Nasi Impit Goreng

Hi Korang! Masih beraya sakan lagi ke korang? Walaupun semua dah kembali bekerja, hujung minggu je pastinya jalan raya sesak bagai nak rak kan. Maklumlah memasing nak memenuhi jemputan rumah terbuka. Last week sempat Kak Bell pergi beraya ke Klang. Sepanjang federal highway ni sesak. Yang peliknya dah duduk lane laju tetapi lane ni paling perlahan berbanding dengan lorong kiri. Motipp sangat! 2 jam lebih jugalah baru sampai Klang. Tahun ni tak dapat lagi merasa makan ketupat. Memasing buat nasi impit je. Mungkin pokok kelapa semua dah habis kena tebang kot! Berikutan masih lagi dalam bulan Syawal jadi resepi hari ni kita modified hidangan di hari raya iaitu nasi impit. Kita buat Nasi Impit Goreng.

Terdapat banyak je versi membuat nasi impit goreng ni. Semuanya bergantung pada apa bahan-bahan yang korang gunakan. Cara membuatnya lebih kurang korang nak masak nasi goreng atau bihun goreng, cuma guna nasi impit je. Dalam peti sejuk Kak Bell ni pulak, cuma ada fish cake, fish ball dan ikan bilis Medan. Jadi, pakai ajalah bahan yang ada. Kebetulan masa Raya haritu saudara dari Medan datang dan bawa ikan bilis ni. Halus-halus ikan bilisnya
dan nampak sangat sesuai bila digoreng garing dengan nasi impit. Jom tengok resepinya.


Bahan A
Nasi impit (potong ikut suka)
1 genggam ikan bilis kecil
2 batang fish cake
5 biji fish ball
1 sudu kicap pekat
1 sudu kicap manis
1/2 sudu sos tiram
1 biji telur
Minyak untuk menumis

Bahan B (tumbuk/hiris)
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 senduk cili kisar

Cara membuat:
1) Panaskan minyak masak dalam kuali dan goreng sekejap fish cake & fish ball kemudian ketepikan. 
2) Goreng garing ikan bilis medan dan ketepikan.
3) Tumis semua bahan B sampai naik bau dan cili kisar masak.
4) Masukkan kicap pekat, sos tiram dan kicap manis, kacau seketika.
5) Kemudian masukkan semula fish cake & fish ball yang dah digoreng tadi.
6) Masukkan pula nasi impit.
7) Pecahkan telur dan tambahkan garam atau serbuk perasa, kacau rata.

TIPS!
  • Boleh tambahkan daun kucai atau taugeh.
  • Boleh guna isi ayam untuk gantikan fish cake atau fish ball.
  • Garam optional sebab rasa kicap dan sos tiram dan mencukupi.
  • Tambah gula jika tertalu pedas.



Dah siap. Memang sedap. Kalau potong nasi impit lebih kecil lagi afdal kot. Ada juga Kak Bell tengok gambar nasi impit goreng yang ala berkuah gitu. Sangat tak sesuai. Nanti kalau korang cuba make sure guna bahan-bahan banyak sedikit dan goreng kering-kering. Kalau tak nak ikut lantak korang. Korang yang nak makan. Kay Bye.


CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us