1 Juta Hit's Blog Kak Bell

Hi Korang! Pejam-celik dah hampir 1 tahun 7 bulan blog Kak Bell. Hari ni blog www.bellajamal.com dah cecah 1juta hits!! Alhamdulillah. Seronok sangat rasanya. Kak Bell mula berbloging pada 18 April 2016. Kiranya, masih baru jugalah dalam bidang ni. Pada mulanya, memang saja-saja buat blog untuk kongsi travel pictures dan pengalaman ke negara orang. Kemudian, baru sedar dan datang minat nak terus aktif dalam bidang ni. Sebenarnya, masa zaman sekolah dahulu memang aktif juga dalam bab menulis esei dan sebagainya. Sampaikan teks peserta debat pun Kak Bell tolong tuliskan. Masa zaman tu jugak, pernah kene kecam dengan kawan-kawan sebab asyik Kak Bell je naik pentas sebab menang pertandingan menulis. Sampai kita menangis lah tak masuk pertandingan apa-apa. Harus lah Kak Bell menang, iols baca buku pengajian AM tingkatan 6 kot, so lebih lah sikit info dan fakta nak menulis kan. Jadinya, barulah sedar dan datang semula minat nak menulis dan berblogging. Tulisan ilmiah tu tidaklah, sebab tak pandai juga nak menulis secara kritis dan berfikir di luar kotak. Kalau ada entri macam ni, memang dah berhubunglah sel-sel otak Kak Bell ni macam lepas makan susu DHA. Hehe.

Tema pink + gold dah macam beauty blog pulak

Mula-mula tu, macam-macam templete tukar pakai. Dahla Kak Bell ni lembap IT, apatah lagi bab html, coding bagai ni. So, gigih belajar sendiri dan tanya kawan-kawan lain yang tak lokek ilmu. Kak Bell ingat lagi, masa mula-mula dulu blogger Mawardi Yunos bagi nasihat untuk templet dan gaya blog yang macam mana. Terima kasih sangat kat uols tau! Tak lupa juga kat Tera Ibrahim yang bagi sokongan untuk Kak Bell mula berblog dan juga kawan-kawan lain. Yang mana nak carut, atau tak beri sokongan, pandang remeh kita tolak tepi. Yang penting minat kita berbeza, buat je yang terbaik untuk diri memasing kan?


Akhirnya, tertunai jugak hajat dan azam untuk tahun 2017 nak cecah 1 juta pageviews. Bagi diri Kak Bell bukan senang nak dapat 1 juta pageviews sebab kita ni suam2 kuku je. Buat pun part-time aje. Kadang-kadang terfikir juga, ada ke orang nak baca blog kita ni. Tengok blog lain semua hebat-hebat. Btw, bila search resepi sendiri kat Google, ada juga kita punya resepi atas sekali dalam halaman Cik Gugel, mahunya tak happy kan. Cuba korang search resepi Ayam Masak Sambal Hijau, adakah masih kat tempat pertama carian di Google?? Hiks. Bagilah can pada Kak Bell happy hari ni kan. Walau apa-pun, Kak Bell percaya setiap blog, blogger ada kekuatan tersendiri dan cara dan gaya tersendiri dalam setiap penulisan dorang. Masih banyak yang perlu  Kak Bell pelajari dan perbaiki, jauh lagi perjalanan sebagai seorang blogger. Lite-lite pun jadilah yer Bedahh oii. Yang mana yang rimas kita dok tanya macam-macam tu, terima kasih lah sebab sudi layan dan kongsi ilmu.

Anyways thank you kepada semua yang sokong and baca blog Kak Bell. Yang penting kita bangga jadi diri sendiri. Bangga dengan pencapaian ke hari ini. Kalau nak banding dengan orang lain memang tak akan cukup kan? Semoga lepas ni, Kak Bell lebih rajin lagi untuk maju selangkah lagi kehadapan. Support kita tau! Love you alls! Muahhh.

Bella Jamal
XoXo

CONVERSATION

36 comments:

  1. Keep it up. Moga terus berjaya. Teruskan momentum tu ya. Jangan oedulikan orang lain. Hahahaha.

    ReplyDelete
  2. Tahniah Bell...keep it up..teruskan hard work

    ReplyDelete
  3. Tahniah kakbelll !!!! Mantap teruskan usahamu muah

    ReplyDelete
  4. Wow satu pencapaian yang bagus ni untuk satu tahun dah cecah 1 juta view satu pekembangan terbaik saya pun tak dapat macam tu wakakakkaa...

    ReplyDelete
  5. Congratulations Kak Bell! Wonder how long I need to wait for 1 juta huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Your time will come. Keep up your good work too!

      Delete
  6. Tq semua bagi sokongan kat Bella.

    ReplyDelete
  7. Wah tahniah bella!! Awesome sangat. Doakan Marsha menyusul lepas ni
    pula 😘

    ReplyDelete
  8. Tahniah kak Bell. Dah cecah 1jutaa? Woww kinah entah bila nak cecah satu juta macam kak Bell. Doakan kinah ye kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Nanti sampai lah tu. InsyaAllah boleh!

      Delete
  9. Pergh! Dah satu juta. Banyak tu. Kalau dikumpulkan satu hit satu ringgit. Dah kaya dah kak bell. Tahniah kak bell! Teruskan usaha menulis. Bal setuju, memang kalau dari kecil minat menulis takkan lari dari minat tu bila besar nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaya kalo cam gini Bal. Haha. Thanks!

      Delete
  10. satu pencapaian yang baik...tahniah kak bell...kita lambat lagi nak ke satu juta hihi

    ReplyDelete
  11. Tahniah. pencapaian terhebat. teruskan menjadi blogger yang terbaik okay!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. InsyaAllah kita berusaha jadi yang terbaik :)

      Delete
  12. Tahniah teruskan meulis tanpa jemu

    ReplyDelete
  13. Tahniah kak Belle. Kalau pasang Ad Sense lagi masyuk dah ini. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adsense tak approved lepas tukar domain. Sedih sangat.

      Delete
  14. tahniah kak belle.doakan kita dapat jadi cam kak belle ye

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Tahniah. Keep it up!
    Kami akan sentiasa terjah dan komen blog ni. Hehehe

    ReplyDelete
  17. Tahniah di atas pencapaian 1 juta page views. Tidak lama lagi dua juta lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ. Kene tunggu setahun lagi kot! Haha

      Delete
  18. Seronok bila dah sampai tahap macam nie kan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Bro. Terasa berbaloi lepas setahun usaha :)

      Delete
  19. Congrats Bell. keep it up and will keep support you.

    ReplyDelete
  20. Tahniah. Keep up updating and sharing.

    ReplyDelete

Back
to top