Chiang Mai Getaway - Day 3 (Part 1)

28/7/2017 (Part 1)
Sawadee ka! Hi Korang! Dah sudah breakfast ala-ala, semua model get ready untuk tour hari ke-3 ke bandar Chiang Rai. Untuk refresher, Little Bears Hotel tak sediakan breakfast jadi korang kena cari makan pagi sendirilah pada malam sebelumnya tu tau! Untuk episod hari ni, penggambaran akan dilakukan sepenuhnya di sekitar tempat menarik di Chiang Rai. Bandar Chiang Rai ni tenang sedikit keadaannya berbanding dengan kota Chiang Mai. Kira dah masuk kawasan pedalaman lah, suasana kampung. Nanti bolehlah korang berkenalan dengan jejaka-jejaka desa kat Chiang Rai ni. Perjalanan dari Chiang Mai ke Chiang Rai mengambil masa lebih kurang 3–3.5 jam perjalanan melalui pengangkutan darat. Di antara tempat-tempat menarik yang kitaorang pergi semasa kat sini ialah Mae Khajan Hot Springs, Wat Rong Khun (White Temple), melawat suku kaum bukit (hill tribe : Longneck ribe, Akha & Yao tribe), melawat Mae Sai market di sempadan Burma-Thai, menaiki bot sepanjang Sungai Mekong ke Golden Triangle dan ke Laos Market. Menarik ke tidak aktiviti yang pihak produksi sediakan untuk model-model hari ni? Dah boleh cover negara lain dah. Sekali jejak je dah cover negara Laos, Myanmar dan Thailand. Nak tahu lebih lanjut, silalah teruskan pembacaan korang ek.


Perjalanan pun bermula dengan sesi briefing dari Bam Jina untuk rangka perjalanan buat hari ni. Sehari suntuk meneroka kawasan dibahagian utara Thailand. Untuk hari ni pun, kitaorang dah bayar siap-siap pada travel agency untuk set makan tengahari. Lupa nak bagitahu korang, nama travel agency kitaorang ni Dave Chiang Mai Tour. Nanti bolehlah contact kalau berminat nak gunakan khidmat dorang. Kos untuk perjalanan harini ialah sebanyak 1800Baht (RM232) termasuk dengan makan lunch. Tak payah tunggu separuh masa pertama, lepas van jalan je terus semua orang tidur. Memasing tak puas tido agaknya. Nak kata tilam tak empuk, siap ada teddy bear lagi buat peneman. Tapi Kak Bell payah sket nak tido, dah memang spesis burung hantu siang malam pun memang kurang tidur. Dah dalam sejam lebih perjalanan, kitaorang singgah ke destinasi pit-stop pertama di Mae Khajan Hot Springs.



Terdapat banyak je lokasi mata air panas di sekitar utara Thailand ni, dan salah satunya adalah di Mae Khajan. Mae Khajan hotspring bukanlah yag paling popular di Chiang Rai, tetapi lokasi mata air panas ni terletak di separuh jalan antara Chiang Mai dan Chiang Rai, dan menjadikan Mae Khajan popular sebagai tempat perhentian sebelum teruskan perjalanan ke Chiang Rai. Mae Khachan Hot Spring terletak di antara KM 64-65 di Tambol Mae Chedi Mai, Daerah Wiang Pa Pao, Wilayah Chiang Rai. Kat sini, korang boleh memasak telur dan merendam kaki kat mata air panas. Kat sini korang tak boleh nak mandi kat air panas tu, cuma boleh manja-manja rendam kaki sahajalah. If nak mandi kena melawat mata air panas lain yang ada fasiliti untuk korang mandi. Selain itu juga, korang juga boleh membeli-belah produk hasil tempatan seperti barangan perak dan ukiran kayu. Semasa kat sana, tak adalah pula Kak Bell terganggu dek bau sulfur. Ada 2 buah mata air panas kat area sini but yang paling utama tu mencecah 3M tinggi, katanya kepanasannya mencecah 90°C. Tak pastilah uols kebenarannya. Nanti kalau korang pegi sini, bolehlah hulurkan tangan kalau nak test panas ke tidak. Dah letak telur ayam atas tu pun boleh masak, so panaslah kan? Di area Mae Khachan ni juga terdapat satu bangunan yang arkitekturnya macam sebuah candi or kuil. Kata Bam Jina, pembinaan bangunan ni dihentikan disebabkan senibinanya seakan-akan Burma punya design. Btw, it looks nice though.


Kitaorang berhenti kat sini dalam 30minit sahaja dan teruskan semula perjalanan ke White Temple. So, van dah gerak sambung tido baliklah. Yang penting tidur kene cukup. Hehe. Sepanjang perjalanan ke Chiang Rai, Kak Bell perasan yang bentuk rumah-rumah kampung kat sini memang sebijik macam kat Malaysia. Ibarat macam kat Kepala Batas pulak, suasananya pun memang sama macam kampung kat Malaysia. Gittew. Kitaorang sampai di Wat Rong Khun (White Temple) lebih kurang pada jam 11.20am. Masa sampai tu, pengunjung pun dah start ramai yang datang. Kebetulan pulak hari minggu, so memang ramailah yang berkunjung. Sampai nak ambil gambar pun susah yer, penuh sangat dengan manusia! Lepas kitaorang dah mula masuk dalam kuil, berbas-bas lagi sampai yer. Memang sesak. So, better korang plan datang sini pada awal pagilah. Nak tunggu sebelum pintu bukak pun ok, lagi afdal. Tibahh.

Opening Hours: 
06.30–18.00 daily (temple)
08:00–17:30 Mon-Fri (museum of paintings)
*Admission to the wat compound is free for Thai's and THB50 for foreigners.



"The Cycle Of Rebirth": The bridge at the main building of the white temple



Ko tengok, mcm mana Kak Bell nak ambik gambar kalo gini gayanya?

Wat Rong Khun, วัดร่องขุ่น lebih dikenali sebagai White Temple. Terletak kira-kira 5km di selatan Chiang Rai dan merupakan salah satu tarikan utama di Chiang Rai. Kuil yang berwarna putih ni dimiliki oleh Chalermchai Kositpipat iaitu pelukis dan arkitek kelahiran asal Chiang Rai yang membina kuil ni. Kalau korang nak tahu, pemilik kuil ni telah membelanjakan duitnya sendiri sebanyak THB40 million bagi projek ni. Beliau menganggap pembinaan kuil tersebut dibina sebagai persembahan kepada Buddha dan percaya projek ni akan memberikan beliau kehidupan abadi (immortal life).


Close-up bahagian atas main building

White temple ni umumnya telah dibuka kepada pelawat pada tahun 1997. Tidak seperti kebanyakan kuil yang ada di Thailand, bangunannya menggunakan warna putih, diperbuat daripada kaca dan cermin dan menjadikan kuil ni bersinar dan berkilau di bawah panahan cahaya matahari dan cahaya bulan. Hebat ke tidak mukaddimahnya? Ni korang hayatilah, gambar model-model semua saat sampai kat sini. Nampak tak sekalian umat dibelakang itu??




Chalermchai Kositpipat membawa pendekatan yang tidak konvensional kepada seni bina kuil (tidak gunakan warna emas) dan menyusun elemen dari imaginasinya sendiri dengan ajaran Buddha ortodoks mengenai syurga, neraka, karma dan dosa duniawi. Kuil ni memang penuh dengan simbolisme Buddha, bermula dari bahagian depan, kuil ni menceritakan sebuah perjalanan dari penderitaan dan seksaan di neraka dan seterusnya menerusi laluan seterusnya untuk naik 'ke langit'.

In front of the bridge are hundreds of outreaching hands that symbolize unrestrained desire. 
The bridge proclaims that the way to happiness is by foregoing temptation, greed, and desire.

Next to the lake stand two very elegant Kinnaree, half-human, half-bird creatures from Buddhist mythology Gate of Heaven: After crossing the bridge, the visitor arrives at the "gate of heaven", guarded by two creatures representing Death and Rahu, who decides the fate of the dead. 

Kat bahagian dalam kuil ni tidak dibenarkan untuk mengambil gambar dan tak boleh memakai alas kaki. Korang akan diberi plastik untuk meletakkan alas kaki korang sebelum masuk ke dalam. Di bahagian dalamnya latarnya dicat dengan warna emas dan lukisan mural dicat dan pelbagai warna lain. Idea asal Kosipipat ialah ingin mencipta sebuah kuil yang elegan bagi menghormati kesucian Buddha, tetapi berbeza dengan gaya dan simbolismenya.



Ni ada video korang nak tengok secara live berkilau ke tidak binaan White Temple ni.


Selain menggunakan karakter tradisional seperti dua imej Buddha yang terapung di atas pokok teratai, Chalermchai juga menggunakan unsur-unsur fiksyen dunia kotemporari seperti kapal angkasa, Superman, X-men, Neo (filem Matrix), Angry Bird, World Trade Center Towers dan lain-lain karektor budaya moden untuk menceritakan kisah kehidupan Buddha dan ajarannya pada mural ini. Sailormoon dan Harry Potter pun ada hokkay. Lukisan dan mural ni pun dia akan ditambah dari masa ke semasalah ikut suka dia. Memula tu nampak pelik, dah kenapa nak lukis kartun kan. Akhirnya barulah faham, sebab konsepnya adalah kotemporari. Konsep yang berbeza dari kuil sedia ada, tak cliche lah kata orang. Dan yang paling penting, moral utama dan mesej yang nak disampaikan bahawa kita semua ni pendosa, people are wicked! Then mural kat dinding tu membawa kepada penceritaan menemui Buddha (kebaikan). Begitulah lebih kurang.



Pada tanggal 5 Mei 2014, satu gempa bumi kuat telah melanda Chiang Mai dan kuil ni rosak akibat gempa bumi. Chalermchai berhasrat untuk tutup dan merobohkan kuil ni sebagai alasan keselamatan dan tidak akan membina semulanya setelah gempa tersebut. setelah pemeriksaan dan kajian dilakukan, struktur bangunan ni tidak terjejas teruk dan Chalermchai telah memulihkan semula kuil ni dalam tempoh dua tahun. Masa kat bahagian dalam kuil ni memang masih ada kesan retak dan rekahan akibat gempa tersebut. Kebanyakannya dah ditutup semula semasa proses baik pulih.



Selepas melawat kawasan kuil putih, kitaorang pergi kebahagian galeri dan bangunan-bangunan lain disekitarnya. Kat sini terdapat sebuah kolam dengan logo 12 zodiak di bahagian dinding kolam. Pengunjung boleh berdiri di bahagian zodiak masing-masing dan berhajat dengan melontar syiling ke dalam satu bekas di dasar kolam. Kak Bell pun saja mencuba. Korang rasa masuk tak duit syiling Kak Bell dalam bekas tu? Ke tersasar? Kalau tersasar, habislah hajat nak jumpa putera idaman i kan. Tibah!



Selain tu jugak, dorang pun ada tuliskan hajat di kepingan aluminium yang digantung seperti kat bawah ni. Ada juga yang dah disusun menjadi ala-ala pokok krismas ni. Bila dah dikumpul banyak-banyak macam ni nampak sangat menarik dan kreatif.




Lepas habis melihat-lihat di kawasan hajat tadi, kitaorang pergi ke galeri lukisan dan souvenir. Dalam tu korang boleh beli lukisan dan hasil karya pelukis Chalermchai Kositpipat. Beliau yang merupakan artis visual Thai yang menggunakan imej-imej Budha dalam hasil karya dia. Btw, lukisan yang dijual hanya merupakan salinan sahaja dan bukanlah yang asal. Kalau yang asal mamposlah nak bayar bermilion harganya kann! Okayy, now weols semua melawat bangunan berwarna emas yang tersergam indah ni. Punyalah ramai orang ye kat sini. Rupa-rupanya, bangunan emas ini ialah toilet hokkay. Curlass ke tidak toilet nya? Let's hayati gambar toilet kat sini. Hehe.




Sekarang tamat dah edisi penggambaran kat Wat Rong Khun. Masa dah habis melawat galeri, ternampak Bam Jina berjumpa dengan kawan dia 'hakak-hakak' yer. Seronokla dia dapat jadi tourist guide, bawak mat saleh jenjalan kan. Patotlah dengan weols mesra dan bonding gitu, sampai tersalah sangka si Bam Jina ni pun 'donpan"! Btw, bukan ni je kawan dia. Kat sempadan Thai-Burma pun ada lagi sorang kakak siap berpayung lagi bawa tourist. Sebelum ke destinasi seterusnya, kitaorang melegakan tekak dan beli buah nanas mini dan mangga potong. Thailand memang merupakan salah satu negara pengeluar dan pengeksport nanas utama di dunia, termasuklah nanas mini ni. Rasanya memang sedap, manis, juicy, then makan banyak-banyak pun ok. Semua model pun beli buah potong tu dan rasanya memang tidak mengecewakan.

Model for mini pineapples!

Tibalah saat yang dinanti-nantikan yakni acara makan tengah hari. Tour guide kitaorang, Dave bawa kitaorang lunch di Ruammit 1 Halal Thai Restaurant. Terdapat lebih dari 6 jenis hidangan nasi berlauk untuk tengah hari tu. Sampaikan tak hanis nak makan. Mbak Suri sampai jadi ibu-ibiu dah suruh semua model makan sampai habis. Makan secara paksa rela. Yelah uols sayang tau makanan dan tak baik membazir. Dahlah mahal lunch harini. Btw, tom yam seafood dia Kak Bell tak taste. Bagi iols tak sedap dan hanyir sikit. Untuk kerabu mangga, ikan 3 rasa dan lain-lain semua ok.

Ruammit 1 Halal Thai Restaurant Chiang Rai Branch
Open : 9AM–9PM




Kak Bell stop sampai sini dulu. Baru tempat pertama yang kitaorang lawat di Chiang Rai. Nak tulis ni pun dah dekat seminggu ambik masa. Btw, Kak Bell akan gigihkan untuk part seterusnya kay. Muah!















CONVERSATION

11 comments:

Rabiatul Adawiyah said...

Kalau pergi ke negara Thailand, Vietnam, Kemboja dan berdekatan dengannya, mesti seronok tengok ukiran dan seni bangunan di sana. Sebagai contoh Shrine di sana. Ia tempat yang dianggap suci kerana hubungannya dengan ketuhanan atau orang suci atau relik, yang biasanya ditandakan oleh bangunan atau pembinaan lain. Ruby ingatkan ia temple. Tapi ia ibarat macam untuk pengganut agama tersebut boleh ke sana tanpa perlu ke kuil/tokong besar kan. Warna pun warna emas, silver. Kalau jalan kaki tu boleh terpaku sekejap nak tengok. Hehehe.

Maha Mahu said...

Seni bina bangunan yang mereka reka tu sangat cantik dan halus memang kreatiflah rakyat sana. Terpegun tengok hasil seni mereka tak pernah terfikir nak sampai sana tapi bila tengok tempat menarik rasa nak kena ada dalam jadual pelancongan tahund depan hehehe...

Bella Jamal said...

Betul tu..kalau ke negara sana semestinya senibina kreatif ni menjadi daya tarikan. Kita pergi melawat ke kuil dorang untuk tengok dari segi sudut positif kan. Btw, MahuMahu kena masukkan dalam next trip ni. Ajak Rawlin tu. Hehe.

Jane Chua said...

The temple looks beautiful. It is a must to visit place.

Nisa Kay said...

cantiknya chiang mai... nak pergi sana jugak lah!

Aneezah Johnson said...

Suka sangat dengan chiang mai ni. Tempat pun cantik,kalau ada kesempatan memang nak lawat sana

Henry Tan said...

wahhh sumore can make telur rebus! hahaha this is the real onsen egg!

McD Storytelling Contest 2017

Bro Framestone said...

Rindu nak ke Thailand.

Setiap kali ke Thailand, mesti member wife dok tanya,'Awat laki hang asik ke Thailand je, kahwin lagi ke?" hahahhaa

Bella Jamal said...

Amboi..setiap kali ke Thailand je kahwin yerr. Nak pergi makan nenas kecik tu je kata. Haha

Annur Syuhadah said...

Nice lah, melawat tempat orang. AS pernah jugak gi oversea. Tapi oversea langkawi je lah haha.
Belum ada rezeki nakk jenguk negeri orang

Hasif Hamsyari said...

Alaa jelesnya! White Temple tu dah lama dalam bucket list saya. Hopefully dapatlah sampai ke sana nanti! Btw, lawanya gambar-gambar!

Instagram

Follow Us