Chiang Mai Getaway - Day 3 (Part 2)

27/7/2017 (Part 2)
Hi Korang! Let's baca sambungan Chiang Rai Tour untuk part 2. Usai makan tengahari dengan jayanya, perjalanan diteruskan ke perkampungan Kayan untuk melihat-lihat sendiri kaum leher panjang Karen (Padaung Longneck Tribe), Akha dan Yao Hill Tribe. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 25-30 minit sesambil makan buah nanas mini yang dibeli tadi. Walaupun dah makan tengah hari, aktiviti makan tetap diteruskan. Makan buah-buahan aje pun. Pencuci mulut gittew.


Puak Kayan ni sebenarnya berasal dari negara Myanmar. Disebabkan konflik dengan rejim tentera Myanmar pada akhir tahun 1980-an, puak Kayan ni telah melarikan diri ke kawasan sempadan Thailand. Diantara suku kaum yang ada di perkampungan ni ialah Padaung Longneck Tribe, Akha Tribe dan Yao Hill Tribe. Untuk kenal pasti dorang ni dari puak mana adalah melalui bentuk pakaian dan aksesori mereka. Ada yang pakai cincin leher yang panjang, subang besar sampai cupingnya berlubang dan lain-lain. Nanti Kak Bell tunjukkan satu persatu ye anak-anak. Gambar kat bawah ni masa memula masuk ke dalam kawasan perkampungan dorang. Untuk bahagian depan ni, kitaorang melawat gerai kepunyaan Akha Tribe. Di Thailand, Puak Akha diklasifikasikan sebagai salah satu dari enam suku bukit, sebuah istilah yang digunakan untuk semua suku kaum yang berpindah dari China dan Tibet sejak beberapa abad yang lalu. Termasuklah dengan puak-puak lain yang Kak Bell bagitahu tadi. Banyak antara mereka ni, mendiami kawasan hutan di sempadan antara Thailand, Laos dan Burma. 



Jika korang masuk ke semua kampung Akha, akan terdapat satu pintu kayu yang dihiasi dengan ukiran yang menggambarkan imej lelaki dan wanita. Ia dikenali sebagai "pintu roh". Ia sebagai menandakan kawasan pembahagian antara bahagian di dalam kampung dengan kawasan luar, alam semangat (realm of spirits) dan hidupan liar. Fungsi gerbang untuk menangkis roh-roh jahat. Bam Jina dah bagitahu semua model supaya jangan usik atau memegang patung kayu tersebut. Motip ukiran kayu tu, tidak berbaju dan tak berseluar bagai, tak delah kitaorang tahu pulak. Korang jangan nak gatai-gatai usik pulak. Mana tahu buatnya tak nak balik, nak duduk sini pulak sambil memakai gegelung leher. 

Mystical wood statues

Dorang ni kebanyakkannya memang peramah sebab dah biasa dengan kunjungan pelancong. So, semua model tak melepaskan peluang untuk mencuba costume dorang yang ibarat 'headgear' pertandingan Miss Universe ni kan. Memasing tak nak kalah ni. Btw, jangan korang ingat boleh terlepas setelah mencuba itu dan ini. Ceritanya, kenalah beli uols buah tangan kat dorang ni. Tak gitu? Haha. Kak Bell tengok muka dorang ni macam Kan Nab, Kak Esah pulak. Macam muka orang Melayu kan? Dah habis propa kat sini, beli 2,3 barang, kitaorang pergi ke tempat kaum leher panjang pula.

Akha Tribe costume



Wanita suku Kayan Lahwi atau Padaung Longneck Tribe terkenal dengan memakai cincin leher, gegelung tembaga yang diletakkan di leher yang bertujuan untuk panjangkan leher dorang. Kalau bagi mat saleh, dorang lebih dikenali sebagai "giraffe women". Tak baik tau carut dorang ni macam zirapah. Jahat tau! Wanita-wanita Padaung ni memang dah biasa dah kalau pelancong datang, mereka dah bersedia untuk beri penerangan, bercerita dan juga bersedia untuk berselfie dan berswafoto bersama-sama. Macam model dah yer, pandai berpose hokkay! Natural gittew, kalah model-model yang datang nih! Dah tentunya kita semua ni rasa kagum dengan leher dorang kan. So, dorang dah ada sediakan satu set cincin leher untuk pelancong cuba. Btw, cincin leher tu tak adalah sama macam yang dorang pakai. Berapa tahun pulakk nak tunggu siap lilit kat leher korang nanti kan. Kalau halus je leher macam model Tyra Bank tak apalah, tapi kalau dah besar kayu balak? Gurau aje kay.


Berikut ni ada 4 orang model sedang menggayakan gegelung leher tembaga ni. Korang vote cepat yang mana satu boleh jadi Miss Tourism Chiang Rai. Waktu ni kitaorang kelakar sangat sebab Ms Tyra kan kurus, model sesangat. So, gegelung tu bila dipakai menampakkan ada sedikit ruangan disitu. Walhal yang kitaorang ni nasiblah muat-muat je. Kitaorang fikir, kalau pakai ni kan tak selesa, dengan suasana panas lagi mestilah kepam area leher kan. Untung sangat Ms Tyra sebab kat leher dia ada ruang. Boleh lap peluh katanya! Tu yang kitaorang gelak tak hengat sebab kenakan Ms Tera, siap boleh seluk tangan dalam tu siap garu-garu lagi kan! Haha. Sampai tak kelakar kitaorang ni? Kalau tak paham lantak korang. Yang penting Kak Bell kelakar. Tengah menaip ni bila teringat sampai tergelak-gelak.


Katanya, tujuan mereka memakai cincin leher ni adalah sebagai identiti budaya (berkait dengan kecantikan) dan dikatakan juga bahawa gegelung tersebut resemblace to a dragon bagi wanita Kayan seperti dalam cerita Rakyat Kayan. Selain itu juga, kegunaan gegelung tersebut untuk melindungi wanita Kayan daripada gigigtan harimau. Mungkin tujuan tersebut adalah simbolik ajelah. Kalau harimau tu tak gigit leher, boleh je dia kokak kepala ke tangan, kaki terus kan. Btw, korang jangan risau, ada juga yang pakai kat kaki gegelung ni yer. Macam-manalah nak jalan ek? Buatnya nak tercirit, mahunya tercirit dalam seluar sebab tak sempat nak larik! Haha  

Model tak dia? Pandai speaking hokkay!

Kat bawah ni Yao Hill Tribe dan juga dikenali sebagai Mien. Dorang ni merupakan puak minoriti yang berasal dari China and Vietnam. Katanya, puak Yao ni lari ke sini semasa Pemberontakan Miao terhadap dinasti Ming. Dari segi pakaian dorang, memang nampak sangat ada unsur-unsur dari negara China. Maaflah, Kak Bell tak taste la custome ni. Nanti kalau dah cuba pakai, kena beli barang pulak. Hiks!


Yang ni pulak, fesyennya dengan memakai subang besar yang membuatkan cuping dorang berlubang. Then, gegelung tembaga tu dipakai di bahagian kaki. Tujuannya mungkin samalah untuk menakutkan rimau dan kecantikan gamaknya. Masa kitaorang lalu disepanjang gerai tu, ada yang sedang menenun dan ada juga sedang bermain gitar tradisional ye. Btw, gambarnya Kak Bell tak ambiklah pulakk.



Wanita Kayan ni mula memakai cincin leher ni dari zaman kanak-kanak, sekitar usia 4 atau 5 tahun. Gelung cincin ni akan ditambah pada setiap tahun dengan menambah lebih banyak lilitan bersesuaian dengan berat badan doranglah. Gegelung tu katanya seberat 25 paun! Kak Bell dah angkat dah gegelung yang separuh tu pun dah berat, inikan pulak yang dia tengah pakai ni. Memang berat uols. Kalau anjing kejar pun, Kak Bell tak mampu nak lari apatah lagi harimau.




Sebenarnya, berat gegelung yang dipakai tu akan menekan bahagian dada dan bahu dorang. Lama kelamaan, bahu dorang ni akan lowered, jatuh dan menyebabkan leher dorang tu nampak panjang. Lebih lanjut korang boleh tengok gambar kat bawah ni nanti. Wanita Kayan ni akan pakai benda alah ni sepanjang masa, even masa tidur pun dorang pakai. Kebiasaannya, gegelung ni memang jarang sekali ditanggalkan, kalau tanggalkan pun sebab nak ganti dengan yang lebih panjang dan tentulah lebih berat. Proses nak tanggalkan pun rumit dan mengambil masa. Kebanyakan dari dorang, memang prefer pakai cincin leher ni sebab keadaan leher dorang yang dah memanjang dan lebam. Untuk elakkan lebam, dorang akan lapik dengan kain kat leher dorang. Tak boleh lah Kak Bell bayangkan macam mana. Tak selesa kot! Yang penting pompuan je yang pakai benda alah ni. Kaum lelaki tak de pulak pakai apa-apa aksesori.



Sepanjang-panjang ni merupakan gerai dorang menjual hasil kraftangan dan budaya dorang. Kebanyakkan barang jualan lebih kurang sama je.




Okay, sekarang ni masuk part yang kontrovesi sedikit. Actually, pihak berkuasa Thailand tidak memberi taraf kerakyatan kepada Kaum Kayan dan tidak membenarkan mereka untuk tinggal di luar kawasan kampung pelancongan sebab mendakwa mereka adalah pendatang ekonomi dan bukan pelarian sebenar. Ada diantara mereka yang memang masih teguh dan sanggup meneruskan tradisi tetapi ada juga yang merasa tertekan demi mempertahankan adat yang menyakitkan untuk mencari nafkah. Yelah kan, kerja apa je yang boleh dibuat bila dah pakai gegelung berat kat leher kan. Tradisi eksotik ini telah memberi inspirasi kepada penciptaan kampung-kampung pelancongan seperti yang kitaorang lawati ni. Ada yang sanggup tinggal disini dengan permit kerja atas tiket pekerjaaan dalam bidang pelancongan. Tanpa kewarganegaraan, akses kepada utiliti seperti elektrik, jalan raya, penjagaan kesihatan dan sekolah untuk pendidikan adalah terhad. Btw, masa kitaorang kat sana, keadaan dah sedikit berubah. Kata Bam Jina, dorang pun dah ada yang mendapatkan pendidikan dan juga kemudahan asas elektrik. Dah ada nampak piring Astrok tu kira oklah kan. Bagi Kak Bell, kalau pihak berkuasa Thailand salurkan kewangan hasil pelancongan kat situ kembali kepada dorang, kira oklah. Bukan dengan menjadikan budaya dorang hanya sebagai peluang untuk mengaut keuntungan. Gituh!



Destinasi seterusnya, dan yang ke-3 ialah ke Mae Sai Market. Perjalanan dari perkampungan Karen mengambil masa lebih kurang 50 minit. Mae Sai adalah bandar paling utara di Thailand dan terletak sangat dekat dengan Myanmar (Burma). Negara Myanmar dan Thailand dihubungkan oleh satu jambatan pendek sebagai sempadan diantara kedua-dua buah negara. Pasar Mae Sai secara tradisinya memang terkenal dengan batu permata dan jed. Kat sini korang boleh boleh membeli-belah pelbagai jenis benda seperti beg, baju, batu permata, jed, aksesori dan sebagainya. Kena pandai tawar-menawar harga kat sini untuk dapatkan harga lebih murah. 


Dah alang-alang kat sini, so Kak Bell belilah gelang jed ni. Kalau dah kat Malaysia, memang taklah Kak Bell nak beli kan. Terdapat banyak color range untuk jed. Ada yang berwarna hijau, putih, oren, kuning, lavender, dan juga kelabu. Warna yang paling berharga adalah warna hijau zamrud yang terang dan separa telus. Orang Cina merujuk jed sebagai "yu", yang bermaksud "syurgawi" atau "imperial". Oleh itu, ia dianggap sebagai batu permata yang kelass la dalam budaya Cina. Katanya, jade imperial ni hanya ada di Burma (Myanmar). Kata penjual tu, warna yang cerah-cerah sesuai untuk orang muda. Biasanya, yang hijau gelap-gelap tu untuk nenek-nenek gitu. 

Ni pic terkena kuali. Eching2 tunjuk pakai gelang jade

Sampai dah ke kemuncak acara untuk episod hari ke-3 kat Chiang Rai. Sekarang semua model dibawa untuk menaiki bot panjang ke Laos dan pergi ke kawasan Golden Triangle di sungai Mekong yang merupakan sempadan bagi 3 buah negara iaitu Thailand, Laos dan Myanmar. Golden Triangle ni dahulunya sedia maklum dikenali sebagai tempat perdagangan opium. Kitaorang dibawa menaiki bot menghala ke arah Myanmar untuk tengok kawasan Segitiga Emas dan kemudian barulah pusing balik ke arah Laos.

Seberang sungai Mekong adalah negara Laos

Jeti kawasann Thailand

Ini dia long boat yang membawa kitaorang ke Laos menerusi Sungai Mekong. Sungai Mekong ni merupakan sungai ke-12 terpanjang didunia. Scary uol masa naik bot ni. Terasa sungai ni sangat luas, dalam dan airnya sangat deras. Btw, warna airnya sangatlah coklat macam teh tarik. Tak surelah, jika ianya disebabkan oleh hujan atau memang semula jadi warnanya begitu. Memang tak nampak apa uols.


Di sebelah Laos, korang akan nampak ada 2 buah kasino dan 1 kasino di Myanmar. Dahlah dekat tepi sungai, naik bot je ha. Kalau korang nak tahu, perjudian kasino adalah dilarang di Thailand. Jadi, rakyat Thai ni akan pergi ke Laos atau Myanmar untuk berjudi. Kalau nak jauh sikit bolehlah datang naik Genting kan! Memula ingatkan kubah besar tu masjid ke apa, rupa-rupanya kasino yer. Laos pun tak nak kalah, sampai 2 bijik pulak tu. Dahlah sekangkang kera je jaraknya. Okay, ni korang saksikanlah keadaan di atas Sungai Mekong.


Sekarang ni, semua model pun dah dapat jejakkan kaki ke negara Laos. Cuma dipinggiran ajalah melawat-lawat kat Laos Market (Pak Beng Market) di kampung Donsao Island. Kat sini ada terdapat jualan beg imitate tak tahulah beg kelass AA ke AAA. Btw, logo brand tu memang fake uols. Adalh kecacatan pada nama logo tu kan. Masa kat situ, ada satu kedai jual 'exotic liqueurs'. Memang geli gilalah Kak Bell tengok. Ada kura-kura, kala jengking, ular tedung, cicak dan yang paling hebat ialah penis harimau yer! Terkejut Kak Bell tengok penis harimau tu, punyalah panjang hokkay. Tengok pulak ada pelancong yang cuba minum minuman exotik tu. Aiyoo, geli-gelaman lah dibuatnya.



Balang ke-4 dari kiri tu penis harimau!

Dah sudah habis satu pusingan kat pasar ni, kitaorang pun beredar semula balik ke kota Chiang Mai. Kitaorang pun dah penat gila dah ni sehari suntuk dengan perjalanan yang agak jauh. Masa korang nak naik bot ke Laos, ada orang kat situ yang akan ambil gambar korang. Tapi dia ambik memang pantas sampai tak perasan. Nanti bila korang dah habis trip berjalan ke Laos Market tu, dorang akan tunggu dengan gambar korang siap berframe lagi. Disebabkan gambar Kak Bell tak cantik, so kita tak beli. Haha! Perjalanan balik semula ke kota Chiang Mai ambik masa 4 jam perjalanan. Laluan balik, Dave ikut jalan lain dan perjalanan terasa teramat lambat. Dahlah jalan sunyi, jalan hutan kot. Tak sabar tunggu kawasan yang dah ada nampak cahaya lampu. If dah nampak tu, maksudnya dah nak sampai lah. Memasing pun dah lapar, semua model pun bantai tido ajalah. Sampai Chiang Mai pun, sah-sah kedai makan Halal dah tutup. Jadinya, kami makan jajan dan megi ajalah beli kat 7E. Walaupun hari ni penat, tapi puas hatilah sebab dah malam terakhir kat sini. Besok dah balik ke KL semula. Untuk keesokan harinya, kitaorang melawat destinasi terakhir ke Bor Sang Umbrella Village. Tamat juga akhirnya cerita dihari ke-3 episod Chiang Rai Tour. Ok, Kak Bell nak tidur dah. Esok nak pi event pulak. K bye.

















CONVERSATION

16 comments:

Wendy Pua said...

I love to know more Puak Kayan Always!
Thanks for Sharing it with Me!

Amanda Suria said...

Akak dah pi sini jugak...dulu takde la besar mana pun kampung ni tapi sekarang macam dh besar giler...Laos pun akak masuk tapi kena serang dengan budak2 kecik mintak sedekah...

Kak Su @KakSu ~ Membantu ibu2 dirumah membina blog dan bisnes online said...

Bell , just curious.. dorang waktu tido tangal cincin leher tu ke atau tido camtu aja? adohaii boleh lena ke tidor ngan cincin di leher tu, tapi kiut lah adik2 kecik di pakai kan cincin kat leher, tapi yang pakai kat kaki tu, nape pulak ya, eksotik betul puak ni nya fashionista hahaha

Bella Jamal said...

Welcome Wendy Pua :)

Bella Jamal said...

Ye Kak SA. Dah besar juga. Tengok gambar yang terbentang luas tu kawasan dorang..

Bella Jamal said...

Ye Kak Sue. Dorang akan pakai kat leher dorang tu semasa tidur dan setiap masa. Lagipun dorang lagi suka pakai sebab bila dah tanggal tak cantik kata dorang. Fungsi pakai di kaki pun sama untuk fesyen dan mitos utk elak digigit harimau

Maha Mahu said...

Dari kecil lagi mereka dan di pakaikan gelang tengok tu yer... Nampak macam susah tapi bila pakai ok ker...

Lia Hasty said...

menariknya trip ke sini. best sebab dapat belajar budaya n sejarah kampung-kampung kat sini.

Nuha Nawawi said...

Chiang Mai memang menarik untuk dilawati, antara barang yang suka beli sebagai hadiah adalah sabun handmade dari sini terutamanya Sabun Manggis. Ada juga sungai yang memisahkan sempadan LAOS, THAILAND dan MYANMAR kawasan disitu dikenali sebagai GOLDEN TRIANGLE.

Isaac Tan said...

too many photos! hahaha, but i like it. Can really feel like I'm actually there myself. Naisseeee!

Dan J said...

Chang Mai looks great. Did you really try one of those hoop necklaces?

Bella Jamal said...

Yup Isaac Tan. Headache to select too many photos!haha

Bella Jamal said...

Ive tried the half-made necklace. Not possible too wear the real and full one.

Sunshine Kelly said...

I really hope to go to this village and witness the Neck Ring myself perhaps try it too. You got many nice photos.

Bro Framestone said...

Wowww leher dorang... adakah ini dinamakan leher jinjang? Anyway... mereka nampak cantikkkkkkk

Ngeu Chang Vai said...

Beautiful write up! Looking forward for more!!

Instagram

Follow Us