Resepi Kari Ikan Dengan Sayur Potol

Hi Korang! Dua tiga menjak ni, malas betul Kak Bell nak menulis. Kemalasan melanda. Dah 2,3 jam menghadap lappy barulah sebaris ayat berjaya diolah. Hujung-hujung melayan drama Korea sampai kesudah. Sampai khatam lah drama Korea Goblin, Princess Hour dan My Love From Another Star. So tiring menangis. Hehe. Dulu layan gitu-gitu ajelah cerita Korea ni. Sekarang dah jatuh hati lah pulak kat si Do Min Joon! So, sekarang baru semangat balik nak menulis entri yang tersadai. Last week, Kak Bell sempat menyinggah di pasar malam kat area rumah ni walaupun dah agak lewat. Nak beli barang basah macam ayam semua dah habis. Pekerja Bangla tu cakap ada lagi ayam kalau nak, tapi ayam kampung, masih hidup lagi ni ha. Dia angkatnya ayam tu kat Kak Bell. Jadinya, tak jadilah beli ayam so cari sayur-sayuran sahajalah. Kalau ke pasar malam, mesti akan beli sayur, ayam, bawang dan segala-galanya sebab murah.


Masa di kedai sayur, sayur pun dah banyak habis. Tengah dok melihat-lihat, ternampat satu jenis sayur yang Kak Bell tak pernah makan. Pernah nampak sebelum ni sebab warga Bagladesh memang selalu beli sayur tu. Jadinya, Kak Bell decide nak cuba masaklah sayur tu, alang-alang boleh menghapdate resepi baru kan. Kebetulan ada pulak mat Bangladesh tengah pilih sayur tu, Kak Bell pun ringankanlah mulut bertanya " Sayur apa ni?". Kedengaran macam "potor", disebabkan tidak jelas tanya pula penjual sayur, uncle berbangsa India. Tetap Kak Bell masih tak dapat nama yang tepat. Dah tengah memilih tu, boleh pulak si mat Bangladesh tu over acting pulak. Siap tanya uncle penjual, "Itu kakak orang sini ke?" Seraya uncle tu jawab, " Iyelah, dia penyanyi lah!". Kak Bell punyalah nak tergelak sebab uncle tu melawak bagi jawapan kat Bangla tu. Nak menggatal lah tuh. Tibahhh.


Bermulalah misi bertanya en Google apalah nama binatang sayur ni kan. Ada yang komen di IG dan bagitahu nama sayur tu ialah "Potol". Selain dipanggil Potol ianya juga dikenali sebagai Parval atau Parwal atau Kambupudalai bagi masyarakat Tamil. Jadinya, origin sayur ni memang dari belah-belah India sanalah. Sayur Potol ni lebih kurang sama macam timun atau squash. Untuk resepi kali ni, Kak Bell masak Kari Ikan Dengan Sayur Potol. Sebahagian dari sayur tersebut, Kak Bell gorengkan dulu dan sebahagian lagi Kak Bell masukkan sahaja dalam masakan kari sebab nak tengok ada beza tak. Korang nanti kena peel kulit luar sayur ni sebab agak keras. Kalau korang kikis je kulit potol tu, nanti akan ada macam satu kulit yang liat (macam bahagian luar tomato yang tak hancur tu) bila dah masak nanti. Sampai tak maksud Kak Bell ni ek? Btw, it is my 1st time experience masak sayur ni, apa-apa Kak Bell update la tips kat resepi akan datang yer. Jom tengok resepi.


Bahan-bahan:
5-8 biji sayur Potol
2 biji tomato
1 ekor ikan kembung
1 paket kari ikan
2 sudu serbuk cili
1 biji bawang besar
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
Santan kotak
Sedikit air
Air asam jawa
Serbuk perasa jika suka
Garam

Cara memasak:
1) Tumbuk bawang putih dan bawang besar (separuh dihiris)
2) Goreng seketika sayur potol yang dibelah dua dan asingkan.
3) Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan bawang hiris bersama rempah rempah 3 sekawan sampai naik bau.
4) Masukkan serbuk kari + serbuk cili yang dah dibancuh. Kacau sampai pecah minyak.
5) Masukkan sayur potol, air asam jawa dan sedikit air. Tunggu mendidih.
6) Masukkan ikan, tomato dan santan secukupnya.
7) Perasakan dengan garam, serbuk perasa dan masak hingga sayur potol masak.

TIPS!
  • Boleh gorengkan dahulu sayur potol atau masukkan terus dalam masakan.
  • Peel kulit potol instead of kikis kulit luar.
  • Masukkan sayur awal supaya cepat masak/lembik.


Sedap jugak rasa sayur ni uols. Siap ada warga Bangladesh PM i kat IG. Katanya nanti bila dia masak dia akan bagi video memasak dia pada Kak Bell. Lepas ni bolehlah cuba resepi lain pula gunakan sayur ni. Terjawab sudah kenapa dorang memborong sayur ni. Rupa-rupanya sayur ni memang common di negara dorang. Diimport khas hokkay. Kay itu sahaja buat kali ni. Nak update entri lain pulak. Byee.




CONVERSATION

25 comments:

Wan Syahida Kahar said...

Rajinnya eksperimen!! Saya pun tak kenal sayur Potol ni.. Setahu saya diorang suka bubuh tomato je la.. Tak tau lak ada sayur special ni. New info ni :)

Bella Jamal said...

Sengaja cuba benda baru.

adda syuhada said...

sedapnyer...

Ainyy Zain said...

gambar dia tu buat ainy tetiba rasa lapar pula. insyaAllah boleh cuba lain kali sebab sebelum ni
pernah je buat tapi macam tak berapa nak ummpphhh.

Kak Mahh said...

Pertama kali tengok gambar sayur potol

Mawardi Yunus said...

sayur potol? pertama kali tengok

Nisa Kay said...

biasanya kalau baca resipi gini memang berkobar-kobar nak cuba masak sendiri. sampai je di rumah.. aihh malas pulak haha.

Maha Mahu said...

Sayur potol tu bukan macam terung ker heheh tapi masuk dalam kari tu memang nampak sedap sangat menggoda rasa.. Mana nak dapat sayur ni yer...

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

First time tengok sayur potol ni . Sekali tengok macam timun baby kecik2 tu . Macam susah je jumpa sayur ni kan

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

First time tengok sayur potol ni . Sekali tengok macam timun baby kecik2 tu . Macam susah je jumpa sayur ni kan

Aneezah Johnson said...

Tak pernah dengar nama sayur tu,sekali imbas serupa timun. Nampak dalam.gambar,rasa lapar pula. Kena ingat nama sayur ni,potol haha takut terpanggil timun nanti waktu kat pasar

Bella Jamal said...

Ramai yang tak tahu kan? Bolehla cuba masak nanti. Ada je jual kat pasar malam

sayaiday said...

Pernah masak kari ikan, tapi tak pernah tahu sayur tu. ingat terung mula-mula. hehehe tapi sedapnya nampak. elok pekat kuahnya. sedap sedap hehehe nanti nak cari dekat pasar. selalu masak dengan bendi je. hehehe

Henry Tan said...

wow thanks for sharing, i pun takpernah dengar what's that sayur! shape sangat weird jugak! haha

YourFinanceDoctor

Jelita dan Awet Muda said...

Sekali pandang macam terung pun ada , timun kecik pun ada

AziRahmanDotCom said...

Pertama kali dengar sayur potol. Macam terung. Lepas ni kalau jumpa boleh cuba beli dan masak.

Azlinda Azman said...

tak pernah tahu sayur ni. thnks sharing. btw, kemahen kak bell ada peminat dr Bangla tanya psl resepi ni ye hehehe

suliana yusof said...

Pertama kali mendengar nama sayur tu. Saya pun suka beli di pasar malam. Banyak pilihan. Sedap la kari akak. Nanti akak share tau masak sayur potol tu

yoorin melacolea said...

Bangla & india selalu beli sayur borong.. beli banyak2..buat masak kari ya.. shud try nanti

Bro Framestone said...

Tiba-tiba teringat dekat kari kepala ikan yang kami nikmati sewaktu sabtu anniversary baru2 nie..... Masih terasa lagi keenakkannya didalam mulut ini

Kin Naz said...

first time tengok potol ni. Ok kalau jumpa kat pasar nant nak cuba jugakla. Macam sedap je

Shub B said...

Oh this looks so tempting and nutritious recipe. Fish Curry Recipes With Potol Vegetables is really perfect for my family, will surely try this recipe.

Hanny Abdullah said...

Pertama kali dgr nama sayur potol ni...x tau lah pernah makan atau tak. S3lalu kalau gi kedai makan je terus, tanya tidak..hehehe.
Apa rasa dia ek? Sedap tak?

Rawlins GLAM said...

Bila la nak merasa air tangan Cik Bell nie? Asyik kecur liur je tengok resipi dan gambar.

Blair Villanueva said...

Omg your meal looks delectable! Sharing this to my Momma :)

Instagram

Follow Us