Resepi Sawi Pak Choy Tumis Sos Tiram

Hi Korang! How's your weekend? Cuaca hari ni dari siang sampai ke malam hujan. Sendu je rasanya sering dengan hati iols yang turut juga sendu ni. Sampai sahaja rumah, lepas balik kerja, air pulak tak ada. Nak memerut, cuci 4 lapisan make-up kat muka Kak Bell ni pun terbantut. Nak buat kerja di dapur pun terbengkalai. Dengarnya ada kabel pecah di area Sungai Buloh semalam dan katanya ambil masa sedikit air akan pulih! Sampaikan area KLCC pun tak ada air. Hurmm..tak mandi lah ceritanya malam ni. Harap-harapnya pulih lah esok hari. Jadi, dah ada masa terluang ni, Kak Bell merajinkan diri tulis resepi. Resepi mudah aja pun. Kak Bell memang kurang gemar makan sayur sawi yang sedikit pahit berbanding dengan baby sawi Pak Choy yang lebih manis. Pak Choy ni memang sedap kalau masak sos tiram atau tumis air. Simple dan cepat je nak memasaknya. Makan pulak dengan ikan goreng dan sambal belacan. Resepi sayur pak choy ni, Kak Bell tumis air sahaja dan gunakan juga sedikit sos tiram sebagai penambah rasa. Next time, Kak Bell akan masak pak choy dengan kuah sos tiram yang lebih pekat. Bezanya, cuma pak choy tu direbus dahulu dan kuahnya dimasak asing sebelum dicurah atas pak choy tadi. Btw, kedua-dua resepi masakan pak choy ni sedap, cuma Kak Bell suka masak yang lebih berkuah. Tak adalah kering sangat nasi tu nak masuk tekak kan! 


Bahan-bahan:
2 batang pak choy
2 biji cili api
2 ulas bawang merah (dihiris)
4 ulas bawang putih (dihiris)
2 sudu sos tiram
Air secukupnya
Serbuk perasa jika suka
Garam

Cara memasak:
1) Cuci bersih pak choy yang telah dipotong.
2) Panaskan sediki minyak, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga wangi.
3) Masukkan sos tiram dan kacau sekejap.
4) Kemudian masukkan sawi pak choy tadi, kacau rata.
5) Tambahkan air secukupnya dan masak seketika sampai mendidih.
6) Akhir sekali perasakan dengan garam atau serbuk perasa, kacau dan sesuaikan rasa.

TIPS!
  • Boleh tambah sedikit ikan bilis dan tauhu dalam masakan.
  • Boleh gunakan sedikit isi ayam atau udang untuk bahan tambah.

Dah siappp! Tak payah ajar pun takpe kan. Ikut suka suki kitalah sebab kita yang masak kan. Btw, Kak Bell yakin gambar pak choy iols ni memang sedap walaupun korang tak rasa. Tiberr. Kay Bye.

CONVERSATION

8 comments:

Amanda Suria said...

Akak kan tgh diet...pas tu akak masak pok choy ni ngan cendawan, dengan udang sket, jagung muda and capsicum .makan tu je...kelass x diet akak...hahahhaa...

Bella Jamal said...

memang curlass sgt kak SA. Cuba diet dengan sawi biasa tu. Mampu? Hahaha. Chaiyok2, lets lah nak diet jugak.

Hanny Abdullah said...

Suka memasak kisahnya dia ya...bila nak masak n panggil kami pengomen tegar makan2...hehehe. Boleh lah kami komen sedap ke idok masakan bella..hehehe. Btw Pok Choy mmg sayur fav, tapi tak pernah masak sendiri, makan kat kedai je kalau ternampak...heehe

Bella Jamal said...

Malulah nak panggil akak-akak semua makan, Hehe

Amanda Suria said...

Alaa Bella masak simple pun sedap kan..apa salahnya ajak kitorang makan ramai- ramai..hehehe..bleh tolong masak sekali

Mokomira Hanamichi said...

Bestnya pakchoy..dlu x reti makan tp sejak gi ahcheng kopitiam dia bg kt nasi butterhicken tu..fuh

Rawlins GLAM said...

Sangat suka juadah ini - walaupun tahu resipinya, I still malas memasak hahaha

Sejarah Islam Pahang said...

wow, mmg nampak sedap.. boleh la cuba2 sbb dh baca ni... teringat plak dh lama x makan

Instagram

Follow Us