Cara Mudah Tukar Domain blogspot.my Kepada .com

Hi Korang! Harini Kak Bell nak kongsikan sedikit info untuk menukar domain blog. Sebenarnya, memang Kak Bell zero knowledge tentang html, coding dan yang sewaktu dengannya. Memang dari zaman Universiti pun, seriously failed sebab tak paham dan tak masuk ke dalam otak ni. Rasa nak menangis je sebab tak paham. Nasib baiklah kos luar fakulti. Kalau tak memang bungkus lah jawabnya dik non! So, bila dah mula berkecimpung dengan blog ni, barulah Kak Bell belajar sendiri, sedikit-sedikit. Kadang-kadang tu, dah tanya orang, macam mana pun tetap tak paham jugak. Kalau dah tak faham sangat, hujungnya minta bantuan dari orang yang lebh arif. Nanti Kak Bell makan kismis banyak sikit supaya cepat faham yer. Haha.

Sumber Google

Walaupun hanya blog persendirian, rasanya penukaran domain berbayar ni memang perlu untuk buat blog kita nampak lebih profesional. Pilihlah nama domain yang elok-elok sikit kan. Lagi singkat url blog, lagi senang pengunjung nak ingat dan datang semula ke blog kita kan? Btw, ianya hanyalah optional. Terpulang, hak masing-masing. Untuk penulisan ni ianya adalah dari pemahaman Kak Bell sahaja. Disebabkan memang kita tak pandai benda ni, kalau ada kesilapan bolehlah diperbetulkan. Disebabkan Kak Bell pun masih newbie dalam bidang ni, entri ni hanya sebagai guide kepada pengguna blogspot.my untuk menukar domain kepada .com.

Penjual domain

Buat makluman, untuk buat website, korang perlu beli: HOSTING+DOMAIN. Domain adalah alamat website, eg. www.kakiputar.com dan Hosting pula ialah ruang di dalam server untuk simpan kesemua file-file website seperti file gambar, tulisan, video, audio dan sebagainya. Disebabkan Kak Bell menggunakan hosting dari blogspot, jadi tak perlulah membeli hosting yang lain. Cuma perlu beli domain sahaja. Sebelum menukar domain di blogspot, semestinya lah kita perlu membeli domain daripada pembekal domain dahulu. Terdapat banyak pembekal domain yang ada, pilih sahaja yang mana dirasakan berbaloi, murah dan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan. Antara yang popular, adalah seperti GoDaddy, NetKL, KLServer, dan lain-lain. Disebabkan Kak Bell membeli domain di NetKL, so iols akan tunjukkan cara membeli domain dengan NetKL.

1) Masuk ke laman NetKL.

2) Pada bahagian menu, pilih Domain. Kemudian pada bahagian submenu pilih Custom Domain Services dan pilih Use at Blogspot.com (without Email Package).
Domain > Custom Domain Services > Use at Blogspot.com (without Email Package)


Perbezaan dengan pakej with Email Package, pakej yang ni tanpa Hosting. Kita akan gunakan hosting asal dari blogspot. Jika korang beli pakej with Email Package, ianya datang dengan 1GB Storage Space (i.e 1GB = RM30 per year ). Selagi korang renew untuk bayar kos hosting setiap tahun, domain yang diberi juga adalah percuma. Nanti korang boleh baca details tentang pilihan tersebut dan tekan > Order Now. 


3) Masih di step ke-2 untuk Domain Option. Pilih pilihan atas sekali > I want NetKL Network to register a new domain for me, kemudian masukkan nama domain yang korang dah pilih tadi dalam kolum bertanda no.2 dan > Click to Continue.


4) NetKL akan semak nama domain tadi jika available. Seterusnya > Click to Continue.

5) Masukkan address/URL blogspot korang then > Add to Cart


6) Sahkan pembelian anda. Pada ruangan confirm order, masukkan butiran peribadi termasuk alamat dan daftar sekaligus untuk NetKL.

7) Buat pembayaran. Pembayaran boleh dibuat samada online transfer atau Paypal. Simpan screenshot bukti pembayaran.

8) Checkout bila dah selesai dan akan pergi ke ruangan invoice.


9) Dapatkan nombor invoice dan emel ke to support@netkl.com bersama dengan bukti pembayaran. Notify yang bayaran dah dibuat. Email akan dihantar bila pihak NetKL terima emel notification pembayaran tadi.


10) Kemudian, tunggu email untuk Verify contact information untuk domain XXX.com yang dibeli tadi untuk menandakan, korang adalah pemilik SAH domain tersebut. Verification hendaklah dibuat dalam masa 24 jam setelah email dihantar bagi mengelak domain yang dibeli tersebut di suspend selama-lamanya.

Dah selesai proses pembelian. Btw, untuk re-configure Kak Bell suruh pihak NetKL yang buatkan sebab iols tak pandai. Tahniah! dah boleh mula berblogging dengan domain .com yang baru. Happy memang happy, tetapi korang kene set semula code untuk iklan adsense dan nuffnang. Yang sedihnya, adsense baru je approved dah tak muncul. Nanti Kak Bell share pasal macam mana nak re-apply adsense selepas tukar domain. Baru je dapat kumpul beberapa dollar buat beli cekedis. Haha. Harap-harap, approved la semula adsense ni. Kalau ada kesilapan atau info tambahan bolehlah tulis di ruangan komen kat bawah ni kay. Xoxo.




























CONVERSATION

21 comments:

luqman zakaria said...

Wah..thank you for sharing Bell! I pon tak tahu mcm mana nak beli domain..sebelum nih orang lain buatkan..hehe

Bella Jamal said...

Welcome. Bolehlah kongsikan. Sharing is caring kannn. Haha

Lina Shaza said...

tula...lina pun suruh orang yang buatkan...tak berani nak buat sendiri...next time boleh la ikut tuto bella ni

Bella Jamal said...

Yup. memula takut juga. Bella bedal jek!

Amanda Suria said...

bila dah ada domain sendiri ni baru client pandang kita Bella....

Sejarah Islam Pahang said...

bagusnya tips ni ^^

Mokomira Hanamichi said...

Bestnya...teringin nak ada domains Sendiri tapi saya masih newbies dalam blogspot. Huuuu..kene bookmarked

Zuhaira Nasrin said...

aira pun ada niat nak tukar jugak ni..

Bella Jamal said...

Begitulah kehidupan ye Kak SA. Utk yg lain, sy pun baru je lagi tukar domain. Sesama sharing :)

Sang aura said...

wahhh...Mudah aje rupanya.. bolehlah SA buat sendiri

Afizah Abd Rahman said...

Good info untuk orang yang nak tukar domain. I baru jugak tukar domain end last month selepas 8 tahun blogging. Buat dengan netkl jugak. And masalah kita sama. Iklan adsense tak kluar lepas tukar domain. Kena tunggu at least 3 weeks baru iklan kluar.. huhuhu...

Sherry Saw said...

yay good to know this. I wanna change other blog to .com but not sure how. I forgotten how to do as last time helped by a friend.

Wendy Pua said...

tahniah, macam ada umah sendiri kan!
best best!

Bella Jamal said...

Tq juga buat kawan2 yang tunjuk ajar.

Ainniah Zulkefli said...

TQ Kak Bell, share steps ni. Dulu pernah tukar kepada .com, tapi tu pun orang buatkan. Lama2 bertukar kepada .blogspot.my semula sebab tak pandai sangat. haha

Cik Puan Ena said...

Tq sharing this tips.. easy to follow the step

cc kak fas said...

Bampak macam senang tu... akan usha nanti sbb kita ni pun buta IT haha...

Salina Johari said...

Sal pun tgh bertatih lagi tentang domain ni. Banyak lagi kena cari gali..

Ika Sani said...

Wah Ika dah lama tukar domain. tapi mcm nak tukar nama domain lagi sekali boleh ke? Ke kena buat blog baru?

Bella Jamal said...

Boleh je nak tukar..kena beli domain yang barulah.

jessie koo said...

Thanks for sharing. Having a dot.com really increase credibility

Instagram

Follow Us