Resepi Lala Goreng Serai

Hi Korang! Suka makan seafood tak? Kak Bell bukanlah peminat tegar seafood tapi bolehlah sesekali nak merasa menjamu anak tekak sendiri. Jika makan dikedai atau beli masakan yang dah siap dimasak rasanya agak kurang berbaloi sebab harganya agak mahal. Ramadhan lepas, ada lah menyinggah di bazar Ramadhan dan restoren membeli juadah masakan lala dan siput sedut. Ada sorang adik ni beli lala masak lemak, siap timbang bagai, hujung-hujung RM20. Terkesima kejap! Kak Bell nampak cuma kuah aje yang penuh. Mahal nau! Btw, dah siap timbang tu, kira betul lah harga macam tu gamaknya. Disebabkan tak nak ada perasaan ralat, so gigihlah Kak Bell pergi beli lala dan masak sendiri Lala Goreng Serai. Satu kuali ko ratah lah lala tu sampai habis. Tak adalah nak mengadu dapat kulit lala je nanti. Hehe. 


Masa membeli lala tu, pastikan lala yang dibeli masih segar dan tidak berbau. Kalau masih hidup, fresh lagi bagus. Korang boleh terus masak atau simpan dalam peti sejuk dahulu. Semasa penyediaan, korang boleh membersihkan lala dengan cara merendamnya di dalam air yang telah diletak garam. Biarkan sekejap, supaya pasir serta kotoran yang terdapat di dalam lala itu keluar. Buat peminat seafood, bolehlah cuba resepi Lala Goreng Serai yang Kak Bell masak ni. Senang dan cepat je masaknya pun. Lagipun korang lagi pandai masak kan?


Bahan A
Lala
2 batang serai (dititik)
1 biji cili merah
2 biji cili api merah
1 helai daun kunyit
Sedikit sos tiram
Sedikit garam
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan B (tumbuk/kisar)
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai 
*(1 batang dari Bahan A)


Cara memasak:
1) Basuh bersih lala sehingga tiada pasir.
2) Tumis semua bahan B dan serai yang telah dititik sampai wangi.
3) Tambahkan sos tiram, sedikit air dan daun kuyit yang dah diracik atau potong kecil. Kacau rata.
4) Masukkan lala dan perasakan dengan garam. Kacau rata sekali lagi.
5) Tutup kuali supaya lala cepat masak.

TIPS!
  • Boleh tambah hirisan bawang merah untuk masakan.
  • Serai yang dikisar adalah optional, korang boleh titik sahaja serai macam biasa.


CONVERSATION

3 comments:

adda syuhada said...

sedapnyer...

Bella Jamal said...

Hi Cik Adda. Dah cuba masak ke? 😘

Amanda Suria said...

Fav akak ni Bella...fav anak dara gak..sebulan sure 2-3 kali masak ni

Instagram

Follow Us