Resepi Kerabu Maggi Siam

Hi Korang! Sebelum ni, memang dah selalu sangat dengar kerabu maggi selain dari kerabu mangga. Bila dah masa viral, time popular, semua umat manusia pun cuba nak buat kan. Memasing nak tunjukkan kesedapan masakan memasing ye tak? Sepanjang hayat ni tak pernah pula Kak Bell nak cuba buat kerabu maggi ni. Balik-balik, makan maggi standard tumis tu ajelah dengan sebijik telur. Biasalah dah memalam buta nak buat ayam masak merah nanti jiran ingat ada jin ke tengah memasak kat rumah iols ni kan. Kebetulan pulak masa tengah menaip ni, rumah atas ni ada bunyi batu lesung pulak di jam 3 pagi ni ha. Ko ghaser?? Bukan nak cakaplah, memang hari-hari macam ni. Dah lali dah. Kalau korang tak percaya boleh la jengok entri lama Detik 2 Pagi ni ha. Okay, berbalik dengan cerita kerabu kita ni, sebelum ni juga Kak Bell ada pernah kongsikan resepi Kerabu Kacang Botol (klik sini nak lihat resepi). Memang sedaplah makan kerabu ni kan tapi tak semua jenis kerabu Kak Bell suka. Dah ada mi segera dari Thailand ni, Kak Bell cubalah buat kerabu maggi ala Siam ni ha. Btw, untuk mi segera Serda dari Thai tu semestinyalah halal. Habistu, takkan semua produk nak cop halal Malaysia aje kan. Negara lain tak ada orang Muslim ke gamaknya. Tiberr. Cukuplah merapik je Kak Bell ni. Tengok resepinya jom.


Bahan A (bahan hiris)
1 paket mi segera Serda
1 biji buah tomato
1 biji bawang besar
5 biji cili api
1 genggam daun ketumbar
2 biji limau nipis (ambil jusnya)

Bahan B (bahan lauk)
3 ekor Sotong  
Fish cake 
Fish ball

Tom Yam Shrimp Serda!

Bahan B

Bahan A

Cara membuatnya: 
1) Hiriskan bawang besar, daun ketumbar, cili api dan potong kecil tomato.
2) Panaskan air untuk merebus bahan lauk dan mee segera. 
3) Rebus semua bahan B, tos dan asingkan.
4) Masukkan mee segera dalam air didih tadi hingga lembut.
5) Masukkan kesemua bahan A dan bahan B dalam mangkuk besar.
6) Tambahkan perencah/rempah dari paket mee segera tadi.
7) Perahkan jus limau nipis dan gaulkan rata. Sesuaikan rasa.

TIPS!
  • Sukatan bahan ikut anggaran sendiri.
  • Boleh tambahkan 1 sudu sos ikan jika suka.
  • Boleh tambahkan 2 sudu air rebusan tadi semasa menggaul bahan.
  • Rebus maggi dan bahan lauk secara berasingan sebab kadar masaknya berbeza.
  • Boleh tambah bahan lain seperti kobis unggu, udang atau crab stik.



Dah pun siap uolss. Memang sesuai sangatlah buat korang yang pemalas macam Kak Bell ni ha. Hehe. Kalau nak guna mi segera jenis lain, Kak Bell tak pastilah macam mana pula rasanya. Mungkin boleh cuba yang perisa tom yam boleh kot. Lagi satu, Kak Bell memang tak tambah sos ikan sebab tak ada dan memang tak berapa sukakan sos ikan. Tanpa sos ikan pun, rasanya memang sedap yer. Pedas, masam semuanya ada. Silalah cuba nanti yer. Muahh!

CONVERSATION

31 comments:

Marshalizadotcom said...

Maggi tu dah ada tp tak sempat buat lagi. Tq share resepi boleh masak kerabu maggi :)

Amanda Suria said...

Ala...nampak sedap tu ha. .nak buat la nanti..nak kena cari bahan la ni kan...

Nor Azlina said...

pandai kak bell masak kerabu.Ina masak jd megie goreng.. kikikiki.

Nor Azlina said...

pandai kak bell masak kerabu.Ina masak jd megie goreng.. kikikiki.

Shafyqah Azry said...

sha teringin gila nak rasa kerabu megi ni haha ingat nak beli je senang :p

Hanny Abdullah said...

Tak pernah dgr n makan kerabu maggi..nanti nak cuba lah, mana tahu kot2 boleh terima oleh tekak ni..hehehe

Bella Jamal said...

Seriusly memang senang nak buat. Lps rebus, aduk je semua bahan. Konpem sedap.

dee said...

wahh terima kasih kakkk share resepi. Pernah juga makan skali kat festival makanan thai di putrajaya. Ni dah ada resepi boleh cari dan buat.

alia farhan Said said...

My fav sgt ni...
Sula gila sbb pedas2 n sedap2...

Bro Framestone said...

Megi tomyam dekat atas nie macam biasa makan je... Selalu wife akan borong banyak if ke Padang Besar....

AziRahmanDotCom said...

Nampak sedap. Tak pernah makan lagi maggi siam..apatah lagi kerabunya. Kena cuba bila ada kesempatan nanti.

Nur Misnan said...

laat i makan kerabu maggie ni masa event MYDIN subang.
sedap juga.. bolehlah layan.. next time blh buat sendiri
tq dear

Annur Syuhadah said...

First Annur makan kerabu maggie kat boatnoodle. Pedas yakmat!! Berasap telinga.
Rupanya senang je nak membuatnya. Tapi masa beli haritu, mak aih harganya boleh tahan mahal! Sikit pulak tu.

Azlinda Azman said...

nampak sedap sangat ni ! nyummy! Nak cuba buat kat rumah. Tapi, kene cari megi jenis ni dulu

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Sedapnya . Resepi yang simple bahannya tapi sedap . Pernah makan sekali kerabu maggie ni di food thai festival . Tapi CCL lebih suka homemade sendiri boleh campak bahan banyak-banyak dan baru puas makan . Beli luar takut jugak kalau2 bahan yang dimasukkan macam fish cake, crab stick tak direbus dulu

shamiera osment said...

Mana nak cari ya maggi siam ni? Teringin juga nak buat kerabu maggi camni..kalo xjmpa terpaksa g mkn kt kedai siam je la esok..haha

Afizah Abd Rahman said...

Alahaiii... Nampak sedap pulak kerabu maggi kak belle ni. Tak pernah buat kerabu lagi. Boleh lah try nanti nih. Thanks for the resepi ☺

Maha Mahu said...

Ala senang jer nak buat kerabi maggi ni kita ingat susah sangat hari tu ada beli mee segara dari Thai tu tapi tak terfikir nak buat heheh tak apa nanti kita buat yer thanks share...

Bella Jamal said...

Betul tu Azlinda Azman..baik buat sendiri sahaja. Jimat dan puas.

Bella Jamal said...

Shamiera, rasanya blogger Luqman (Luqy) ada jual megi ni. Mungkin bleh roger dia :)

Lia Hasty said...

Memang suka kerabu maggi ni. Selalu juga buat kat rumah. Simple je kan menu dia.

Jelita dan Awet Muda said...

Nampak menyelerakan sungguh kerabu megi ni.

Kin Naz said...

Kerabu megi.... pernah try masa festival makanan Thai. Memang sedap sangat. Ni dah ada resepi dari kak bell ni nanti nak cuba gak la.

Rawlins GLAM said...

Bila la Bell nak ajak memakan nie? Asyik nampak resipi je. Sesekali belanja la makan kan. Hahaha

Betty Liew said...

You really a capable chef. Love your recipes. Yum.. Yum

Bella Jamal said...

Segan nak ajak korang datang rumah. Hehe

Bella Jamal said...

Thanks Betty Liew. Everyone can cook!

Sunshine Kelly said...

Ini Sedap giller! Kat sini tak ada maggi brand itu, i think i use other brand to replace juga boleh kot, nak cuba resipi ini la.

Kak Su @KakSu ~ Membantu ibu2 dirumah membina blog dan bisnes online said...

Macam terliur lah pulak, akak memang suka kerabu thai ni kan, masam2 masin membuka selera gitu, tak kiralah kerabu apa pun. Bahan ni sume akak ada kecuali sotong lah memang pantang pun tak leh makan sotong, so yang lain2 tu ada, boleh lah try malam ni. Mesti masaak malam kan, baru rasa sama macam yg Bell masaak tu hehe

Bella Jamal said...

Yup boleh sahaja guna instant mi lain Sunshine Kelly. Mungkin guna yang perisa tomyam should be ok. If not dah ada perahan asam limau pasti menjadi juga.

Bella Jamal said...

Ye lah Kak Su. Boleh ganti bahan seafood yang lain. Haha, sy memang suka masak memalam. Siang2 sebab asyik kat opis. Kikiki. InsyaAllah sedap je.

Instagram

Follow Us