Health Talk:Breast Cancer Awareness and Diet Cancer Prevention

Hi Korang! Semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Setiap tahun bulan Oktober dipilih sebagai bulan kesedaran bagi Kanser Payudara di seluruh dunia dan umum tahu riben merah jambu digunakan sebagai simbol antarabangsa bagi kempen kesedaran tersebut. Bercakap mengenai Oktober Pink atau Pink Riben ni, Kak Bell telah berpeluang menghadiri satu ceramah kesihatan di Avani Organics, Atria Shopping Gallery pada 21 Oktober 2017 yang lepas. Ceramah kesihatan yang dikendalikan oleh Ms Lim Chooing, Dietician dari National Cancer Society Malaysia (NCSM) mengupas tajuk Health Talk:Breast Cancer Awareness and Diet Cancer Prevention. Acara pada hari tersebut dianjurkan oleh LaMav Organic Skin Science, Avani Organics dan juga Tea Verandah dalam menyokong kempen dari NCSM. Usaha yang dijalankan amat baik bagi memupuk kesedaran  dan menambah ilmu pengetahuan tentang peningkatan penjagaan kesihatan diri kita terutama dari segi pemakanan seharian kita. Sedikit sebanyak, dari ceramah kesihatan ni, Kak Bell dapat menimba ilmu tentang pemakanan dan paling utama mengenai penyakit kanser.



Apakah 7 jenis kanser yang paling popular di Malaysia?
Kes kanser di Malaysia telah meningkat daripada 37,426 kes baru pada tahun 2012 kepada 41,236 kes yang baru pada tahun 2015.Jumlah tersebut, dijangka meningkat kepada 57,000 kes baru jika tiada tindakan diambil untuk menangani kanser payudara. Berikut merupakan diantara jenis kanser yang paling utama di negara kita dan 'Breast Cancer' kekal sebagai kanser utama di kalangan wanita Malaysia.

1)Kanser Payudara (Breast Cancer)
2)Kanser Kolon & Rektum (Colon & Rectal Cancer)
3)Kanser Paru-paru (Lung Cancer)
4)Kanser Serviks (Cervical Cancer)
5)Nasopharyngeal (Head & Neck) Cancer
6)Kanser Hati (Liver Cancer)
7)Kanser Prostat *bagi lelaki

Apa itu Kanser?
Barah atau Kanser adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidakseimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Sel ini bertambah secara tidak normal dan tidak bertambah (replikasi) mengikut aturannya menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal atau juga dikenali sebagai tumor. Tumor boleh dikategorikan sebagai bukan barah (benign) ataupun barah (malignant). Tumor bukan barah tidak merebak ke bahagian tubuh badan atau organ yang lain. Barah pula terdiri daripada sel-sel barah yang sekiranya tidak dirawat boleh merebak ke bahagian tubuh badan yang lain. Sel barah boleh merebak ke organ yang lain menyebabkan komplikasi sistemik. Komplikasi dan kehilangan fungsi multi organ akan menyebabkan kematian.

benign:spread, invasive
malignant: localized tumor, non-invasive



Terdapat banyak faktor risiko yang boleh menyebabkan penyakit kanser. Seperti yang kita ketahui secara umum ianya mungkin berpunca dari keturunan, pemakanan dan sebagainya. Diantara faktor-faktor risiko tersebut adalah seperti berikut:

Faktor Risiko Yang tidak Boleh Diubah
  • Jantina-perempuan (being a women)
  • Peningkatan umur (umur> 55 tahun)
  • Hormon
  • Sejarah keluarga penghidap kanser payudara, kanser ovari atau kolon
  • Sejarah peribadi-payudara yang padat, sukar dikesan melalui mamogram

Faktor Risiko Yang Boleh Diubah
  • Berlebihan berat badan atau obesiti
  • Tidak aktif secara fizikal
  • Tidak menyusukan anak (not breasfeeding)
  • Minum alkohol
  • Pendedahan kepada cahaya matahari (tanning skin)
  • Merokok atau terdedah kepada asap rokok (perokok pasif)

Jika dilihat kepada faktor yang paling utama menyumbang kepada penyakit kanser adalah merokok dan juga faktor diet dan obesiti. Bagi faktor lain, kadar peratusannya adalah kecil. Oleh itu, jika kita dapat menangani 2 dari faktor utama penyebab ini, sekurang-kurangnya 62% dari punca penyakit ini dapat dielakkan. Jadi, dalam entri ini, penekanan akan diberikan kepada faktor pengambilan pemakanan yang sihat dan seimbang.


Berikut merupakan beberapa langkah yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan risiko penyakit kanser. 

1) Penjagaan Berat Badan
2) Amalkan pemakanan seimbang
3) Meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran berdaun hijau
4) Kurangkan pengambilan gula
5) Hadkan daging merah dan makanan yang diproses
6) Aktif secara fizikal
7) Hadkan pengambilan alkohol
8) Katakan tidak kepada merokok


Penjagaan Berat Badan
Kegemukan atau obesiti turut menjadi salah satu punca penyebab kanser. Jadi amat penting untuk kita menjaga berat badan ideal supaya badan kekal sihat. Risiko mendapat penyakit kronik seperti kanser, kencing manis, penyakit jantung dan lain-lain, adalah tinggi jika Body Mass Index (BMI) dan lilitan pinggang (waist circumference) tidak ideal. Untuk pastikan berat badan yang ideal, kita perlu semak Body Mass Index (BMI) dan juga lilitan pinggang. Kat bawah ni, korang boleh semak BMI masing-masing. Boleh rujuk gambar kat bawah ni.

BMI
Weight (kg)/Height(m) x Height(m)

Waist circumference*at risk
>90m bagi lelaki
>80cm bagi wanita


Amalan pemakanan seimbang
Biasanya kalau kita ambil makanan pastinya nasi akan diletak penuh diatas pinggan diikuti dengan hidangan lain. Berikut merupakan portion hidangan yang seimbang yang sepatutnya kita ambil. Nasi atau karbohidrat perlu diambil dalam kuantiti 1/4 daripada 1 hidangan lengkap. Memang sukar untuk kita amalkannya, cara yang senang korang boleh penuhkan pinggan dengan lebih sayuran dan protien dan bahagian nasi diambil akhir sekali.


Cara mudah untuk menganggar jumlah saiz hidangan atau saiz portion adalah dengan menggunakan tangan korang. Pengambilan nasi yang sepatutnya adalah anggaran segenggam tangan. Kalau tengok kepada healthy plate punya guide tu, sah-sah portion nasi tu dah jadi separuh pinggan kan! Lepas ni, Kak Bell akan berusaha dan kuatkan azam makan lebih sayuran hijau dan kurangkan nasi.  Tapi kita takut lapar. Macammana? Hehe.


Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran hijau
Buah-buahan dan sayuran berwarna mempunyai manfaat kesihatan yang khusus kepada kesihatan kita. Semua warna tersebut mempunyai manfaat yang tersendiri. Ini kerana setiap warna mengandungi fitonutrien atau nutrien tumbuh- tumbuhan berlainan yang bertindak sebagai antioksidan untuk melawan tindakan radikal bebas di dalam sel yang boleh merosakkan sel dan akhirnya menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah kanser.

Buah-buahan: 2 serving/day
Sayuran hijau: 3 serving/day


Kurangkan pengambilan gula
Menurut American Heart Association (AHA), pengambilan gula tidak boleh melebihi 9 sudu teh (150 kalori) bagi lelaki dan tidak melebihi 6 sudu teh (100 kalori) bagi wanita. Bayangkan berapa banyak gula dan kalori dalam setin Coca-cola dan teh tarik? Nampak sangat, rakyat Malaysia makan lebih gula kan!


Hadkan pengambilan daging merah dan makanan yang diproses
Pengambilan daging merah seperti daging lembu dan kambing perlu dikurangkan. Begitu juga dengan pengambilan makanan diproses seperti sosej, ham, burger patties dan juga daging barbeque dan grill. Penggunaan arang dalam proses membakar atau barbeku, akan meningkatkan kesan karsinogenik jika dimakan secara terus menerus atau kerap. 

Aktif secara fizikal
Kebanyakan dari kita pasti punya alasan untuk tidak bersenam. Mungkin faktor masa, tiada teman untuk beriadah dan juga faktor malas! Setiap hari, perlu sekurang-kurangnya 30 minit untuk kita aktif secara fizikal. Berlari setempat pun ok juga kan untuk keluarkan peluh?

Cancer screening
Pengesanan awal tanda-tanda kanser dapat menyelamatkan nyawa. Terdapat 3 kaedah yang biasa boleh dilakukan bagi mengesan kanser payu dara.
1) Breast Self Examination (BSE)
2) Clinical Breast Examination
3) Investigative (Ultrasound/Mammograms)

Boleh rujuk gambar di bawah untuk timeline pemeriksaan awal dan umur yang disarankan untuk jalani ujian secara klinikal.



Walaupun benjolan adalah tanda kanser payudara yang paling biasa, beberapa gejala juda dapat kita ketahui melalui pemerhatian. Untuk dapatkan maklumat dan penerangan lanjut 'about your lemon' bolehlah rujuk knowyourlemons.com

Kesimpulannya, mengekalkan BMI yang sihat dan pengamalan diet seimbang dapat mencegah kepada penyakit kanser selain bersenam dan melakukan pemeriksaan / penyaringan badan biasa. Untuk bantuan dan pertanyaan lanjut korang boleh hubungi talian bebas tol 1800-08-1000. Giving hope celebrating life!



Terima kasih buat pihak penganjur yang menjemput Kak Bell untuk sama-sama hadir pada majlis tersebut. Ni buat santapan mata ajalah yer semasa event tersebut. Semoga kita semua kekal sihat senantiasa hendaknya. Amin!






















CONVERSATION

13 comments:

Marshalizadotcom said...

Bulan oktober adalah bulan pink reben & my birthday too. Beat dapat dengar talk tentang breast cancer ni. Banyak input yang dapat boleh sharing untuk sy dan kwn kwn...nice sharing :)

Hilmaslife said...

Yes betul! Breast cancer ni sgt popular skrg..lagi2 cara pemakanan kita yg tak menentu..self examination tu yg penting..saya Radiographer yg buat mammography tu..igat for. Those 40 and above and 35 and above with history of any family had breast cancer, please get consult feom doctor and do mammogram today! 😊

Hanny Abdullah said...

Macam-macam penyakit sekarang ni, risau pulak sis dibuatnya. Paling gerun cancer lah..ada kwn sis dah stage 4 baru tahu, x lama tu meninggal dia.
Bagus ada event sebegini, sekurang-kurangnya dapat beri kesedaran org ramai tentang penyakit kanser dan penjagaan kesihatan

alia farhan Said said...

Saya pernah naik lump skit and jadi macam nak jerawat tu kat bhgua ketiak...risau terus pi check and buat ultrasound...Alhamdulillah xda apa...better check terus ja dari duk runsing sorg2 kan

Annur Syuhadah said...

Good info.
Annur perasan orang kita sekarang selalu pandang enteng perkara ni, sampailah diorang sendiri terkena penyakit ni.
Padahal, dengan pemeriksaan awal, chances untuk survive tu lebih tinggi.
Mommies yang mengandung pun sama, sangat digalkakkan untuk buat PSP dengan kerap.

Lia Hasty said...

Kanser payudara memang penyakit yang ditakuti wanita. Harap dapat buat rawatan awal. Penyakit ni datang x kenal rupa atau peringkat umur.

lurahbikini bottom said...

Waah informasinya sangat detail nih. Apalagi tentang kanker. Memnag benar adanya. Penyakit seperti itu sudah mulai meningkat. Makanya harus lebih berhati".

Shafyqah Azry said...

bagus kempen macam ni kan supaya dpt bagi kesedaran kepada semua. terima kasih for the info, nanti boleh share ke semua orang :)

Maha Mahu said...

Good info dan sharing bagus untuk wanita kena sedar tentang bahaya penyakit ini...

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Kanser payudara , kanser yg palig digeruni kaum wanita . Bagus jugak sekali sekala adakan kempen macam ini . At least dapat serba sedikit info kepada orang ramai .

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Kanser payudara , kanser yg palig digeruni kaum wanita . Bagus jugak sekali sekala adakan kempen macam ini . At least dapat serba sedikit info kepada orang ramai .

Sunshine Kelly said...

This is very important to all the women, I hope more awareness will be created. Thanks for sharing.

Jelita dan Awet Muda said...

Kaum Hawa memang kena selalu peka dengan perubahan pasa diri. Kena buat pemeriksaan payudara untuk kesan kansee lebih awal

Instagram

Follow Us