Terapi Perubatan Alternatif Di JUSTTCM

Hi korang! Lumrah dalam kehidupan kita jika diserang sakit dan menjadi tanggungjawab kita untuk memulihkan kemerosotan kesihatan kepada kesihatan yang lebih baik. Praktik kepada perubatan moden memang meluas, tetapi kebergantungan yang terlalu lama kepada ubat-ubatan akan memberi kesan kepada tubuh badan kita. Selain perubatan moden, terdapat juga rawatan-rawatan alternatif yang masih diamalkan sehingga kini. Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari Kementerian Kesihatan Malaysia (BPTK KKM) telah menyenaraikan beberapa jenis perawatan alternatif yang diiktiraf seperti amalan perubatan tradisional Melayu, perubatan tradisional Cina, perubatan tradisional India, homeopati, kiropraktik, osteopati dan juga amalan perubatan Islam. Pada 24 Oktober 2017 lepas, Kak Bell berpeluang mendapatkan rawatan alternatif perubatan tradisional Cina di JUSTTCM di Neo Damansara. Memang menarik pengalaman pertama Kak Bell dapatkan rawatan kat sini. Jom teruskan pembacaan korang yer.


Sebelum ni, Kak Bell memang tak pernah mencuba dan jalani rawatan seperti bekam, akupunture dan yang sewaktu dengannya. Memang pernah terfikir nak mencuba rawatan bekam tetapi sampai kesudah tak pernah cuba! Bila difikirkan, ada juga perasaan takut nak berbekam. Dah kalau keluar darah bagai tu, mestilah sakit yang ada dalam fikiran kan. Kebetulan pula dapat tawaran dari JustTCM untuk mencuba sendiri keadah rawatan semulajadi dan terapi kecantikan tradisional Cina. Program rawatan yang ditawarkan menarik, semestinya Kak Bell tak melepaskan peluang untuk mencuba! Yang penting dapat peluang untuk buat pemeriksaan kesihatan diri dan mencuba method perubatan tradisional Cina.


Hari tu, Kak Bell merupakan pelanggan pertama untuk slot pagi tersebut. Usai  register butiran diri di kaunter, terus Kak Bell diminta masuk berjumpa dengan doktor June Ping Lim. Sebelum mulakan rawatan, sesi konsultasi diberikan untuk pastikan program yang sesuai untuk Kak Bell. Jadi, setelah ceritakan sedikit info tentang sejarah perubatan dan kesihatan Kak Bell, Dr. June terus mula mengambil pulse nadi di tangan. Rasa berdebar pulak jantung dibuatnya. Disebabkan Kak Bell ada masalah asma, jadi Dr June memberi penekanan terhadap punca dan penyebab asma. Bagi pesakit asma ni, faktor alahan nya memang banyak. Kena jaga makan, emosi, tak boleh kena air-cond, tak tahan perubahan cuaca dan sebagainya. Tambah pula, Kak Bell ada bela anak-anak bulus kat rumah. Dr June tak sarankan Kak Bell terus membela haiwan perliharaan sebab kesannya terhadap asma adalah serius. Tapi kita dah sayang kat anak-anak kita tu, terpaksalah kita tabah menghadapi dugaan. Setelah cek nadi, Dr June buat pemeriksaan ke atas lidah Kak Bell untuk diagnosis dengan lebih lanjut masalah kesihatan Kak Bell. 


Tongue Diagnosis ni merupakan salah satu kaedah rawatan Cina. Pengamal Perubatan Tradisional Cina (TCM) bukan sahaja melalukan pemeriksaan tertumpu pada penampilan dan kelakuan fizikal pesakit sahaja , tetapi ia juga memberi perhatian khusus pada lidah. Lidah kita ni mempunyai pelbagai ciri yang menunjukkan pelbagai fungsi tubuh kita. Btw, Kak Bell tak adalah nak bercerita panjang lebar pasal method ni. Setelah pemeriksaan selesai, Dr June bagitahu yang Kak Bell ni alami depression, stress yang agak teruk. Katanya, di bahagian kanan dan kiri lidah ada jalur kebiruaan yang menunjukkan Kak Bell stress! Untuk lidah jadi macam tu, mengambil masa yang lama untuk terbentuk, kiranya susah la nak jadi macam tu. Kehidupan mana  yang tak ada stress kan! Huhu. Jadinya emosi dalam diri ni memang memainkan peranan terhadap tahap kesihatan kita. Diakui memang Kak Bell tak boleh nak stress-stress, nanti datang time susah nak bernapas, payah dibuatnya. Cuma Kak Bell nak tunjukkanlah memang ada korelasi antara emosi dengan fungsi tubuh badan kita ni.


Di bawah program Body Regulation, proses perawatan akan bergantung dan fokus kepada badan pesakit. Orang yang berbeza, mungkin akan dapat jenis rawatan yang berbeza berdasarkan isu kesihatan masing-masing. Untuk kes Kak Bell, adalah proses melegakan tekanan dengan detoksifikasi (stress relieving with detoxify) melalui rawatan akupunture dan bekam (cupping). Pentingnya untuk kita menangani tekanan sebab perasaan dalaman adalah berkait rapat dengan kesihatan manusia dari segi mental, fizikal dan juga sistem dalaman tubuh badan. Kak Bell akan cuba stay positif dan lebih sayangi diri sendiri. Apa yang kami bincangkan, sedikit sebanyak buat Kak Bell tersedar. Tersentap dari lamunan terus! Perlunya mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah berkaitan tekanan perasaan agar dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, sakit jantung dan hilang akal fikiran. Konsultasi dan nasihat dari Dr June memang baik dan bagus. Patutlah dia awet muda, shining je muka kan.

Apakah ia Body Regulation program? 
  • Perawatan sesuai dengan keadaan kondisi badan
  • Menyelesaikan masalah kesihatan am wanita seperti: gangguan haid, ketidakselesaan, menopaus dan sebagainya.
  • Melegakan tekanan (stress)/keletihan (fatigue)
  • Melegakan sakit otot/sakit belakang & sakit leher
  • Mengimbangi yin & yang badan 
  • Meningkatkan metabolisme untuk mencegah penuaan 
  • Mengurangkan lemak badan berlebihan

Kat bawah ni adalah gambar dalam bilik rawatan Kak Bell pada hari tersebut. Pesakit yang datang buat rawatan kat sini akan ditempatkan dalam bilik-bilik khas dan berasingan.



Akupunktur ni adalah sejenis perubatan yang menggunakan teknik tusukan jarum-jarum halus pada titik-titik tertentu badan yang dikenali sebagai ‘Acupuncture Point’. Terdapat lebih daripada 350 titik akupunktur pada tubuh manusia dan akupunktur dipercayai membantu keseimbangan antara Yin dan Yang, dengan membolehkan aliran normal tenaga "Qi" di seluruh badan dan memulihkan kesihatan kepada minda dan badan. Pertama kali dalam hidup Kak Bell buat akupunture ni. Nasib baiklah tak de rasa sakit sangat pun. Masa proses tu Kak Bell rilex dan tenang je. Tak taulah kalau korang macam mana. Hehe. Btw, tak perlu risau sebab jarum akupunture tu tidak mendatangkan apa-apa kesakitan kerana jarum-jarum yang digunakan adalah terlalu halus, lembut dan tajam. Lagi halus dari rambut! Semasa proses ni, kita perlu bertenang dan kosongkan fikiran. Tak boleh fikirkan apa-apa dalam minda. Lagi baik kalau tidur. Kak Bell terlelap sekejap sahaja dan proses akupunture ni ambil masa 30 minit. Walaupun ni merupakan kali pertama buat akupunture, Dr June beritahu yang aliran darah Kak Bell lancar dan tiada masalah.


Jarum akupunture

Kelebihan Akupunktur
  • Merangsang atau mengaktifkan saraf 
  • Menstabilkan dan melancarkan pengaliran darah 
  • Merangsang tenaga Chi
  • Melegakan masalah sakit kepala
  • Mengatasi kemurungan dan merawat stress
  • Meningkatkan kecerdasan

Selepas selesai akupunture, barulah proses bekam (cupping) dibuat. Pengamal TCM akan memanaskan cawan/bekas menggunakan bola kapas atau bahan mudah terbakar yang kemudian diletakkan di dalam cawan untuk mengeluarkan semua oksigen dan kemudian cup akan diletakkan pada kulit. Udara di dalam cawan yang menyejuk, akan menghasilkan tekanan yang lebih rendah di dalam cawan, membuat keadaan vakum dan membenarkan cawan untuk melekat pada kulit. Okay, masa buat cupping ni sakit sedikitla. Memang tertarik la isi badan dalam bekas tu. Jenis bekam yang Kak Bell buat ialah jenis Fire Cupping iaitu bekam angin. Fungsinya untuk melegakan kesakitan tanpa melukakan kulit. Bagi yang takut tengok darah, bolehlah gunakan kaedah ni. Bekam jenis ini akan kelihatan merah san sepatutnya hilang dalam masa seminggu. Kadar kemerahan bekam bergantung kepada keseriusan atau keterukkan penyakit pada bahagian berkenaan. Proses natural healing ni bergantung kepada metabolisma badan. Jika metabolisma kuat, cepatlah surut dan hilang kesan bekam tersebut.


Cupping cup

Nampak ke tidak daging tu kena sedut

Seriously, lepas proses ni memang badan rasa sakit. Memang bonjol-bonjol la sikit. Dalam tempoh masa ni, memang tak pakai dress la jawabnya. Lepas beberapa hari rawatan, cuma masih ada sedikit rasa sakit pada bahagian belakang sebab pernah ada sakit back pain sebelum ni. So far, badan Kak Bell dah rasa ringan dan ok. Emosi pun agak stabil dan kena sentiasa kekalkan tenaga positif dalam diri supaya sihat. Btw, untuk rawatan begini mesti ada buat rawatan susulan. Habis dah sesi rawatan untuk hari tersebut.

Bagi yang berminat nak mencuba rawatan kat sini, berikut adalah harga semasa yang ditawarkan. Recommended korang datang buat kat sini.



Sebelum balik, pihak JustTCM telah sediakan produk herba rendaman kaki iaitu Ai Foothbath untuk digunakan nanti. Cara nak gunakan Ai FootBath ni, masukkan 1 pek herba Mugwort (mugwort tea) ni dalam air suam dan rendamkan kaki dalam masa 20-30 minit waktu air masih suam. Untuk paras air, adalah lebih bagus rendam kaki sehingga paras lutut untuk lebih berkesan. Jika nak gunakan untuk mandi, gunakan 2 paket dan rendamkan dalam tab mandi.


Amaran!
  • Tidak sesuai digunakan 30 minit sebelum dan selepas makan atau pengambilan alkohol.
  • Untuk kegunaan luaran dan jauhi dari untuk kanak-kanak.
  • Tak sesuai digunakan jika terdapat luka pada kaki.
  • Lakukan 2-3 kali dalam seminggu untuk kesan yang lebih optimum.

Untuk pengetahuan, Ai FootBath ni juga boleh digunakan oleh wanita mengandung dan bayi untuk mandian. Bahan ni chemical-free dan menggunakan daun Mugwort asli yang dikisar menjadi serbuk. Sebagai pemerhatian, boleh pastikan serbuk tersebut larut dalam air rendaman dengan bau semulajadi. Jika terdapat bahan pengawetnya atau bahan kimia digunakan dalam pek tersebut, ia akan larut secara tidak sekata. Diantara kelebihan herba rendaman kaki ni pula adalah seperti berikut:
1) Expel wind, cold, dampness
2) Warm womb
3) Detox & beauty purpose
4) Relieve stress & tiredness
5) Improve sleeping qualitu
6) Reduce water retention
7) Improve Qi & blood flow
8) Health improvement

Kak Bell tak sempat lagi nak cuba footbath ni. Kena pastikan betul-betul free sebab bila dah rendam kaki, seeloknnya terus tidur untuk elakkan kaki kena semula air. Nanti bila Kak Bell dah cuba, iols inform kay. Tak salah pun kita mencuba dan ikhtiar pelbagai cara lain untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita. Pengalaman lakukan rawatan akupunture dan cupping ni, memang menarik. Kak Bell pasti akan datang lagi kat sini untuk sesi follow up yang akan datang. Mungkin rawatan ni dapat bantu dan sembuhkan sakit kita kalau serasi kan? Bagi korang yang ingin mencuba sendiri rawatan perubatan tradisional Cina, bolehlah berkunjung ke JustTCM. Untuk maklumat lanjut dan alamat boleh semak kat bawah ni kay.


Just TCM
Unit A-1-06, Block A, Neo Damansara, Jalan PJU 8/1, 
Damansara Perdana
47820 Petaling Jaya, Malaysia
03-7732 9022



































CONVERSATION

27 comments:

Kin Naz said...

Menariknya rawatan ni kak bell. Kinah tak pernah cuba lagi rawatan akupuntur tu. Rasa seram pulak main cucuk jarum. Sakit tak kak?

Sharon Lee said...

OMG this treatment looks so interesting!! Is it painful? I feel kinda scare when I see the flesh is being suck haha!

Qisstiera said...

Sedapnya dapat buat bekam. Boleh release stress jugak kan. nak try jugak lah sebab mudah stress. tengok yg akupuntur tu pon okay je. Nanti nak survey rawatan ni.

Marshalizadotcom said...

Marsha pun nak kesini bulan Desimber nt untuk rawatan postnatal

Bella Jamal said...

Tak sakit Kinah. Macam gigit semut je. Satu badan kene cucuk jarum. Kena stay rilex je. Hehe

Anyo Benidick said...

Treatment ni nampak bestla. Kalau ada masa nak try juga, tapi takut pula. hihii

Azlinda Azman said...

La sakit ke tu? Saya nuat cupping aritu..alhamdulillah tak sakit . Ms awal2 tubje sakit.

Hanny Abdullah said...

Memang pernah dengar rawatan akupunture ni memang bagus, tapi sis takut nak cuba, takut gan jarum tu. Kalau cucuk jarum kat sepital pun sis mcm dah nk pengsan dah..hehehe

Betty Liew said...

I tak berani sangat Cuba cupping cup. Takut kesian dan sakit. This week I try acupuncture.

Ika Sani said...

Takut nak buat bekam. Tapi teringin nak cuba buang darah kotor dlm badan ni

Nor Azlina said...

teringin sangat nak buat. Tapi ina kurus..cmne nak bekam? huhuhu.. lagipon ada darah rendah.Sesuai ke

Nur Misnan said...

nampak beza dr bekam biasa ya. kalau melayu bekam keluar darah.. ini just mcm angin but cool. mcm x nampak sakit. x pernha buat bekam. nak buat takut. hehehe

Bella Jamal said...

Ina boleh consult dulu dengan physician. Bella tak berani nak cakap apa-apa. Btw, yang ni tak keluat darah. Dont worry.

Bella Jamal said...

Betul tu KAk Nur Misnan. Beza dgn Melayu bekam darah. Line letak bekas bekam pun tak sama kalau cara Melayu dan Cina.

Hasif Hamsyari said...

Kebetulan, saya baru tonton sebuah drama tentang rawatan alternatif, spesifiknya akupunktur. Terasa juga mahu mencuba, kagum dengan kaedah memasukkan jarum sahaja pun boleh merawat pelbagai jenis penyakit! Tanpa perlu ada apa-apa suntikan atau bahan-bahan kimia!

yoorin melacolea said...

Teringin lama nak buat bekam..boleh try kat sini nanti.

Amanda Suria said...

Akak x pernah buat bekam lagi...tak berani nak buat..huhu...akak ni penakut sebenarnya tapi rawatan cina kaedah akupuntur tu memang akak percaya bagus...

Rafzan Tomomi said...

teruja tengok bila orang akupuntur. tak berani nak cuba lagi hehe

luqman zakaria said...

Tak berani la nak try u tapi bekam ini sebenarnya bagus walaupon nampak scary hehe.

AziRahmanDotCom said...

Selalu dengar kawan-kawan buat rawatan begini tapi sis belum berani nak cuba. Nampak macam melegakan.

danan wahyu said...

wah satu saat ingin mencuba tritmen ini

atiehilmi dot com said...

ampun !! lama cari blog bella.. jumpa pon.. hee~

Rabiatul Adawiyah said...

wahh bestnya! bekam, akupuntur, dan detox. keluar segala angin mak lampir semua. hehehe. sakit-sakit badan selalunya ruby pi berurut je. Nanti nak cuba yang ni. Sakit tak?

Wendy Pua said...

time to relax !
it is a way for detox and rejuvanate our body with Just TCM !
Thanks for sharing

Bella Jamal said...

Hehe. Hi Atie Hilmi. Kita dah follow awak :)

Bella Jamal said...

Sakit juga Ruby. Tapi boleh tahan la. Lepas rawatan tu je rasa nak terbaring terus. Hahaha

Bella Jamal said...

Yup, Wendy Pua. Once awhile need to do this for our health right.

Instagram

Follow Us