Resepi Popia Seaweed Rangup!

Hi Korang! Hari ni Kak Bell cuba buat popia seaweed. Popia seaweed ni dah lama dah popular tapi baru ada masa nak cuba buat. Kebetulan kulit popia tempohari masa buat popia goreng masih berbaki, dan seaweed pun ada. gigihlah Kak Bell mencuba resepi ni. Cara membuatnya pun mudah dan tak perlukan banyak bahan. Makanya, sesuailah dibuat sebagai kudapan untuk menggemukkan lagi badan Kak Bell ni. 


Sebelum nak buat tu, adalah juga tengok-tengok resepi yang ada. Ada yang buat bentuk 3 segi, 4 segi dan pelbagai lagi bentuk kegemaran. Dalam hati tu nak je buat bentuk hexagon, biar tak cliche macam orang lain kan! Katanya nak buat pelbagai bentuk, hujung-hujung potong serong je senang. Renyah lah uols nak buat bentuk susah-susah. Konsep Kak Bell, semuanya buat ala kadar. Tak adalah sampai nak pakai pembaris bila potong seaweed tu supaya ngam dengan saiz kulit popiah. Tapi kalau korang memang jenis rajin tahap gaban, bolehla pakai pembaris, macam nak ukur jalan tu kan. Kalau yang nak berbisnes popia seaweed ni eloklah buat cantik-cantik molek. Barulah ada orang nak beli. Setakat makan sendiri macam Kak Bell ni, lanyakkan aje. Janji jadi! Ok, jom tengok bahan-bahan nak buat popia seaweed ni.

Bahan-Bahan:
Kulit popia
Seaweed
1 biji telur
Serbuk lada sulah

Cara membuat:
1) Pukul telur dengan serbuk lada sulah. Tak nak letak pun ok.
2) Sediakan kulit popia, sapukan telur atas kulit popia tadi dengan menggunakan berus atau sudu.
3) Letakkan seaweed diatas kulit popia tadi.
4) Potong kepada 2 bahagian dan gulungkan. Buat sampai habis.
5) Setelah itu guntingkan kecil-kecil secara menyerong.
6)  Biarkan popia yang dah dipotong serong kering dan keras seketika.
7) Gorengkan.

TIPS!
  • Boleh gunakan bahan tambah lain seperti chilli flakes, lada sulah, perisa serbuk maggi pun boleh.
  • Sebelum goreng, biarkan popia seaweed tadi hingga ia betul-betul kering dan keras.
  • Pastikan minyak betul-betul panas sebelum goreng.

Hinanya rupa paras! Maklumlah jam 2 pagi gulung popia ni!

Kalau korang nak buat bentuk lain, lepas step 3, sapukan sekali lagi telur dan lekatkan dengan sehelai kulit popia, then boleh potong kepada bentuk 4 segi. Kalau nak buat bentuk bulan, bintang dan planet, pepandailah ikut kreativiti korang. Btw, Kak Bell gulungkan popia tu guna chopstik. Pastikan, jangan terlalu kejap atau ketat semasa menggulung. Nanti tak boleh nak cabut pulak chopstik korang. Bukannya apa, supaya saiz gulungan tu lebih kurang sama je. Nanti ada pulak yang rollnya besar kayu balak. Kalau nak ada perasa lain, bolehlah sprinkle chilli flakes dan yang sewaktu dengannya sebelum korang gulung.

Kulit popia seaweed yang dah dipotong 2 then gulung

Kulit popia yang disapu dengan bancuhan telur tu bertujuan untuk lekatkan seaweed dengan kulit popia. Kalau tak nak pakai telur, pakai air biasa pun boleh. Leceh jugaklah, sebab kulit popia tu akan melekat-lekat. Seaweed tu pakai je apa-apa brand. Bagi yang particular tu, carilah yang Halal. Seaweed tak de cop halal tak nak makan, padahal entah makan makanan entah apa-apa kat luar tu takde pulak nak pikir halal haram. Tibahh! Ada ke yang macam ni? Kita assume aje pown. Tak payah sentap kay!

Ok, beginilah hasilnya selepas dipotong serong. Moleklah tu kan? Kalau nak resepi lain untuk popia, boleh klik sini > Resepi Popia Goreng SimplePopia Vietnam.


Nanti semasa korang goreng, pastikan goreng sekejap je. Tak payah lama-lama sebab popia seaweed ni cepat garing. Kak Bell goreng ni pun macam dah terlebih warna keemasannya. Nasibnya tak rentung! Haha. Dont worry, pasti akan rangup punya. Kebetulan ada pulak lebihan perasa sasame untuk buat sushi haritu. Kak Bell tabur je makan dengan nasi biasa. Fefeling nasi sushi. Walaupun popia seaweed Kak Bell ni tak adalah cantik mana, siap ada yang PM nak order tau. Siap tanya harga lagi. Nanti kalau rajin, iols bisnes popia seaweed ni yer. Ok, selamat mencuba.


CONVERSATION

7 comments:

Aneezah Johnson said...

Waa,senang je nak buat rupanya

Md Ruzai bin Daud said...

sedap ni...

rubydotmy said...

MasyaAllah sister, rajin ya awak ni. Hahaha. Teringin makan popia tu. Bila tah nak buat. Hahaha

Mia said...

oh my, I LOVE this, I always eat this during Chinese new year haha, great post!

Maha Mahu said...

Ohh senang jer sebenarnya nak buat Popia rangup ni boleh lah kita cuba raya nanti heheheh tahun depan lah nampaknya...

Jane Chua said...

My children love this food so much. Will try to make it for them.

Bella Jamal said...

Renyah nak menyedia je. Goreng sekejap sangat garing!

Instagram

Follow Us