Resepi Pais Tempoyak Ikan Patin Bakar

Hi Korang! Ni sambungan kisah memasak Resepi Pucuk Keledek Masak Lemak Putih tadi. Dah tengah rajin ni teruslah Kak Bell siapkan satu lagi menu ikan patin. Korang makan tempoyak tak? Sesetengah orang tu durian dia makan tapi tak makan tempoyak. Ada juga yang semua tak makan. Rugi korang tak makan tau! Sedap sangat masakan tempoyak ni. Versi memasak menggunakan tempoyak ni pun ada banyak cara. Memang berbeza kalau cara masakan orang Pahang dan orang Perak. Yang Kak Bell tahu, kalau orang Pahang memasak masakan tempoyak ni memang simple. Tak menggunakan bahan-bahan seperti bawang dan serai. Cukup gunakan cili padi, tempoyak dan daun kesom. Disebabkan pernah membesar di Pahang, jadi Kak Bell lebih sukakan resepi dan cara masakan Pahang. Resipi yang kak Bell nak buat ni memang popular di Pahang. Kak Bell pertama kali cuba buat masakan Pais Tempoyak Ikan Patin Bakar ni. Ni pun hasil cadangan dari Cik Kiah tadilah. Btw, ada tak orang Pahang yang tak makan Patin ni? Nak tahu macam mana nak buat pais tempoyak ikan patin ni, jom tengok resepi kat bawah ni ya.


Bahan A
Seekor ikan patin
3-4 helai daun kunyit
Sedikit daun kesom
Sedikit minyak masak
Garam dan gula jika perlu*

Bahan B (ditumbuk)
10 biji cili api merah
5 sudu besar tempoyak
1 inci kunyit hidup

Cara memasak;
1)Basuh ikan dengan air asam jawa dan kelar rapat-rapat. Nanti ada pulak yang komen tak boleh makan sebab bau ikan.
2)Kisar atau tumbuk cili padi dan kunyit sehingga hancur. Kak Bell lagi prefer tumbuk semua bahan. Baru sedap!
3)Masukkan tempoyak, garam dan gula. Sebatikan dalam lesung.
4)Hiris halus sehelai daun kunyit.
5)Letak ikan atas daun kunyit. Lumurkan dengan tempoyak yang dah digaul tadi dan masukkan juga dalam bahagian badan ikan patin.
6)Taburkan daun kunyit yang dihiris bersama daun kesom. Balut ikan dengan kemas.
7)Panaskan kuali ajaib, sapukan sedikit minyak masak sebelum mula membakar.


TIPS!
  • Boleh gunakan daun kunyit dan juga daun pisang untuk balut ikan. Lepas letak daun kunyit, balutkan dengan daun pisang.
  • Garam adalah optional bergantung kepada rasa tempoyak yang korang guna. Kalau tompayak dah masam dan masin, tak perlu tambah lagi garam.
  • Cili padi boleh kurangkan untuk yang tak suka makan pedas.
  • Boleh bakar guna arang, tudung periuk ikut suka korang. Kak Bell guna kuali ajaib senang!




Meriah ke tidak? Selagi boleh yer.

Tu dia. Menggiurkan tak uolss? Orang lain gigih memasak untuk hidangan berbuka, tapi Kak Bell gigih buat hidangan bersahur yer. Maklumlah keje malam hokkay. Ikan patin tu, Kak Bell bakar 3 bahagian je. Masak semua tak habis lah pulak nanti. Rasa pais tempoyak ni sangatlah sedap uolss! Sangat istimewa dengan gabungan rasa ikan patin yang manis dan rasa masam manis tempoyak. Menyelerakan sungguh! Seriously, korang mesti cuba masakan pais tempoyak ikan patin ni. Selamat mencuba.

CONVERSATION

30 comments:

  1. Tempoyak is really my fav! 😍😍😍 Tapi malas nak masak. Haha. Nak order je boleh 😜

    ReplyDelete
  2. tempoyak memang favorite I nanti nak pergi pasar beli, haha awat pagi pagi pos gulai ni rasa lapar pula !!!! Nanti I try resepi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama ni post ni. Saje kasi up sebab rasa ramai juga tak tahu resepi ni

      Delete
    2. Ni bukan gulai tempoyak la beb. Ikan bakar tu. Hahaha. Tidolah wei. Asik main game aje. Kikiki

      Delete
  3. Sis memang gila gulai tempoyak tapi tak pernah makan pais ikan tempoyak..sedap ke? Bolehlah namti cuba buat mcm ni pulak

    ReplyDelete
  4. Sedap Kak Hanny. Kalau kat Pahang tak gulai tempoyak buat pais mcm ni. Yg penting tempoyak kena sedap

    ReplyDelete
  5. Patin always be my favourite. So far, I haven't tried Patin yang dibakar, hanya makan dengan kuah gulai tempoyak. The best! Kalau balik Pahang, especially Temerloh or Lanchang stops, I will pick the one that can cook well. Not all pandai masak tempoyak and very tak 'kede' with kepekatan kuah.

    http://panphila.blogspot.my

    ReplyDelete
  6. Sis, sedapnyaaa! mengancam betul ikan bakar tu hehe

    ReplyDelete
  7. Ana tak makan tempoyak kak bell tp pais tu ana makan yg biasa je. Boleh forward resipi ni kak adik ana sebab dorang giler tempoyak. Nampak mcm simple juga resipi ni. Boleh suh dorang cuba. Kot2 ana tersuka tempoyak pula kan. Tp bab durian i am die hard fan. No doubt. Hehe

    ReplyDelete
  8. Ini makanan orang pahang ni. Saya orang pahang pun tak reti masak ni bella. Mampu tengok je la rezepi ni hahahahhaa

    ReplyDelete
  9. Ala... kita kalau nak memasak memang tak tau. Selalu fail! Haha. Apapun menu ni nampak sedap. Mintak tolong orang buatkan boleh lah. Tempoyak ikan patin memang favourite kita pun! Yummm

    ReplyDelete
  10. Bukankah kalau kita tumbukkan bawang merah dan bawang putih sekali akan memberikan rasa yang lebih menyengat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa kalau resepi pahang tak pakai bawang. Tu bezanya dgn negeri lain. Setahu saya la. Hehe

      Delete
  11. Sal tak makan ikan patin tapikan bila tengok resepi ni macam teruja lak nak try makan pais tempoyak ikan patin bakar...dah la tengah lapor ni...huhuhu

    ReplyDelete
  12. alamak terliurnye tgk pais tempoyak ni. tak pernah lg try resepi mcm ni. adudu insyaAllah nak try gak buat sbb husband suka tempoyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. Tambah kalau tempoyaknya memang sedap

      Delete
  13. Tengok gambar pun dah sedap. Pandai sis masak. Boleh buat cooking class ni. Kalau free time memang nak cuba resepi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah Lia. TQQ. Kita pun cuba2 saja sebab minat

      Delete
  14. Kejamnya Bell...sedapnyaaaa..x leh tahan plak akak tgok..meh dtg umah akak tolong masakkan please...mana drn nak raba tempoyak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh boleh. Bagitau masa sesuai jom kita memasak. Seronok juga tu

      Delete
  15. Alaaa.. tempoyak susah nak dapat kat KL ni, kalau dapat mesti rasa masam.. camne nak buat pais ni.. nampaknya kena bookmark resepi ni dulu.. ada tempoyak nanti boleh buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang. Kalau ada pun tak menepati citarasa. Masam tu kena ada TB baru sedap. Yang tak berpa masam tu tak menjadi tempoyaknya. Bella pun siap kirim pada kawan yang mak dia buat di kampung. Hehe

      Delete
  16. Dulu tak suka makan ikan patin tapi bila cuba sedapnyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cubaa dulu baru tahu. Kalau tak suka yng patin kolam, cari pating sungai. Rasanya lebih sedap dan ok. Kena betul basuh la jika tak suka bau ikan sungai. Hehe

      Delete
  17. Wahhhh Fav saya Patin Tempoyak, Tapi Patin tempoyak bayar tak pernah try... Boleh cuba he he he...

    ReplyDelete
  18. Sedapnya! Haritu duduk temerloh kejap dalam 5 bulan tapi tak sempat nak rasa pais huwaaa nak cuba resepi ni la nanti

    ReplyDelete
  19. sedap ni! cara nak buat pun mudah je. tengok malam-malam ni, kecur liur dibuatnya

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  20. Terkecur air liur tengok ikan patin tempoyak bakar, memang sedap oikk

    ReplyDelete

Back
to top