A Bad Moms Christmas (2017)

Celebrate The Holiday Like A Mother
Hi Korang! Harini Kak Bell berkesempatan menonton premiere screening 'A Bad Moms Christmas' di GSC Mid Valley. Biasalah, dah dekat-dekat nak sambut Krismas ni mestilah ada movie yang dikeluarkan untuk Krismas. Tayangan di Malaysia akan bermula esok 30 November 2017. Harini, Chriss Pratt Kak Bell tak datang teman sebab dia ada shooting. Kita pergi menonton dengan cik lawyer Ms Ija Faye. Kebetulan ada kelapangan dan lama tak jumpa, elok sangatlah dapat luangkan masa. Okay, movie ni membariskan ramai juga pelakon terkenal  Mila Kunis, Kristen Bell, pemenang Academy Awards Susan Sarondon dan lain-lain. Filem A Bad Moms Christmas ni juga merupakan filem ketiga Mila Kunis dan Kristen Bell berlakon bersama. Paling latest dalam sekuel sebelum ni iaitu Bad Moms (2016).



Pengarah : Jon Lucas, Scott Moore
Penulis : Jon Lucas, Scott Moore
Pelakon : Mila Kunis (Amy), Kristen Bell (Kiki), Kathryn Hahn (Carla), Christine Baranski (Ruth), Susan Sarandon (Isis), Cheryl Hines (Sandy), Jay Hernandez (Jessie), Justin Hartley (Ty Swindel), Peter Gallagher (Hank)
Running: Time : 1h 44min
Rating: 18 (LPF), R (for crude sexual content and language throughout, and some drug use)
Genre: Comedy
Studio: STX Films
Release date : 30 November 2017 (Malaysia)

Filem ni mengisahkan 3 ibu yang stress yang melayan kerenah ibu-ibu dorang yang muncul awal seminggu sebelum perayaan Krismas. Mila Kunis (Amy) terpaksa berhadapan dengan mak dia Christine Baranski (Ruth) yang terlalu mengawal dan hendakkan kesempurnaan Krismas, Kristen Bell (Kiki) disamping ibunya Cheryl Hines (Sandy) yang bersikap nakkan perhatian anaknya dan Kathryn Hahn (Carla) dengan Susan Sarandon (Isis) yang eksploitatif terutama pasal wang. Ketiga-tiga watak utama ni memberontak nak meraikan Krismas dengan cara mereka sendiri. Dahlah penat nak penuhi jangkaan Krismas yang sempurna, terpaksa pula berhadapan dengan kerenah ibu dorang.

Christine Baranski and Mila Kunis

Kristen Bell and Cheryl Hines

Susan Sarandon and Kathryn Hahn

Amy mahukan Krismas yang tenang dan chill dan tak mahu ikut kehendak ibunya yang mahu perayaan Krismas diraikan dengan cara maknya yang konvensional, penuh kritikan untuk pastikan yang perayaan ni mesti perfect macam cara dia. Kiki pula terkejut apabila ibunya Sandy muncul tiga hari lebih awal dari yang dijangkakan dan merancang untuk menghabiskan tiga minggu akan datang dengan Kiki. Mak Kiki ni pula terlalu nakkan perhatian Kiki sampaikan pakai baju yang printed gambar Kiki masa kecil, cium rambut Kiki macam cium baby dan beli rumah di sebelah rumah anaknya. Kiki rasa rimas sebab sikap emaknya yang terlalu rapat sampaikan tak beri ruang kepada diri Kiki untuk hidup sendiri. Lain pula dengan ibu Carla yang cool dengan jaket dan topi ala koboi moden datang rumah anaknya dengan tumpang lori. Biasanya, si Isis ni kalau datang mesti sebab nak pinjam duit untuk berjudi ataupun nak karau (curi) barang-barang kat rumah anak dia. Walhal nak sambut Krismas, boleh pula emak si Carla ni cakap nak sambut hari Easter. Lol nampak sangatlah tujuannya bukan nak holiday dengan si Carla ni. Then, Amy, Kiki dan Carla ni pergi ke shopping mall dan bercerita kesengsaraan masing-masing terhadap perangai ibu mereka dan memberontak claiming back their Christmas.


Curi pokok krismas dengan dekorasi kasut!

Pada malam Krismas, Amy marah sangat pada ibunya sebab buat party dan menjemput sekumpulan orang yang tidak dikenali. Mak Amy, Ruth telah dekor semula rumah Amy dengan pokok Krismas baru yang lebih besar, bagus dan mahal sebab nak semua orang puji yang Amy handle Krismas dengan sempurna. Amy yang hilang sabar halau semua tetamu yang datang supaya keluar dari rumah dan rosakkan semua hiasan yang mak dia buat. Kemudian, Amy pun meminta Ruth untuk keluar dari rumahnya demi kebaikan hidupnya. Means halau mak dialah. Sementara Carla pula, mak dia hilangkan diri dan tinggalkan nota seperti yang dijangka yang ibunya datang hanya sebab nak duit dan bukan nak sambut holiday dengan dia.

Selepas masing-masing dah tunjuk belang, memasing rasa serba salah terhadap anak dorang. Kebetulan pula, ke-3 tiga 'bad moms' ni terjumpa di gereja. Masing-masing mengkritik antara satu satu sama lain tentang sikap terhadap anak masing-masing dan akhirnya menyedari kelemahan mereka. Lebih lanjut, kalau nak tahu kenapa perangai mak-mak dorang ni macam gitu silalah menonton ya. Habis pulak sinopsis Kak Bell tulis nanti.


Okayy, cerita A Bad Moms Christmas ni bagi Kak Bell ok, nice tapi taklah seperti tajuknya. Lagipun cerita berkenaan Krismas, dan bolehlah relate isunya dengan Krismas. Disebabkan ada 3 watak utama dalam cerita ni, jadinya plot cerita tu memang agak ringkas dan straight away korang boleh paham. Untuk pelakon lelaki, memang jadi macam prop je sebagai penyeri cerita. Adalah dalam total 10 minit je bercakap agaknya. Aksi-aksi kelakar dan lucu tu ada, menghiburkan but mostly berkisar tentang seksual dan perkara-perkara yang agak lucah. Kelakar tu memanglah kelakar but terlalu exsploitasi anatomi badan dan lucah. Untuk orang dewasa tu, sukalah kot agaknya dan memang sesuailah dengan label 18 oleh LPF. Tak sesuai dengan gadis-gadis bawah umur. Hehe. Keseluruhan cerita tak membosankan tapi taklah sampai tahap best giler untuk korang tonton.

Berapa bintang nak bagi? : 6/10

Semasa premiere screening ni, pihak penganjur turut ada buat aktiviti merias kuku, cabutan bertuah Krismas Gift, agihan sweets dan Krismas Candy dan juga pertandingan pakaian Krismas terbaik. Siap ada santa clause handsome dan seksi pula tu! Kak Bell pujilah aktiviti yang pihak penganjur sediakan untuk para penonton. Selamat menyambut Hari Natal bagi yang menyambutnya. Jangan nak kecam pulak sebab kita wish Krismas tau! Sila mereput. Kay Bye.

Memasing dah dapat hadiah!



CONVERSATION

29 comments:

  1. Hee..mcm best n lawak je cerita ni...
    Normally cerita2 yg kluar time xmas best2

    ReplyDelete
  2. Suka citer lawak, especially time cuti akhir tahun ni anak sume ada, memang movie hop aja lah ngan anak2 . bila lagi nak berkumpul bergelak reramai kan. Memang dari dorang kecik2 lagi, kami anak beranak suka pi nonton citer lawak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya family bond tgk movie sesama. Lovexx

      Delete
  3. wahh macam best jee.. mesti cerita nie kelakar gila.. kalau cerita macam nie pasti ramai yang remaja yang pergi tengok.. lebih kepada kelakar and mesti ada nakal2 sikit dalam cerita niee.. tapi apa2 pon nice storyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sah kalo takde nakal2 tu. Ni terlebih nakal tau! Astagfirullah terus!

      Delete
  4. Kristen bell and mila kunis!! enough reason for me to watch this movie! huhu!

    ReplyDelete
  5. Wah baca sharinh dari kak bell macam nak tgk je. Cite lawak ni memang suka tengok 😘

    ReplyDelete
  6. aira tertarik dengan merias kuku. haha bestnya!!

    ReplyDelete
  7. Ada nampak poster movie ni masa pi tengok wayang baru ni..baca sinopsis kak bell, not bad jalan citer dia..tontonan ringan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Cerita sempena perayaan kan :)

      Delete
  8. lama sangat dah tak tengok wayang ... rindu lak zaman muda mudi ...cam best je Bad Moms Christmas

    ReplyDelete
  9. la lucah ke..baru nak tengok hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Tengok ajalah. Kelakar lucah. Hmm

      Delete
  10. Mesti best cerita ni tengok trailer pun boleh dikatakan menarik juga, tunggu ada masa free nak pergi tengok juga nanti.

    ReplyDelete
  11. Salah satu movie jenis comedy ni . Best tak

    ReplyDelete
  12. Citer komedi mcm ni mmg best..nak kena tgok ni...baca sinopsis x cukup kan..

    ReplyDelete
  13. Mesti kelakat habis movie ni kan gelak satu panggung kalau tonton dengan kawan-kawan hehehe tak apa nanti kita pergi tonton yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup tgk dgn kawan2 best. Tgk dgn buah hati pu ok juga. Kikiki

      Delete
  14. Rasanya macam ada tengok cerita dia yang pertama.. Itu pun not bad juga...

    ReplyDelete
  15. Watched their first movie and I love it now they have a xmas version can’t wait to watch it!! Hehehe I love bad moms!!

    ReplyDelete
  16. Kelakar jugak plot die. Tapi tak sesuai utk bawa baby haha

    ReplyDelete
  17. I pernah tengok yang Bad Mom pertama dulu, memang bets. Mila Kunis belakon kali ni mesti best juak.

    ReplyDelete
  18. that day i pi cinema nampak big group of western ladies ambik gambar with the posters. i supposed they are all moms jugak. hah

    ReplyDelete
  19. Wow, must be fun and funny movie. I must go and watch it.

    ReplyDelete
  20. Waahhhhh ada tagged nama kite laaa dalam blog Bad Mom Xmas, Miss Bella. Thank you for the invite. really appreciated it and it was really worth invite (cos free tix kennn?) hehehe. Why Miss Bella rates 6 out of 10? Kite would give 7 1/2. To me its nice movie. but not suggested for bawahan umur. Ada unsu2 kelucahan yang agak melampau di sittewwwwww. Anyway, marry xmas!!! ho ho ho (jgn kecam kite)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tak delah terkesan di hati sangat. Btw, true citernya memang fun. Hehe.

      Delete
  21. Sebab miss bella hati batu!!!! Tibehhhh! It touches and effects me when mila k met and said sorry to her mom in the church.

    ReplyDelete

Back
to top