MayterLynn | Minuman Botani Serbuk Ubi Keledek Unggu Dengan Dedak Oat

Hi Korang! Kak Bell harap semuanya sihat dan baik-baik belaka hendaknya. Harini, Kak Bell nak bercerita tentang makanan nutrisi. Sekali-sekala, kita cerita tentang kesihatan pulak ye. Korang tahu tak bahawa amalan pengambilan bijirin memberikan kesan yang positif terhadap kesihatan kita? Berdasarkan kajian, makanan bijirin perlu diambil kira-kira 1/3 daripada jumlah diet kita pada setiap hari dan sejumlah 50% daripada sepatutnya datang daripada bijirin penuh. Menurut Proceeding of the Nutrition Society (2003), pengambilan bijirin penuh sekurang-kurangnya 3 kali sehari mengurangkan kadar diabetes sebanyak 21-27%. Daripada statistik ni, kita dapat tentukan bahawa pengambilan bijirin adalah bagus untuk kesihatan kita.


Apakah pula bijirin penuh (whole grain)? Bijirin penuh ini terdiri daripada komponen bran, germa, dan endosperma yang kaya dengan sumber protein, antioksidans, fiber, kalsium, asid lemak perlu, pelbagai vitamin dan mineral. Fiber dan nutrien yang terdapat dalam bijirin dapat membekalkan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan manusia di samping dapat mencegah obesiti, diabetis, malnutrisi, penyakit kardiovaskular berkaitan kolesterol dan sebagainya. Korang boleh rujuk kat bawah ni untuk komponen bijirin penuh

Komponen dalam bijirin penuh

Antara sumber makanan bijirin penuh adalah seperti biskut bijirin penuh, roti bijirin penuh, barli, bertih jagung, beras perang, oat dan sebagainya. Jadi, dalam entri kali ni, Kak Bell nak nak kongsikan pada korang semua tentang minuman bijirin MayterLynn iaitu campuran minuman botani serbuk ubi keledek unggu dengan dedak oat. MayterLynn ni merupakan produk terbaru keluaran LaZior yang baru sahaja dilancarkan pada 27 September 2017 baru-baru ini.


Bila bercerita tentang bijirin, pastinya kita terus membayangkan makanan berbijirin di kala sarapan pagi seperti bijirin Kellogg's atau Quaker Oats. Acapkali kita diberitahu, pengambilan sarapan amat penting bagi memulakan hari kita. Ini kerana sarapan berkait rapat dengan kecergasan mental dan memberi kesan positif terhadap aktiviti otak supaya lebih cergas, peka dan fokus. Begitulah pentingnya pengambilan sarapan. Namun, ramai di kalangan generasi muda hari ini terutama remaja tidak mengambil berat kepentingan mengambil sarapan pagi. Kadang-kadang, Kak Bell sendiri pun jarang mengambil sarapan pagi. Disebabkan selalu bekerja shift malam, jadinya memang terlepaslah waktu untuk sarapan keesokannya. Jadi, bijirin sarapan adalah makanan terbaik dan segera untuk memulakan hari korang . Pengambilannya cukup mudah dan khasiat yang dimiliki adalah lengkap bagi memberi tenaga dan mampu meningkatkan fungsi otak.

MayterLynn by Lazior
Minuman bijirin MayterLynn ni menggunakan ubi keledek unggu sebagai bahan utama, selain campuran beberapa jenis bijirin lain yang disatukan di dalam MayterLynn sebagai minuman kesihatan bijirin. Ubi keledek ungu ni kaya dengan pelbagai nutrien seperti anthocyanin, asid amino, selulosa, vitamin, zat besi dan selenium yang dapat bertindak sebagai anti-oksidan, membantu pencernaan, menguatkan fungsi imun tubuh, anti-kanser dan lain-lain. Berikut merupakan antara kelebihan ubi keledek unggu :

1) Kadar pemotongan radikal bebas adalah 20 kali lebih tinggi berbanding Vitamin C, 50 kali lebih tinggi dari Vitamin E
2) Fungsi detoks kecantikan yang membantu mengurangkan pengumpulan lemak
3) Bahan anti-kanser
4) Membantu menurunkan kadar kolesterol, mengimbangi kadar gula dalam darah dan meningkatkan imuniti

Terdapat 20 jenis bahan bijirin yang digunakan dalam penghasilan MayterLynn. Antaranya ialah serbuk ubi keledek ungu, beras perang, bijan hitam, dedak oat, emping oat, beras pulut hitam, kacang hitam, kacang merah, kacang hijau, kacang soya, black eyed pea, barli mutiara, gandum, beras Sorghum, soba (buckwheat), fiber, inulin, serat epal, serbuk minyak biji rami dan ekstrak stevia.


Fungsi MayterLynn
Di bawah ni, Kak Bell senaraikan beberapa fungsi dan kebaikan MayterLynn terhadap kesihatan tubuh badan kita.
  • Membekalkan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan
  • Mengurangkan risiko serangan strok
  • Mengurangkan risiko diabetis
  • Mengurangkan risiko serangan penyakit jantung
  • Mengekalkan berat badan yang sihat
  • Mengurangkan risiko serangan asma
  • Mengekalkan kesihatan jantung
  • Mengurangakan risiko penyakit keradangan
  • Mengurangkan risiko kanser kolon (usus besar)
  • Menggalakkan tekanan darah pada tahap yang sihat
  • Mengurangkan penyakit gusi dan mencegah kehilangan gigi
  • Melegakan sembelit
  • Kaya dengan serat dan rasa kenyang berpanjangan
  • Mengekalkan keseimbangan gula dalam darah dan mencegah gula dalam darah naik secara mendadak.

Kaya Dengan OMEGA-3
MayterLynn ini juga kaya dengan OMEGA-3 yang dapat membantu melindungi membran sel dan retina mata, mencegah dan melegakan mata yang kering, melindungi hati, mengurangkan kolestrol, mengurangkan risiko saluran darah tersumbat dan risiko artherosclerosis, memperlahankan proliferasi sel kanser prostat, membantu perkembangan sel otak, menghalang keradangan dan juga mengurangkan simptom alahan. Selain dari hasil kebaikan Omega-3, kandungan Anthocyanin, Zink dan DHA dalam MayterLynn turut memberi kesan positif terhadap penyakit berkaitan dengan mata seperti:
  • mengurangkan keletihan mata dan mata kering
  • memperbaiki vision loss
  • mengurangkan rabun malam, gloucoma, rabun dekat (Myopia), rabun jauh (Hyperopia) dan astigmia.
  • mengurangkan presbyopia (diminishing ability of the eye to focus) dan katarak mata.



MayterLynn juga dapat melegakan gejala-gejala menopaus bagi wanita. Antaranya dapat menstabilkan emosi, mengatasi kemurungan dan insomnia, mengurangkan berpeluh secara berlebihan, dapat meredakan sakit otot, kekalkan kesihatan tulang dan dapat mencegah jangkitan faraj. Minuman ni juga, boleh diambil oleh wanita yang hamil. Pengambilan protein, mineral, DHA, kalsium, zat besi dan zink di dalam MayterLynn ini juga bagus sebagai sumber nutrien tambahan untuk kebaikan kepada pertumbuhan & perkembangan janin yang sihat serta persediaan penyusuan. Btw, bagi pesakit G6PD perlu meminta nasihat doktor terlebih dahulu sebelum amalkan MayterLynn.

Part yang paling best korang nak dengar, pastinya sebagai minuman diet untuk kuruskan badan. Pengambilam minuman ni tidak terhad, dan korang boleh minum pada setiap masa termasuklah waktu sarapan, minum tengah hari dan juga supper. Pengambilan MayterLynn ni akan mengurangkan penyerapan kalori berlebihan dan seterusnya dapat memberi kesan pelangsingan pada badan. Kalau rasa nak kurus langsing tu, bolehlah cuba minum produk ni ye. Tapi kalau dah mentekedarah tak hengat pun tak boleh jugak. Faham-faham sendirilah, Kak Bell malas nak cerca sebab kita pun memang macam tong kalau makan. Hehe.

Pengambilan MayterLyn
MayterLynn ni selamat untuk diminum. Bahan-bahan yang digunakan semuanya daripada bahan semulajadi, tiada pewarna, tiada bahan pengawet dan tiada gula. MayterLynn juga boleh diminum oleh semua golongan dan peringkat umur daripada kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas sehinggalah warga emas.


Cara nak menikmati MayterLynn ni pun cukup mudah! 3 langkah je siapp!
1) Ambil 2 sudu MayterLynn (guna sudu disediakan)
2) Tuang 200ml air panas ataupun air suam ke dalam cawan
3) Kacau sehingga larut dan sedia diminum


My Verdict
Kak Bell tertarik sangat dengan pembungkusan MayterLynn dari Lazior ni. MayterLynn ni datang dengan karung guni yang sangat cantik dan nampak semulajadi. Konsep bahan organik! Sesuai sangat dengan promosi minuman kesihatan kan! Kandungan berat MayterLynn ni ialah 500gram dengan bekas yang berwarna unggu. Bau serbuk keledek yang berwarna unggu ni manis dan ada sedikit bau susu tepung. Belum bancuh lagi dah terasa sedap dek baunya. Btw, setelah dibancuh, bau dan rasa manisnya kurang, tak ada rasa manis keledek unggu dan rasa minuman ni lebih kepada rasa bijirin dan beras. Tapi rasanya masih sedap dan Kak Bell yakin korang pun akan suka. Kak Bell dah mula mengambil minuman ni 2 kali sehari, lebih kurang dalam masa seminggu. Pengambilan pada waktu pagi atau lepas bangun tidur memang dapat tahan lapar sebelum Kak Bell ambil makanan berat. Masa minum nanti, korang akan dapat rasa serbuk bijiran dan oat macam korang makan quaker oat tu tetapi teksturnya lebih halus lah. Selalunya, kalau Kak Bell beli quaker oat, mesti tak akan habis sebab tak berapa sukakan rasa dan tekstur cereal yang kasar tu. Tapi, dengan MayterLynn ni, bau, rasa dan tekstur minuman ni buat Kak Bell suka. Sangat suka bau minuman ni bila dibancuh dengan air panas. Aroma dia wangi.


Sebelum ni, Kak Bell memang jenis susah nak tidur disebabkan kerja waktu malam dan sentiasa berjaga ke lewat pagi. Sekarang ni, insomnia pun kurang, mudah je tertidur dan serangan asma pun boleh dikatakan kurang pada waktu pagi. Ni merupakan antara perkembangnn positif yang Kak Bell rasalah dalam seminggu dua ni. Apapun Kak Bell akan teruskan lagi amalkan minuman MayterLynn sebab hasil positif ni mesti akan ambil masa yang lama kan? Sama-samalah kita menjaga kesihatan diusia emas ni kan. Gittew!

Kalau korang berminat nak cuba dan ketahui lebih lanjut tentang produk MayterLynn dari Lazior ni, bolehlah layari laman Facebook Lazior.





CONVERSATION

27 comments:

Maha Mahu said...

Wow sekarang dah ada minuman kita selalu makan ubi ni rebus jer ubi ungu jepun kan tak silap kita memang sedap manis jer..

rubydotmy said...

Huyo! Boleh la minum sarapan pagi atau berdiet dengan minum ni je. Bagus bagus!

Azlinda Azman said...

akk peminat ubi ! sbb mengenyangkan . hehehe boleh try ni nanti

Amanda Suria said...

Lepas ni Bella sure ploles kebabom...nak jugak la ploles minum minuman kesihatan botani ni...sekarang kan semua back to natural...

Hanis Masturina said...

Banyak jugakan khasiat produk ni. Hanis perasan jugalah zaman sekarang ni banyak produk berasaskan semulajadi muncul sebab orang ramai pun dah ada kesedaran pasal ni kan

Jane Chua said...

Looks like a healthy drink to try it out. It looks delicious too.

Hanny Abdullah said...

Nampak menarik produk ni, boleh lah sis cuba nanti...jeles le awk sorg je kebaboomm sis pun nak jugak...hehehe

Rawlins GLAM said...

Oh my. Now terasa teringin pula nak merasa minuman nie. Haha. Bak kata Sis Hanny, nak juga kebaboom!

Bella Jamal said...

MahuMahu kalau makan keledek unggu rebus tu memang manis kan..tp airnya ni rasa more too grain, cereal taste.

Bella Jamal said...

Boleh-boleh, jom kita amai2 cuba minum ni. Ala Kak SA, Kak Hanny, kita ni taraf gadis kampung aje punn. Hehe

Bella Jamal said...

Rawlins so far memang Bella suka rasa minuman ni. Jom cantik..Jangan mengata..ehhh

Beto Rahman said...

Oh wow byknya ingredients dia. 😱

Lia Hasty said...

Senang je cmtu. Bancuh je terus minum. Produk terbaik ni.

Halimah Muhiden said...

First time tgk mcm sedap jer..

alia farhan Said said...

Wow..inovasi produk ni bagus la.
Tak terpikir pun ada drink mcm ni...especially those ubi tu kan...
Cantik ja kaler purple kan

Bro Framestone said...

Suka makan ubi keledek ungu, manis dia, kesedapan dia lain macam sikit... Tue yang selalu g beli yang Mister Potato warna ungu juga...

Masa zaman u pula, beli ubi keledek goreng... perghhhh sedapppp

Wai Yee aka Rane said...

this looks like a brand I am drinking. not bad right the taste.

Unknown said...

Wahhh boleh try yang ni nanti, macam ok je ni. Tak pernah ambik yang berasaskan ubi

yanmie
www.yanmieonline.com

Qisstiera said...

Pertama kali dengar ni. Macam best je. Mesti sedap dan bau wangi. Boleh kurangkan risiko strok kan. Nak kena cuba ni.

Haneeza Mohamad said...

bestnya.... nak cubalah produk ni.. dahlah neeza makin gemuk ni... nak kurus cam kak bella juga.. hehe

dee said...

Wah menarik tgk macam2 khasiat dia. Ni kalo minum sarapan pagi confirm kenyang lama.��

IndoX news said...

Ternyata banyak manfaat yang dihasilkan yah, dari minuman botani ini. Aapalagi buat mata khususnya.

Ika Sani said...

Ika nak kuruskan badan. Rasanya ini produk terbaik untuk Ika cuba . Rasa dia ok tak?

Bella Jamal said...

Bagi bella rasanya ok :)

nadhie wueen said...

Sedapnya tengok. tak pernah lagi kowt merasa air keledek ungu ni. aiskrim pernah lah. hehe

crystal said...

Hi , MayterLynn really is a healthy for all of us especially those who are always forget to take their breakfast, or no time to have their lunch/ dinner.
I'm selling this product, if you're interested on it, you are welcome to contact me for more details.
WeChat: GanCrystal
Whatapps: 012-9182115
Thanks for support :)

Bella Jamal said...

Thanks Crystal. Anyone interested can contact her :)

Instagram

Follow Us