Terung Telunjuk Masak Lemak Cili Api

Hi Korang! Actually post ni dah lama dah terbengkalai semenjak raya haritu. Kisah sambungan dari sayur kampung yang kawan Kak Bell bagi haritu masa bulan puasa. Semua sayur dah cuba masak, cuma terung telunjuk je belum. Dah tak sempat nak masak, so bawak balik ke kampung ajalah. Terung telunjuk tu pun adala beberapa bijik, so Kak Bell tambahkan dengan terung biasa. Maklumlah dah balik kampung, semua orang nak makan kan. Resepi kali ni, Kak Bell tak tumis pun. Campakkan je semua dalam periuk. Senang, mudah! Ala macam mak-mak kan, tak de SOPP pun nak memasak, asal boleh menjadi aja masakannya kan. Kalau nak sedap lagi, boleh tambahkan sedikit belacan atau guna sedikit ikan bilis. Kak Bell pakai kiub ikan bilis je waktu ni. Nanti korang boleh je padankan dengan ikan kering dan yang sewaktu dengannya. Sedap jugak kalau masak sekali dengan cendawan sisir kan? Lepas ni, nak cuba masak cendawan sisir lah pulak. Gigih lah nak pergi cari lepas ni. Okay, jom tengok resepi Terung Telunjuk Masak Lemak Cili Api ni.


Bahan A
15 biji terung telunjuk (dibelah 2)
1 batang serai (dititik)
1 keping asam keping
Garam secukupnya
Kiub ikan bilis
Santan

Bahan B (bahan tumbuk)
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10-15 biji cili padi
3/4 inci kunyit hidup

Cara Memasak:
1) Masukkan semua bahan B, serai, asam keping, kiub ikan bilis dan santan ke dalam periuk. Masak sampai kuah mendidih.
2) Kemudian masukkan semua terung telunjuk dan perasakan dengan garam secukupnya.
3) Sentiasa kacau kuah supaya santan tak pecah minyak dan masak hingga terung telunjuk masak.


Tu ha, terung telunjuk. Anak bulus pun sibuk nak masak

CONVERSATION

2 comments:

Amanda Suria said...

Jgn lupa goreng ikan masin gelama jeruk x pun ikan masin buku ayam..huiiiiii jahanam diet bella oiiii

Bella Jamal said...

Haha. Akak maibtain je bella tgk 😘

Instagram

Follow Us