Resepi Sambal Tumis Telur

Hi Korang! Harini datang kerajinan Kak Bell nak memasak. Dari malam semalam kekononnya menahan diri dari makan nasi selepas balik kerja. Kemudian pulak gigih stay up late siapkan artikel. Jadinya terlajak tidurlah ceritanya. Dah baru dapat cuti, mengemaslah rumah dekat 2 jam. Dah rilex-rilek, barulah fikir nak memasak. Cadangnya nak buat sup telur bersama kentang tapi kentang pula tak ada. Turunlah mak jemah ke kedai. Al-kisahnya pulak semua kedai tutup! Pelik la sekejap padahal semalam baru je menyinggah dan dorang dah stat bukak kedai. Dah tak ada kentang, so resepinya bertukar jadi sambal tumis sambal. As usual, memang konsep memasak Kak Bell pakai bahan yang ada, dan akan masak benda yang senang. Hujung-hujung, lepas ketung-ketang kat dapur mengadap meja makan sensorang. So sad kan? Hahaha. Tengok jugaklah resepi-resepi yang ada sebab kita ni bukannya Master Chef. Tengah menyemak resepi ada nampak resepi yang terlalu berkuah dah macam masak kari, ada yang macam beli sesudu sambal pastu letakkan atas telur rebus, ada juga yang tak goreng dahulu telur, botak licin je Kak Bell tengok. Macam-macam rupa bentuk. Bedal ajelah jemah, asalkan boleh makan. Tapi kalau dah nak tunjuk kat orang tu, elok-elok lah sikit gambarnya kan. Macam Parkinson je aku tengok gambar ko! 

Okey, nah resepi Sambal Tumis Telur. Lepas ni nak siapkan resepi lain pula. Dah ramai yang PM nak resepi petola dengan kentang goreng yang Kak Bell posted tadi. Tunggu ye mak jemaah sekalian. Tengok resepi ni dulu kay!


Bahan-bahan:
4 biji telur rebus 
2 ulas bawang merah
1 biji bawang besar/bawang Holland 
3 ulas bawang putih 
Cili kisar secukupnya
Sedikit belacan
Perasa
Garam 
Gula 

Cara memasak:
1) Rebus telur, kupas dan gorengkan.
2) Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dah dihiris
3) Masukkan cili kisar dan goreng dengan api perlahan, sehingga masak dan garing. 4) Perasakan dengan sedikit gula, garam, belacan dan serbuk perasa jika suka. Kacau sampai sambal berwarna merah cantik.
5) Masukkan telur rebus yang telah digoreng, kemudian masukkan bawang besar yang dihiris.

TIPS!
  • Boleh tambahkan air asam jawa jika suka, kemudian sesuaikan rasa dan kepekatan sambal. 
  • Untuk cili kisar, boleh terus kisar bersama dengan belacan.

Dah pun siap. Sotong tu kebetulan ada sekor je tinggal. Jadi, Kak Bell campakkan dia sekali dalam sambal tumis telur ni, terus jadi sambal sotong jugaklah kiranya ni. Okay, Bye.


CONVERSATION

18 comments:

  1. mengancam sambal telur macam ni.. haihhh. Terimakasih bell.Sekarang nak p masuk dapur..ehehehe. menu simple je jap lg

    ReplyDelete
  2. sambal telur is my favourite tau.
    best ada resipi ni, boleh masak sendirik hehe

    ReplyDelete
  3. Ya Allah lama tak makan Sambal Telur ni sedapnya akak tenghari ni lapo lak...

    ReplyDelete
  4. Kelass sambal tumis telur siap ada sotong lagi...

    ReplyDelete
  5. Kita pun suka yg goreng dlu mcm ni...
    Sedappppp

    ReplyDelete
  6. sha panggil telur rebus goreng tu telur berkedut haha. sedap ni kalau makan dengan nasi panas

    ReplyDelete
  7. Adakah ini sambal sotong dan telur namanya? Haha. Thanks sharing resipi nie

    ReplyDelete
  8. the food looks yummy and I'm always craving for spicy food. thanks for sharing the recipe!

    ReplyDelete
  9. Thanks for the recipe. I will cook it tonight.

    ReplyDelete
  10. Nanti bolehlah post kalau dah masak. Hehe.

    ReplyDelete
  11. Simple yet sedap. Fuhhh, esok nak kena masak ni lah. Senang gilerrr

    ReplyDelete
  12. Alahai dapnye... Saya suka telor..suka sgt makan telor

    ReplyDelete
  13. Kalau org dah pandai masak, campak lah benda susah mana pun sure sedap je. Tapi kalau x pandai masak...simple macam mana pun, rasa ummmm...selalu jadi gitu lah kat sis...hehehe. Bila lah dapat rasa awk masak kan...:D

    ReplyDelete
  14. Bella, masakkan untuk kita please!!! lapar je tengok. padahal telur je tu! :)

    ReplyDelete
  15. Bella pun tak delah pandai sangat. Bolehla gitu3. Kena buat jamuan la ni nanti.hehe

    ReplyDelete
  16. Boleh pulak sambal telur ada sotong yer. Tapi.sambal kak bell tu memang menggoda 😁

    ReplyDelete
  17. Salahsatu fav kita nie wak... tapi menu ini selalunya bermusim... terutama time dapat bunga telur orang kahwin berbanyak balik...

    tapi sejak kahwin dengan orang johor, jarang dapat telur rrebus... asik dapat telur pindang.

    ReplyDelete
  18. Biasa2 masakan ni. Tak pernah makan telur pindang..sedap tak?

    ReplyDelete

Back
to top