Make Up & Hijab Styling Tea Party

Hi Korang! Pada 29 September 2017 yang lepas, Kak Bell berbesar hati dijemput untuk memeriahkan event Make Up & Hijab Styling Tea Party yang dianjurkan oleh pihak UMMA, NITA Cosmetics dan juga Modvier, Bangsar.


UMMA dan NITA ni, merupakan sebuah koleksi yang diterajui oleh dua adik beradik iaitu Zairin Azman dan Aznita Azman. Mereka mengeluarkan jenama mereka sendiri iaitu UMMA yang menampilkan busana moden dan NITA yang menampilkan barangan kosmetik. Kak Bell mula mengenali jenama mereka ketika kerjasama UMMA & NITA dengan Innershine, kemudian lebih lanjut lagi semasa Women Fest Malaysia Pre-Blogger Party tempohari.

Terdapat banyak koleksi busana yang dijual di UMMA termasuklah jubah moden, skarf, inner dan lain-lain. Btw, UMMA juga ada menyediakan koleksi untuk baju lelaki. Bagi produk NITA pula, sudah tentunya merupakan barangan kosmetik seperti lipstik dan pembayang mata (eyeshadow palette).


Untuk sesi pertama ialah make-up demo oleh Ummi Nasir dan sesi kedua pula adalah hijab styling koleksi skarf dari UMMA. Disebabkan sambutan yang meriah, Kak Bell tak dapat nak rakam video dengan jelas. Sayup-sayup je kedengaran. Itu pun, Kak Bell sampai naik ke tingkat 1 tengok dari atas! Kak Bell yakin semua pun pandai make-up kan. Hari tu, Kak Bell tengok semua yang datang make-up dorang on point. Lebih mampan dari Kak bell hokkay! Hehe. Jadinya korang layankan gambar sahajalah ye. Pada hari tu juga, ada tawaran diskaun 20% untuk semua UMMA scarves dan diskaun 30% untuk semua barangan NITA Cosmetics.


Demo by Ummi Nasir

Hijab Styling


With Aznita Azman & Ummi Nasir

Terima kasih atas jemputan dan juga doorgift dari UMMA & NITA. Bertambahlah koleksi skarf kita sekarang. Bagi korang yang nak tahu lebih lanjut tentang produk mereka, bolehlah klik kat bawah ni kay. Itu aje pun Kak Bell nak cerita. Kay Bye.








CONVERSATION

18 comments:

alia farhan Said said...

Bestnya ada make up demo n hijab styling...
Good thing to attract people to come to their shop

IndoX news said...

Demo seperti ini memang harus dilakukan :D
biar semua wanita memahami cara pakai yang rapi dan benar seperti apa .
your blog is nice, great theme and quality.

Bella Jamal said...

Tq Raven :)

Aneezah Johnson said...

Best pula ada event" macam ni. Teringin juga nak join

Rawlins GLAM said...

Lepas nie adakah Kak Bell akan tampil pakai scarf? Kita nantikannnn

Sebrinah Yeo said...

Interesting event with a combination of the best of both worlds of make up demo n hijab styling! Bet u had tons of fun at this lovely event!

Bro Framestone said...

Adakah yang datang tue semua blogger? Macam tak ramai pun yang kita kenal

Bella Jamal said...

Rawlins Glam Matilah nakkk! Kak Bell menikah nanti pakai crown terus ya.

Bella Jamal said...

Bro Framestone bukan semua blogger dan influencer yang mai. Ada juga customer regular dorang, datin2 vogue gitu. Hehe

Maha Mahu said...

Wanita anggun dan bergaya tampil berani dengan apa gaya. Tahniah kepada majlis pelancaran dan party ini..

Mawardi Yunus said...

wah makin meletup2 event dia sekarang. moga murah rezeki ya.

Beto Rahman said...

wahh wish i can go!!

Bella Jamal said...

Aminnn Mawardi Yunus

Zuhaira Nasrin said...

aira suka sangat tengok kolksi nita cosmetics, semua cantik2 colour lip cream diaa :D

Android Xperia Z3 Gaming Channel said...

wah ! bestnya party ni !! tahniah !!

Haneeza Mohamad said...

wah bestnya dapat join event macam ni.. dapat belajar gayakan shawl, lepas tu dapat produknya sekali.. suka join party macam ni lah huhu

Nadia said...

wow, looks like such a fun event, wish I could attend too

Hanis Masturina said...

Wahh seronoknya event macam ni. Dapat belajar tutorial tudung lagi tuu

Instagram

Follow Us