Resepi Kerabu Maggi Siam - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Kerabu Maggi Siam

Trending

Resepi Kerabu Maggi Siam

Hi Korang! Sebelum ni, memang dah selalu sangat dengar kerabu maggi selain dari kerabu mangga. Bila dah masa viral, time popular, semua umat manusia pun cuba nak buat kan. Memasing nak tunjukkan kesedapan masakan memasing ye tak? Sepanjang hayat ni tak pernah pula Kak Bell nak cuba buat kerabu maggi ni. Balik-balik, makan maggi standard tumis tu ajelah dengan sebijik telur. Biasalah dah memalam buta nak buat ayam masak merah nanti jiran ingat ada jin ke tengah memasak kat rumah iols ni kan. Kebetulan pulak masa tengah menaip ni, rumah atas ni ada bunyi batu lesung pulak di jam 3 pagi ni ha. Ko ghaser?? Bukan nak cakaplah, memang hari-hari macam ni. Dah lali dah. Kalau korang tak percaya boleh la jengok entri lama Detik 2 Pagi ni ha. Okay, berbalik dengan cerita kerabu kita ni, sebelum ni juga Kak Bell ada pernah kongsikan resepi Kerabu Kacang Botol (klik sini nak lihat resepi). Memang sedaplah makan kerabu ni kan tapi tak semua jenis kerabu Kak Bell suka. Dah ada mi segera dari Thailand ni, Kak Bell cubalah buat kerabu maggi ala Siam ni ha. Btw, untuk mi segera Serda dari Thai tu semestinyalah halal. Habistu, takkan semua produk nak cop halal Malaysia aje kan. Negara lain tak ada orang Muslim ke gamaknya. Tiberr. Cukuplah merapik je Kak Bell ni. Tengok resepinya jom.


Bahan A (bahan hiris)
1 paket mi segera Serda
1 biji buah tomato
1 biji bawang besar
5 biji cili api
1 genggam daun ketumbar
2 biji limau nipis (ambil jusnya)

Bahan B (bahan lauk)
3 ekor Sotong  
Fish cake 
Fish ball

Tom Yam Shrimp Serda!

Bahan B

Bahan A

Cara membuatnya: 
1) Hiriskan bawang besar, daun ketumbar, cili api dan potong kecil tomato.
2) Panaskan air untuk merebus bahan lauk dan mee segera. 
3) Rebus semua bahan B, tos dan asingkan.
4) Masukkan mee segera dalam air didih tadi hingga lembut.
5) Masukkan kesemua bahan A dan bahan B dalam mangkuk besar.
6) Tambahkan perencah/rempah dari paket mee segera tadi.
7) Perahkan jus limau nipis dan gaulkan rata. Sesuaikan rasa.

TIPS!
  • Sukatan bahan ikut anggaran sendiri.
  • Boleh tambahkan 1 sudu sos ikan jika suka.
  • Boleh tambahkan 2 sudu air rebusan tadi semasa menggaul bahan.
  • Rebus maggi dan bahan lauk secara berasingan sebab kadar masaknya berbeza.
  • Boleh tambah bahan lain seperti kobis unggu, udang atau crab stik.



Dah pun siap uolss. Memang sesuai sangatlah buat korang yang pemalas macam Kak Bell ni ha. Hehe. Kalau nak guna mi segera jenis lain, Kak Bell tak pastilah macam mana pula rasanya. Mungkin boleh cuba yang perisa tom yam boleh kot. Lagi satu, Kak Bell memang tak tambah sos ikan sebab tak ada dan memang tak berapa sukakan sos ikan. Tanpa sos ikan pun, rasanya memang sedap yer. Pedas, masam semuanya ada. Silalah cuba nanti yer. Muahh!

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post