DubuYo Raikan Ulangtahun Ke-6 Dengan Syupeo Ramyeon

Hi korang! Tak payah ditanya, setiap dari kita memang suka menjamu selera kan? Tambahan pula makanan yang sedap-sedap, pasti cepat sahaja tular dan viral. Minat dan budaya makan-makan ini bukan sahaja melibatkan hidangan tempatan sahaja, tetapi juga hidangan antarabangsa. Pasti tak asing lagi, salah satunya sajian negara Korea yang menarik minat rakyat Malaysia. DubuYo, restoren makanan Korea asli di Malaysia telah menyahut cabaran untuk membawa cita rasa Korea ke negara kita.

Syupeo Chicken Ramyeon & Honey Mustard Wings

Pada 20 September 2017 yang lepas, Kak Bell dijemput untuk meraikan ulangtahun ke-6 DubuYo di DubuYo Sunway Velocity Mall. Sempena ulangtahun ini, DubuYo telah melancarkan menu terbarunya iaitu Syupeo Ramyeon, yang turut dikenali sebagai "Super Ramyeon". Terdapat 2 gandingan menu iaitu Syupeo Chicken Ramyeon dan Syupeo Beef Ramyeon. Kedua-duanya dihidangkan dalam sup berperisa yang berkualiti bersama dengan Korean noodles kenyal pasti menambat selera buat peminat makanan Korea. Dalam Syupeo Chicken Ramyeon tu, ada ayam goreng ranggup yang lembut, dumpling Korea, telur rebus dan juga Kimchi. Manakala Syupeo Beef Ramyeon dihidangkan bersama dengan hirisan daging lembu Australia dan juga cendawan Enoki. Korang jangan risau, semua daging yang dihidangkan di DubuYo disahkan HALAL oleh JAKIM.




Walaupun DubuYo menghidangkan sajian dan budaya Korea, sajian mereka masih berjiwa Malaysia dan akan memastikan sajian yang dihidangkan mereka benar-benar lazat. Wong Kah Yong, Chief Operations Officer of TCRS Group of Restaurants berkata, "DubuYo sentiasa mengutamakan keaslian sajian Korea kami, yang memaparkan cita rasa unik dan budaya Korea kepada rakyat Malaysia."

"Kami berhasrat untuk meraikan ulangtahun ke-6 kami bersama pelanggan kerana rakyat Malaysia telah jatuh cinta dengan Korea, terutamanya terhadap hidangan yang kami tawarkan. Dengan sajian "Super Ramyeon" yang baru ini, kami percaya pelanggan kami bukan sahaja akan kembali untuk menjamu selera lagi, tetapi akan merasakan seolah-olah mereka berada di Korea selepas merasai mi kami yang lazat." tambah beliau.

Pada hari tersebut, turut hadir adalah pihak media dan juga blogger untuk merasa "Super Ramyeon" yang baru ini. Selepas ucapan aluan oleh  Ketua Pegawai Operasi Restoren Kumpulan TCRS dan seterusnya perasmian menu baru Super Ramyeon, barulah kami dihidangkan dengan Syupeo Chicken Ramyeon. Memang banyak menu yang DubuYo hidangkan, sampai tak terlarat nak habiskan. Cendawan goreng dorang memang sedap! Ranggup! Bagi peminat ramen Korea, harus cuba menu ni. Siap ada dumpling.





Selain dari menu Super Ramyeon, DubuYo turut memperkenalkan hidangan lain Chicken Soondube Jigae iaitu stew tofu Korea yang dijual secara ala-carte pada harga RM6 dengan setiap pembelian mana-mana set Soondube Jigae. Tawaran menarik ni bermula pada 1 Oktober 2017 sehingga 17 November 2017. Untuk harga Super Ramyeon boleh rujuk di bawah. Btw, harga berikut adalah untuk tempoh masa terhad sahaja. Silalah rasa sebelum promosi tamat ya!

Syupeo Chicken Ramyeon RM20.90 (ala-carte), RM23.90 (set)
Syupeo Beef Ramyeon      RM22.90 (ala-carte), RM25.90 (set)
Honey Mustard Wings       RM19.60 (ala-carte), RM23.10 (set)

Chicken Soondube Jigae


Bagi memeriahkan lagi sambutan ulangtahun ke-6 mereka, DubuYo juga sedia hidangkan kepada pelanggan Citron Dubu kecil secara percuma. Pelanggan hanya perlu mengambil gambar bersama dengan risalah menu Super Ramyeon dan memuat naik gambar tersebut di akaun Instagram atau Facebook.

Buat masa ni, terdapat 14 outlet DubuYo di Malaysia. Diantaranya di Mid Valley Megamall, Sunway Putra Mall, Berjaya Times Square, Sunway Pyramid, NU Sentral, Quill City Mall, IOI City Mall Putrajaya, SOGO dan lain-lain. Sekiranya korang ingin mencuba makanan Korea, bolehlah ke outlet DubuYo terdekat anda.

Untuk maklumat dan promosi DubuYo, bolehlah lawati akaun media sosial DubuYo berikut.




CONVERSATION

11 comments:

Hanny Abdullah said...

Sedapnya lahaiiii tengok makanan2 ni. Teringin lah pulak, nnti dah sihat nak cuba lah..:D

Shafyqah Azry said...

sedapnya, sambil baca post ni sambil telan air liur haha harga pun berpatutan. bila bila kena try lah

Maha Mahu said...

pyeonghwaga neoegeiss-eulgeoya tengok makanan kat sini terus pandai cakap korea wakakakak sedap tapi Kimchi kita kuran sikit...

Bella Jamal said...

Tak semua saya suka. Sama jugak tak suka Kimchi. Dah cuba 3,4 kali tetap i tak boleh hadam! Hehe.

Haneeza Mohamad said...

ya Allah temptingnya.. dah lah kita memang suka makan dekat Dubuyo and korean food.. menyesal buka blog ni hahaha bertambah wishlist craving kihkih

Aneezah Johnson said...

Yummm.semua nampak sedap

alia farhan Said said...

Omgeee...seddapnya...
Suka makanan korea sbb byk side dish sayur2 tu...
Fuhhh mesti sedap

Nadia said...

wow, a big fan of Korean food, looks like its a must try! thanks for the info!

Mawardi Yunus said...

jahatnya awak , lapar dah kita malam2 ni ha..

Bella Jamal said...

Kita pun lapar. Tengah menanak nasik! OMGG!

Bro Framestone said...

Hidangan korea tue.... Ala kita xminat korea, so tak beberapa kenal sangat makanan dorang. Tapi kalau ajak makan, sure xde masalah. Teringin juga nak rasa.

Instagram

Follow Us