Loreal-UNESCO For Women in Science Fellowship Awards 2017

Hi semua! Pada 24 Oktober 2017 yang lepas, Kak Bell berpeluang menghadiri L’Oréal-UNESCO Awards 2017 di Nexus, Bangsar. Anugerah ini merupakan anugerah tahunan yang memberi penghormatan kepada saintis-saintis wanita sebagai wadah dan inspirasi kepada generasi saintis wanita Malaysia yang akan datang. Pertama kali menghadiri anugerah sebegini buat Kak Bell sangat teruja kerana memang meminati bidang sains sejak bangku sekolah lagi. Teringat pula kisah zaman belajar semasa menyudahkan penyelidikan kimia koordinatan semasa tahun akhir di UKM. Walaupun tidak meneruskan kerjaya dalam bidang ni, minat tu memang masih ada. Hingga kini pun, masih segar dalam ingatan jadual berkala kimia yang dihafal sejak tingkatan 5! Siap ada lagu lagi sebab nak hafal. Melihat kejayaan kawan-kawan dalam bidang sains, sambung PhD, buat diri rasa nak sambung belajar pula. Rindu juga zaman-zaman dahulu.


Tahun ini, 3 orang saintis wanita negara telah menerima anugerah Loreal-UNESCO For Women in Science Fellowship atas kejayaan mereka dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). Anugerah tersebut diberikan kepada penyelidikan mereka dalam kajian bagi menangani cabaran-cabaran global yang berpotensi menyelamatkan jutaan nyawa dan anugerah telah disampaikan oleh YB Dato Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pemenang anugerah L’Oréal-UNESCO For Women in Science Fellowship 2017
(Dari Kiri ) Dr Jasy Liew Suet Yan dari Universiti Sains Malaysia, Dr. Ho Weang Kee dari University of Nottingham Malaysia & Dr Teh Su Yean dari Universiti Sains Malaysia

Antara penerimanya ialah Dr. Ho Weang Kee dari University of Nottingham Malaysia. Wanita berumur 35 tahun tersebut telah meraih anugerah tersebut atas kejayaan mengembangkan model jangkaan risiko kanser payudara yang membolehkan penyakit maut itu dikesan lebih awal menerusi DNA dan maklumat gaya hidup individu.

Dr. Ho Weang Kee 

Seorang lagi pemenang, Dr. Jasy Liew Suet Yan dari Universiti Sains Malaysia, diiktiraf atas usahanya membina sebuah sistem yang mengesan tanda-tanda depresi/kemurungan dengan menganalisis corak-corak emosi individu menerusi media sosial. Wanita berumur 32 tahun tersebut berharap agar teknologi yang peka dengan emosi ini dapat menggalakkan diagnosis dan rawatan awal.

Dr. Jasy Liew Suet Yan

Bekerja dalam pengurusan sumber mapan, Dr. Teh Su Yean meraih anugerah tersebut kerana usahanya menggabungkan sains, kejuruteraan, teknologi, dan matematik untuk melindungi sumber perairan pantai di Malaysia. Profesor madya berumur 36 tahun dari School of Mathematical Science, Universiti Sains Malaysia ini sedang membina sebuah model yang dapat menyimpan air bawah tanah, yang mungkin penting apabila kita kehabisan sumber air yang lain akibat perubahan iklim global.

Dr. Teh Su Yean

Anugerah tahunan L’Oréal-UNESCO For Women in Science Fellowship kini telah memasuki tahun ke-12 dan anugerah ini dihasilkan bagi mengiktiraf dan memaparkan sumbangan saintis-saintis wanita. L’Oréal merupakan syarikat kosmetik terkenal diasaskan oleh seorang saintis bernama Eugene Schueller, telah meraikan keyakinan wanita selama lebih daripada satu abad lamanya. UNESCO, yang merupakan singkatan bagi United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization, juga berjuang ke arah kesamaan jantina dalam memupuk pengetahuan saintifik semenjak tahun 1945 lagi. Selain daripada memberi penghormatan kepada kecemerlangan saintifik, L’Oréal Foundation serta rakan-rakan kongsinya berharap untuk meningkatkan kesedaran dan minat dalam sains dalam kalangan rakyat Malaysia. Ini selari dengan visi negara untuk menjadikan Malaysia sebagai negara ekonomi pengetahuan menjelang tahun 2020. 


Dalam ucapan Dato Nancy ketika upacara anugerah tersebut, menurut Akademi Sains Malaysia, hanya 21% dalam kalangan mereka di sekolah menengah atasan memilih untuk mempelajari subjek sains pada tahun 2014. Kementerian Pendidikan Tinggi turut memberi amaran tentang kekurangan graduan STEM, minat yang berkurang dalam subjek sains dalam kalangan pelajar sekolah menengah atasan, serta peningkatan jumlah pelajar yang mengambil kursus yang berkait dengan seni di institut pengajian tinggi. Oleh yang demikian, Malaysia mengalami kekurangan pelajar STEM untuk menerajui ekonomi pengetahuan (K-ekonomi). Majlis Penyelidikan dan Kemajuan Sains Negara (MPKSN) menganggarkan bahawa negara kita memerlukan 493,830 orang saintis dan jurutera menjelang tahun 2020. Namun Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mendapati bahawa terdapat kekurangan sebanyak 236,000 orang pekerja teknikal.

“K-ekonomi adalah bergantung pada sumber manusia dengan asas yang kukuh dalam sains. Memandangkan tahun 2020 semakin hampir, kita perlu semakin giat dalam mengumpul bakat-bakat yang berpengetahuan dalam sains, kejuruteraan, teknologi, dan matematik, juga dikenali sebagai STEM (science, technology, engineering, and mathematics), untuk membangunkan negara ini ke tahap yang seterusnya.

“Anugerah L’Oréal-UNESCO For Women in Science Fellowship menyokong visi ini. Ia bukan sahaja memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita Malaysia untuk memilih sains sebagai kerjaya, malah mendorong minat dalam sains, yang kian berkurang dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan institut pendidikan tinggi,” kata YB Dato Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menyelia inisiatif Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT).

YB Dato Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri 

Minat yang berkurang dalam STEM, menekankan lagi kepentingan anugerah seperti L’Oréal-UNESCO For Women in Science untuk memupuk minat dalam sains. Beliau mengucapkan tahniah kepada para pemenang anugerah atas kejayaan mereka yang wajar dicontohi dalam suatu bidang yang biasanya dikuasai lelaki, menunjukkan bahawa sains boleh menjadi asas yang baik bagi semua jantina untuk meraih kecemerlangan. Dato Nancy juga berharap anugerah-anugerah sebegini dapat memberi inspirasi kepada generasi seterusnya untuk memperoleh perspektif baru tentang STEM, bukan hanya sekadar kiraan rumit dan fakta yang mencabar semata-mata, malah merupakan kunci ke arah masa depan yang lebih cerah bagi negara malah juga seluruh dunia.

Mr. Malek Bekdache, Managing Director of L’Oréal Malaysia

En. Malek Bekdache, Pengarah Urusan L’Oréal Malaysia, melihatnya dari sudut positif dan turut mengucapkan tahniah kepada University of Nottingham Malaysia kerana tampil sebagai universiti swasta yang pertama memenangi anugerah ini. 

“Tahun ini, anugerah L’Oréal-UNESCO For Women in Science Fellowship mempunyai jumlah penyertaan yang paling tinggi setakat ini, dengan peningkatan sebanyak 66% berbanding tahun lalu. Sambutan yang baik bagi anugerah saintifik ini memberikan harapan bahawa minat dalam STEM dalam kalangan generasi seterusnya akan meningkat,” kata Bekdache. 

Tahun ini, selain daripada menerima geran berjumlah RM30,000 untuk digunakan bagi tujuan kajian mereka, setiap pemenang juga menunjukkan kebolehan dalam menyampaikan idea mereka. Ketiga-tiga daripada mereka telah diberikan latihan untuk menyampaikan ringkasan kajian mereka di atas pentas ketika upacara penganugerahan, dalam cara yang sama seperti program TED Talks yang terkenal di seluruh dunia. Anugerah yang menjadi rebutan ramai ini terbuka bagi semua pengkaji atau saintis wanita Malaysia di bawah umur 40 tahun, yang memegang ijazah PhD atau sedang menjalani pembelajaran kajian dalam mana-mana bidang saintifik. 


Penyertaan dari pelbagai bidang saintifik membawa kepada jumlah 208 penyertaan tahun ini. Panel juri tahun ini diketuai oleh pakar fizik astro pertama Malaysia, Profesor Emeritus Datuk Dr. Mazlan Othman, Pengarah Program, Akademi Sains Malaysia. Setiap penyertaan dipertimbangkan berdasarkan set kriteria yang komprehensif, termasuklah kepentingan projek daripada segi sumbangan nilai dan merit, keaslian dan tujuan, sumbangan kepada sains, metodologi, pencapaian akademik dan kualiti projek secara keseluruhan. Geran kajian bernilai lebih RM900,000 telah dianugerahkan kepada 38 saintis-saintis wanita yang cemerlang, semenjak mulanya L’Oréal-UNESCO For Women in Science Fellowship pada tahun 2006. 

“Di L’Oréal, kami berharap agar anugerah ini dapat menggiatkan lagi tugas penting para pengkaji wanita dalam membangunkan masyarakat, serta meningkatkan minat dalam sains dalam kalangan generasi pembangun negara yang seterusnya untuk membawa Malaysia lebih hampir pada matlamatnya untuk menjadi sebuah ekonomi membangun yang berpendapatan tinggi,” kata Bekdache.

Majlis yang dahulunya dibuka dengan acara minum petang sementara menunggu para jemputan hadir. Memang ramailah tokoh-tokoh wanita Malaysia dalam pelbagai sektor datang untuk anugerah tersebut. Tidak ketinggalan juga selebriti Malaysia seperti Marion Counter dan ramai lagi yang turut hadir sebagai jemputan. Anugerah kali ini diacarakan oleh Dato Yasmin Yusoff, nama dan pemilik suara yang tidak asing bagi kita di Malaysia. Majlis dimulakan dengan dendangan lagu negaraku oleh semua hadirin. Sudah sekian lama diri ni tidak menyanyikan lagu negaraku, menjadikan diri rasa bangga bersama-sama meraikan kejayaan saintis wanita negara.


Konsep anugerah tahun ini juga sedikit berbeza, dimana pemenang anugerah diberi peluang untuk menyampaikan sedikit informasi tentang kajian masing melalui TED Talk Presentation. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ringkasan kajian pemenang Loreal-UNESCO For Women in Science Fellowship Awards 2017, bolehlah klik pada link dibawah nanti kay.

TED Talk Presentation by L’Oréal-UNESCO For Women in Science Award Winners

1) Dr. Ho Weang Kee dari Universiti Nottingham Malaysia membentangkan ringkasan penyelidikannya dalam gaya TED mengenai pembangunan model ramalan risiko untuk kanser payudara bagi mengenal pasti mereka yang berisiko melalui pengesanan awal > Using Statistic to Develop Breast Cancer Risk Assessment Tool (klik sini)


2) Dr Jasy Liew Suet Yan dari Universiti Sains Malaysia membentangkan ringkasan penyelidikannya mengenai membina sebuah sistem yang mengesan tanda-tanda kemurungan dengan menganalisis corak emosi pada media sosial > Deploying Technology To Detect Early Signs of Depresion (klik sini)


3) Dr Teh Su Yean dari Universiti Sains Malaysia semasa penyampaian ringkasan kajiannya dengan menggabungkan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) ke arah pengurusan sumber daya pesisir yang mampan > Leveraging On STEM to Combat Climate Change (klik sini)



L'Oréal merupakan pelabur terbesar dalam industri kosmetik bagi bidang kajian, dengan pendekatan perindustrian yang berteknologi tinggi yang menjamin produk yang inovatif dan mempunyai nilai tambahan yang tinggi. Layari www.loreal.com.my untuk maklumat lanjut. Jika nak tengok gambar Kak Bell bersama dengan Dato Yasmin dan Marion Counter bolehlah melawat IG Kak Bell kay. Hugs!

CONVERSATION

17 comments:

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Wah bestnya dapat join event macam ni . Dapat jumpa orang yang hebat2

Amanda Suria said...

Tokoh- tokoh kecantikkan yg hebat..Loreal memang pilihan akak sejak dulu..product dia bagus sangat

Rawlins GLAM said...

I love this award - Beauty with Brains - meraikan kecantikan dan kebijaksanaan. And yang penting I pun pakai L'Oreal - sesuai dengan kulit iols yang bermasalah nie.

Bro Framestone said...

Wowwww... Doktornya semua nampak muda-muda... Cantik pula tue...

Rafzan Tomomi said...

tahniah kepada penerima anugerah. sememangnya hebat-hebat belaka.

Bella Jamal said...

Bella pun pakai produk Loreal dari dulu. But sekarang cuba brand lain pulak. Hehe.

alia farhan Said said...

Wah best...
Ni la org ckp beauty with brain..

Hanny Abdullah said...

Seronoknya tengok org2 bijak pandai ni, dah lah pandai, cantik pulak tu.
Bella sambunglah belajar lagi..sayang tau. Sis ni kalau pandai mmg nak belajar lagi..tapi tak pandai so dok je lah kat umah..hehehe

Bella Jamal said...

Seronok dapat bersua dan berslam dengan tokoh saintis negara. Sempat memberi bantuan ambilkan gambar mereka.

Bella Jamal said...

Otak kita pun dah berkarat Kak Hanny. Duduk rumah jugaklah jawabnya. Hehe.

penaberkala nuar said...

Samalah, minat gila subjek kimia. Suka tengok periodic table dan suka buat persamaan kimia. Belajar je lah, kerja lain, hahaha

Bagus award macam ni.Dapat melahirkan lebih ramai lagi researcher yang hebat

Maha Mahu said...

Lebih ramai wanita berjaya dalam kerjaya macam ni memang mengkagumkan tahniah kepada semua sebab tengok daripada jumlah penuntut wanita lebih ramai daripada lelaki kat universiti tu hehehehe...

Bella Jamal said...

wah..jarang dengar org suka subjek kimia. Especialy lelaki. Saya memang suka sebab sebelum ni pun amek Pure Chem. Hehehe

Wai Yee aka Rane said...

congrats to the winners. Missed it since not in the country

Lia Hasty said...

Bestnya event macam n. Menaikkan semangat wanita di luar sana. Suka tengok wanita bekerja yang lain sebab dia jadi sumber inspirasi.

luqman zakaria said...

Memang patut pon para saintis diraikan anugerah yang macam nih..jelousnya dengan dorang.semuanya cantik dan bijak..

Rabiatul Adawiyah said...

Loreal ni memang dipercayai dari dulu lagi. sebab iklan dia macam sains sains gitu. Ruby suka bila mereka buat event macam ni. Cuma hari tu tidak berkelapangan. Wuwuwuwu. Nak jumpa wanita-wanita cantik tu.

Instagram

Follow Us