Resepi Bihun Goreng Taucu

Hi Korang! Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini kisah memasak dapur Kak Bell, kita buat bihun goreng taucu. Korang penah makan tak? Selain dipanggil bihun goreng taucu ada juga yang panggil bihun goreng Siam. Mana-mana nama pun boleh asalkan korang bahagia. Rupa bentuk kejadian dia memang samalah dengan bihun goreng biasa, cumanya pakai taucu sahajalah. Macam biasalah, kalau Kak Bell ni memasak memang tak sah kalau tak cukup bahan-bahan. Maklumlah dah balik kerja, matahari pun dah terbenam. Nak menunggu pergi ke pasar basah, entah bilalah nak perginya. Esok-esoklah kita suruh suami ilusi kita pergi belikan barang dapur. Hehe. So, kita improvised, konsepnya guna je apa yang ada kat dapur. Tak ada lada segar, kita bantai je guna cili api. Tak ada tauhu goreng, udang, sotong bagai, kita pakai je fishball dan fishcake. Hujung-hujung, tetap juga boleh mentekedarah. Disebabkan kegigihan memasak di malam hari, sesambil berlawan dengan orang rumah atas yang masih bertukang walau dah jam 3 pagi, pes taucu Kak Bell ni terlebih la pulak cilinya. Walaubagaimanapun, it still turn out well! Fuhh, lega! Telur goreng tu pulak, Kak Bell tak larat nak potong nipis. Jadilah yer asalkan nampak rupa bentuk hirisan telur goreng. Untuk taucu, Kak Bell guna pek kecil yang 40gram tu. Kalau nak pakai 2 pek pun boleh sebab rasanya still tak masin atau terlebih masam. Jom tengok resepi simple ni.


Bahan A
1 pek bihun
2 biji telur
1 mangkuk air asam jawa
1 biji lada segar/cili api
2 batang fishcake
10 biji fishball
Minyak untuk menumis
Gula
Garam

Bahan B
1 biji bawang besar
2-3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
1 genggam udang kering/udang papai
1 genggam cili kering
1 pek taucu



Cara memasak:
1) Rendam bihun terlebih dahulu dengan air biasa. Tak payah gunakan air panas. 
2) Rebus cili kering sementara siapkan bahan-bahan. Hiris semua bahan ikut suka hati korang.
3) Kisar/blend semua bahan B (jangan lupa tambah air).
4) Gorengkan telur kemudian hiris halus, panjang.
5) Panaskan minyak dan tumis bahan B yang dah siap dikisar sampai naik minyak.
6) Masukkan air asam jawa biarkan mendidih dan sedikit kering.
7) Kemudian masukkan fishcake dan fishball, kacau seketika.
8) Perasakan dengan garam, sedikit gula dan serbuk perasa ikut kesukaan.
9) Masukkan bihun yang dah ditos, kacau rata sebati.
10) Bolehlah taburkan lada/cili dan hirisan telur.

TIPS!
  • Boleh masukkan seafood seperti udang dan sotong.
  • Kalau gunakan tauhu, goreng dahulu, kemudian boleh tambah pada step 7.
  • Rendam bihun dengan air sejuk supaya tak nak bihun terlalu lembik, putus.
  • Kurangkan cili kering kalau tak suka pedas.
  • Boleh tambah sayur kucai.

Makanya, kacaulah bihun tadi sampai keakhirnya. Dah cantik, puas hati, silalah menjamu selera. Rasanya tak beza pun dengan bihun goreg biasa. Mungkin sebab guna sedikit sahaja taucu. Air asam jawa yang ditambah pun tak beri rasa yang sangat masam. Just nice sebab dah ada tambah gula. Selesailah Kak Bell makan menggemukkan diri sambil mengenang nasib diri. Haha. Nanti korang cubalah. Pasti sedap!


CONVERSATION

26 comments:

  1. Pepagi tengok bihun goreng - terus kecur liur tau. Bila Kak Bell nak belanja Rawlins makan nie?

    ReplyDelete
  2. Bestnya kalau dapat breakfast dengan bihun goreng taucu ni. Dan dan rasa lapar sekarang

    ReplyDelete
  3. Aiyooo kemain rajin masak. Gambar ko memang cantik bella. Bihun je tu. Dah buat org kecur air lioq. Jap lg ruby masak ikut resepi ni. Hahaha

    ReplyDelete
  4. Alaaa sedapnyaa. Tengok bihun pagi2 ni buat terasa nak makan bihun jugak. Btw aira masak bihun goreng tak pernah letak asam jawa, maybe nanti boleh try. Hehe

    ReplyDelete
  5. Pepagi dah nampak benda nie... ne rasa nak pergi cari bihun sekarang nie.. nak masak, tengah mood malas nie

    ReplyDelete
  6. Pandainya kak bell improvised. Saya kalau x cukup bahan blur.. boleh la sy cuba nanti

    ReplyDelete
  7. Seriously tak pernah dengar letak taucu ni.Kalau ikan yelah kak bell.kena bookmark dulu ni.yelah sesekali kena buat lain dari yang lain kan..Baru best

    ReplyDelete
  8. Dulu-dulu mak rajin buat mcm ni. Skrg mak tak letak taucu. Insyaallah..bila abes pantang makan nt nk buat guna resepi bella ni. Rindu taucu

    ReplyDelete
  9. Nampak sedap sangat bihun tu. Goleh lah try letak taucu lepas ni.

    ReplyDelete
  10. sedap ni kalau buat makan petang japgi. sukalah resepi dari blog akak haha semua mudah je

    ReplyDelete
  11. ya ampunnn sedapnyaaa. tengok gambar je ni. ahahha

    ReplyDelete
  12. Tak pernah lagi masak mee hoon letak taucu, nanti boleh lah sis cuba buat..tak pun Bella buat n panggil sis datang makan..hehehe

    ReplyDelete
  13. Tak pernah lagi dengar bihun goreng taucu. First time ni. Bookmark dulu resepi kak Bell. Nanti nak cuba

    ReplyDelete
  14. Dah bagi kawan-kawan opis rasa, Alhamdulillah semua kata ok,sedap. Hehe. Bella segan nak jamu awak-awak semua. Kita pun masak suka-suka je. InsyaAllah ada rezeki adalah Bella masakkan yer. Muahh

    ReplyDelete
  15. Buhun goreng selalu makan. Tapi bihun goreng taucu belum penah try lagi. Kaai terliur r ni.

    ReplyDelete
  16. tak pernah makan. Tapi tengok macam best ni. Terima kasih kak share resepi tengok bahan2nya pun mudah senang ca ri. Boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  17. baru lepas makan nasik, rasa lapar plak tgk bihun ni.. <3

    ReplyDelete
  18. First time dengar bihun goreng taucu....sedap eh...nanti nak cuba la

    ReplyDelete
  19. wah kak bella pun tengah on mood memasak juga eh. banyak juga resepi dalam blog kak bella ni. tapi seriouslaaa first time dengar bihun goreng boleh masak taucu. selalu mak neeza masak ikan dengan taucu ni. kalau pandai olah taucu ni memang sedap sangat sehingga boleh jilat pinggan. hehe. nak cubalah nanti

    ReplyDelete
  20. Yer resepi ni Kak Bell ikut suka je. Asalnya nak buat bihun siam tp takada tauhu goreng. Moodnya dah dtg memasak la kite. Hehe

    ReplyDelete
  21. WAALAIKUM'SALAM wbt; memang minat meehuun goreng taucu ni. Saya biasanya pakai Taucu cap Jalen. Akan masuk sedikit cili sos dan sedikit gula juga ketika menggorengnya. Anak-anak juga suka.
    Terima kasih resepi, boleh cuba cara you pula.

    ReplyDelete
  22. Dah lama xmkn tauchu ni..
    Lepas ni boleh try...
    Tekak pun da terasa sedap2 masin si tauchu tu

    ReplyDelete
  23. Wah.. sangat lain ni. ada taucu.. air asam pon ade..

    ReplyDelete
  24. Saya tak tau pula bihun goreng taucu sedap dan boleh bagi orang Terasa nak makan bila bila masa

    ReplyDelete
  25. yummm~~~ nampaknya sedapp, but it is not easy to make a good one even with recipe. different brand of bihun got different texture, and i prefer the one that is fluffy~~ hehe

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete

Back
to top