goreng seketika.



4) Bila sayur sudah 3/4 masak, masukkan bahan A yang telah digoreng tadi dan lada merah.
5) Tambahkan kicap manis, perasakan dengan garam dan gaul rata.

TIPS!
  • Boleh tambah tauhu,kobis dan udang jika ada.
  • Goreng sedikit garing tempe dan tauhu.
  • Kuantiti bahan ikut kesesuaian hidangan.
  • Boleh lebihkan kicap manis jika suka.


Mudah kan resepi ni? Makan macam tu sahaja pun sedap yer. Kentang goreng dengan tempe tu memang sangat sedap. Tambah pulak ada sambal kurau tu memang membuka selera. Lepas ni nak repeat lagi sebab boyfriend ilusi Kak Bell dah order nak makan. Selamat mencuba. Okayy, Bye. 












CONVERSATION

29 comments:

  1. Sayir goreng ni fav abah. Almaklumlah orang jawa hehehe..kalau raya ..ni lah makanan wajib ada ats meja

    ReplyDelete
  2. Waahh sdapnyeee ni fav saya jgk.. Stiap kli balik kampung msti sruh my mom masakkan..

    ReplyDelete
  3. Untunglah bakal suami Kak Bell kan sebab rajin masak.... bersedia lah untuk membesar bagai johan kelak hahaa

    ReplyDelete
  4. Sayur Goreng Jawa terkenal di dalam masayarakat Jawa kan..sedap...SA suka..biasa jumpa yang letak udang...

    ReplyDelete
  5. Terjah entri ni CCL dapat resepi baru hari ni . Nak try la . Doakan CCL berjaya masak resepi ni yer

    ReplyDelete
  6. Sedapnya akak !! Walaupun bukan org jawa masa study dulu asik makan makanan jawa. Suka sangat. Tq share resepi nt bleh buat 😘😘

    ReplyDelete
  7. Apa sahaja lauk bila ada tempe memang saya suka. Sayur ni pun suka walaupun bukan jawa. Ratah macam tu saja. Terima kasih berkongsi resepi.

    ReplyDelete
  8. Haha Rawlins. Sesama membesar menjadi johan.matilah nakk

    ReplyDelete
  9. Sedapnya kak bell. Dulu kinah mana la reti mana la reti makan sambal jawa ni. Bila kawan-kawan ramai orang jawa dan belajar makan makan nasi ambeng terus jatuh cinta dengan sambal ni. Hihi kinah bookmark dulu resepi kak bell ni.

    ReplyDelete
  10. Kita orang keturunan Acheh tapi suka masakan Jawa macam ni hehehe ni kalau makan ngan Nasi Ambeng kan sesuai sedapnya Nasi Ambeng mana nak dapat yer...

    ReplyDelete
  11. Fuhh banyaknya resepi kat blog ni!! Seronok baca, Nanti boleh cuba! Hihi.

    TQ for sharing :) Siqah follower baru here #35 :)

    ReplyDelete
  12. serious terliur ni. I love veggies.

    singgah nak jmput join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  13. Thanks Shiqah. Dah folow Google. Tgh cari blog link dan follow balik 😀

    ReplyDelete
  14. Walaupun saya bukan orang Jawa tapi saya suka makan sayur jawa ni sebab ada tempe

    ReplyDelete
  15. Hee sedapnya memang fav kita ni! Makan ni dgn nasi panas pun dah okay sgt dah ^_^

    ReplyDelete
  16. hahaa..nad nak buat tak baut-buat..tapi kawan ajar ada siap masukkan santan..tu pelik

    ReplyDelete
  17. Ywow nampak macam sedap lepas ni nak kena try reseipi sayur ni haha

    ReplyDelete
  18. Bell, rajinnya masak. Haih, saya dah lama teringin nak masak macam ni tau. Tapi bila ada budak kecik ni, masak sekadar mana yang boleh je. Sebab anak asyik nak ikut masak sekali masuk dapur. Risau jugak takut kena minyak panas ke kuali panas.

    ReplyDelete
  19. Pandai Bella masak... Rajin sangat2 lah.. dulu Racheal rajin jugak tapi semakin hari semakin malas... hahaha

    racheal_foodilifecious

    ReplyDelete
  20. Tak pernah pulak tahu yang tambah santan tu Nad. Nanti Bella usha tgk resepinya.
    Syafiera kalau hang tak pernah try, harus masak ni

    ReplyDelete
  21. Selalu nampak Fadzi post memasak dgn Aniq. Hehe. Rajin nak tolong mama dia.

    ReplyDelete
  22. Racheal you bagilah resepi Chinese, teringin nak try.

    ReplyDelete
  23. sha suka sayur ni, kadang gi kedai selalu habiskan sayur ni haha taktau pulak yang namanya sayur jawa hehe tapi tempe takmakan

    ReplyDelete
  24. I love preparing nutritious recipe for my family. This Javanese Vegetable looks so healthy and a yummy recipe will definitely try this.

    ReplyDelete
  25. ahhhhhh! kak bella! kita suka betul menu masakan jawa ni, lelagi menu time kondangan tu, ya Allah , Tuhan saja tahu nikmat dia macamana,hihi

    ReplyDelete
  26. I love watching Jewel in the Palace too... and that sayur goreng tempe looks so good... must give it a try...

    ReplyDelete

Back
to top