Resepi Taugeh Goreng Tauhu

Hi Korang! Suka makan taugeh tak? Masa kecik-kecik dahulu memang tak suka makan taugeh. Tambah lagi kalau taugeh kasar, taugeh yang besar tu. Lama kelamaan, Kak Bell dah mula suka makan taugeh. Selalu kalau makan di Chicken Rice Shop atau Nasi Ayam Hainan mesti dipadankan dengan taugeh celur. Sebelum ni Kak Bell pernah tapau sup daging kat kedai di area rumah ni, then ada dimasukkan taugeh. Rasa pedas sup dengan taugeh tu sangatlah ngam. Suka sangat! Kebiasaannya, jika order sup ayam atau daging di kedai, mesti sup tu digandingkan dengan batang saderi dan memang tak letak taugeh dalam sup dorang. Kalau request tambah taugeh pun, biasanya dorang cakap tak ada taugeh. Yelah tu agaknya tak ada stok taugeh! Mungkin kat tempat lain ada lah kot. Walaubagaimanapun, Kak Bell sampai sekarang masih tak berapa suka makan taugeh kasar. Kebetulan haritu cuba makan Korean food di Mitsui. Hidangan sayur-sayuran macam tu termasuklah ada tauge kasar. Disebabkan bau tauge tu sangat kuat, terus Kak Bell tak selera makan. Cuba juga makan sesudu dua tetapi akhirnya pergi beli tom yam sebab memang tak boleh makan. Hehe. Kita memang mendambakan abang-abang Korea, tetapi tekak kita Melayu sangat. So, kita cari orang tempatan ajalah. Tiberr!



Nampak sedap? Tetapi maaf kita tak kenan

Tengah melayari internet tadi, terbaca pulak artikel tentang taugeh hancing oleh blogger Mawardi Yunus (artikel tahun 2012). Terus kembang pula tekak Kak Bell. Tips jika beli taugeh tu, jangan beli taugeh yang kaler putih berseri tu sebab taugeh jenis tu gunakan urine sebagai baja! Kalau nak tau taugeh keluaran bumiputera senang aje. Warna taugeh tu macam kekuningan sikit dan cepat layu serta kurang rangup. Senang cerita, hodoh sikit la rupa parasnya dibandingkan dengan taugeh jenis tadi. Kalau taugeh korang tu lepas 3,4 hari berbau hancing, paham-paham ajelah. Lepas ni kena lebih berhati-hati nak beli bahan makan. Patutlah segar bugar, cantik berseri je kan rupa-rupanya! Erkk.

Okay, hajatnya nak buat taugeh celur kicap sebagai menu makan malam yang simple tetapi tak ada pula kicap cair. Jadinya, Kak Bell buat taugeh tumis dengan tauhu ajelah. Walaupun senang je nak masak taugeh ni tapi kita tetap nak post gambar hasil masakan kita ni. Buat yang mencari resepi nak masak taugeh bolehlah cuba kalau sudi.

Bahan-bahannya:
2 keping tauhu
1 genggam taugeh
1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
2 biji cili padai merah
1biji cili merah, hiris 
3 titik minyak bijan
Sedikit kicap manis
Air secukupnya


Cara memasak:
1) Cuci bersih dan toskan taugeh
2) Potong kecil tauhu ikut kesukaan.
3) Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili padi sampai naik bau.
4) Masukkan kicap manis dan sedikit air kacau sekejap.
5) Masukkan tauhu dan biar seketika sampai tauhu sedikit masak gunakan api sederhana.
6) Masukkan taugeh dan minyak bijan, gaul dan masak sekejap.

TIPS!
  • Boleh goreng dahulu tauhu hingga kuning keemasan sebelum campur dalam masakan
  • Boleh tambahkan sayur kucai
  • Masak sekejap sahaja untuk kekalkan taugeh rangup
  • Boleh tambah juga sedikit sos tiram

Itu aje pun resepinya. Semua pun pandai. Selain masak taugeh ni, Kak Bell goreng ikan bilis Sabah masak kicap ni. Ikan bilis ni pulak macam lembap sikit dalam packaging dia, so lambatlah sikit nak garing. Kalau korang nak tahu 2 hidangan ni Kak Bell makan sorang sahaja tau! OMG! Dah habis makan baru sedar rupa-rupanya perangai makan nauzubillah macam naga. Okay, nak lari setempat sekarang. Kay Bye.


CONVERSATION

14 comments:

Haneeza Mohamad said...

perghh sedapnya kak bella.. haish dahlah cantik, pandai masak pula tu.. hehe

Rafzan Tomomi said...

senang je eh masak ni. selalu pergi kedai makan, mesti ada lauk ni.

dee said...

Laaa yeker baru tau taugeh ni ada yg guna urine.😅 Jarang masak taugeh.

Lina Shaza said...

Alamak takutnya terbeli taugeh hancing....hihi...dah la kita ni peminat setia taugeh

Amanda Suria said...

Alaaa...bella ni saje je tau..memandangkan akak tgh diet..so kena makan sayur tauge je....janji kenyang

Shafyqah Azry said...

sha suka taugeh! dulu kini dan selamanya kot hahaha terima kasih kasi resepi ni, nanti sha cuba

Afizah Abd Rahman said...

Alahai.. Baru tau pasal tips pilih taugeh. Dan 1st time dengar pasal taugeh hancing. Kita suka taugeh yang besar-besar tu. Dah lama pulak tak makan sayur taugeh.

Henry Tan said...

it's even better kalau add on with ikan masin! sedappppp!

4D3N Star Cruise 2017

sayaiday said...

ida memang suka makan taugeh, kalau beli mesti masak macam ni jugak. hehehe

sama la tak suka beli yang besar sebab orang kata hancing. hehehe

AziRahmanDotCom said...

Selain daripada masak mcm ni, saya suka taugeh goreng cili campur dengan tauhu.

Hilmaslife said...

Perghh kak..resepi simple tp yg ni dok tambah nasi 2 pinggan ni lol

yaya_flanella said...

Kita selalu asingkan taugeh sebelum makan haha taktau kenapa kurang makan taugeh tapi resepi ni nampak sedap :)

Rabiatul Adawiyah said...

Walaupun ia resepi mudah. Tapi inilah bebetul makanan survivor. Hahaha. Sapa yang tak makan taugeh tu memang Selera orang kaya aje ke. Haha

Bro Framestone said...

Anda benda paling mudah masak, tp suka makan taugeh yang dimasak masih segar tak terlalu layu... bila makan terasa crunchynya..

Instagram

Follow Us