Sidang Media Miss Chinese World 2017 Di One World Hotel, Petaling Jaya

Hi Korang! Pada 16 Mei 2017 baru-baru ni, telah diadakan sidang media untuk pertandingan Miss Chinese World 2017. Miss Chinese World mula diperkenalkan pada tahun 2005 oleh Tan Sri Datuk Danny Ooi dari Malaysia dan kini kembali setelah 5 tahun dihentikan buat seketika. Objektif utamanya adalah bagi mengekalkan kebudayaan, nilai-nilai dan tradisi hidup orang Cina melalui penganjuran pertandingan ini, selain memupuk keamanan, muhibah dan persahabatan di kalangan peserta.

‘The Beauty of Heart, The World of Wisdom’ theme for Miss Chinese World 2017

Dengan membawa slogan "The Beauty of Hearts, The World of Wisdom" pertandingan ini bukanlah sekadar pertandingan rupa paras yang cantik sahaja. Pertandingan ini menjadi lebih menarik kerana bakat dan kehebatan mental para peserta. Tema pada tahun ni ialah 'Heritage of the Orient' bagi mempamerkan semangat memahami jatidiri bagi etnik Cina itu sendiri.

The delegates of Miss Chinese World 2017 with YBhg. Tan Sri Datuk Danny Ooi (President of Miss Chinese World), Ms Zoee Tan (Managing Director of Legacy Film Sdn Bhd & Joint Organizer of Miss Chinese World), Mr Eddie Liew (Director of Legacy Film Sdn Bhd & Joint Organizer of Miss Chinese World)

"Saya mencipta pertandingan Miss Chinese World pada tahun 2005. Selama berada di dalam industri pertandingan ratu ini, saya menyedari bahawa generasi muda kini makin menjauh dari asal usul mereka dan terlalu mengikut trend dan budaya masyarakat kini. Sebagai orang Cina, saya memutuskan bahawa ia adalah penting untuk menjaga bahasa Cina yang indah, budaya, nilai dan tradisi hidup. Saya berharap bahawa dalam beberapa tahun akan datang, usaha saya ini akan membuahkan hasil dan dapat melihat generasi muda akan mengambil semula prinsip dan nilai-nilai Cina seperti ketabahan, hormat menghormati dan berbakti” kata Tan Sri Datuk Danny Ooi pada sidang media yang diadakan pada 16 Mei 2017 di Hotel One World.

Pertandingan Miss Chinese World ni disertai oleh 31 peserta dari 9 negara di seluruh dunia, iaitu; China, Thailand, Indonesia, Myanmar, Singapore, Taiwan, Vietnam, Laos, Cambodia dan Malaysia. Ia akan berlangsung dari 14 Mei 2017 sehingga ke acara akhir dunia pada 26 Mei 2017 di Hotel One World. Pertandingan Miss Chinese World ini dianjurkan bersama oleh Miss Chinese World Sdn Bhd dan Legacy Film Sdn Bhd.

Lee Hui Qian, aged 25 (Delegate of Miss Chinese World from Kuala Lumpur, Malaysia)

Matib Prepaporn, aged 23 (Delegate of Miss Chinese World from Bangkok)


Dai Tian, aged 25 (Delegate of Miss Chinese World from Qingdao, China)

“Ia sangat menarik untuk melihat sekumpulan besar wanita cantik yang datang dari pelbagai negara dan latar belakang untuk berkongsi satu akar yang sama, iaitu etnik Cina mereka, berkumpul di bawah satu pertandingan. Kami berharap agar wanita-wanita ini akan membentuk hubungan yang baik dalam persahabatan sambil mengekalkan kebanggaan Cina” kata Zoee Tan, Pengarah Legacy Film, penganjur rasmi pertandingan ini. Tan juga merupakan pemenang pertandingan Miss Tourism Malaysia 1996 yang juga telah memenangi banyak gelaran ratu tempatan dan antarabangsa.


Sebelum malam pusingan terakhir, para peserta akan terlibat dalam banyak program promosi termasuklah lawatan rasmi di seluruh negara untuk menggalakkan pelancongan, melibatkan diri dalam aktiviti seperti membuat kuih, kaligrafi Cina dan sesi minuman teh. Mereka juga akan mempromosikan Hari Ibu dan mengumpul dana untuk rumah orang tua.

Miss Chinese World 2017 Grand Final pada 26th May 2017

GMCI Corporation (GMCI) merupakan Penyampai Rasmi untuk Miss Chinese World 2017. GMCI, sebuah kumpulan pegangan pelaburan yang diperbadankan di Nevada, Amerika Syarikat dan Kuala Lumpur merupakan ibu pejabat pertamanya di Asia Tenggara. GMCI memberi tumpuan kepada pelaburan swasta yang merangkumi beberapa sektor utama termasuk perlombongan, kecantikan dan kesihatan, pengeluaran, dan pembangunan hartanah.


Miss Chinese World 2017 delegates with sponsors and organizers from Left to Right - Mr Kenneth Ang (Executive Chairman of New Shanghai Group), Mr Tan Kee Hock (General Manager of Hai-O Enterprise Berhad), Ms Aly Wong (A&P Manager of GINTELL (M) Sdn Bhd), Ms Feryal Khalil Mufti (Public Relations Manager of One World Hotel), Mr Kevin Liu (Chief Sales Officer of GMCI Corporation), YBhg. Tan Sri Datuk Danny Ooi (President of Miss Chinese World), Ms Zoee Tan (Managing Director of Legacy Film Sdn Bhd & Joint Organizer of Miss Chinese World), Mr Eddie Liew (Director of Legacy Film Sdn Bhd & Joint Organizer of Miss Chinese World), Mr Allan Chee (General Manager of Freeport A’Famosa Outlet) and Ms Laura Pang (Sales & Marketing Director of AD Time Sdn Bhd)

Penaja Rasmi Platinum: 
One World Hotel (Official Hotel)
M101 (Official Lifestyle Developer)
DEWS (Official Beauty & Wellness). 

Penaja Rasmi Emas:
Freeport A’Famosa Outlet (Official Outlet Retail Village)
Solar Time (Official Timepiece)
Gintell (Official Healthcare Product)
Hai O (Official Chinese Medicare)
New Shanghai Group (Official Chinese Restaurant)
Orson Liyu (Official Designer Beachwear)
Jason Yek (Official Qi Pao Designer)
Jenkworkz Hairloft (Official Hairstylist)
Bumi-X Sdn Bhd (Official Courier Company)
Suaviss Lab White (Official Total Body Whitening)
TMC College (Official Education Partner)
Ossoto (Official Recreational Hub).

Penaja Rasmi Perak:
Peoplegraphy (Official Photographer)
Avenue M Sdn Bhd (Official Pos Material)
Marigold (Official Yogurt Drink)
Mayflower (Official Coach)
Sub Laboratory (Official Make-up Team)
Genius Promenade Sdn Bhd (Official Events Premium Apparel Supplier)
New Balance (Official Sports Wear).

Rakan media rasmi adalah Dimsum.com.my, 988 Radio Station, ONFM Like Media dan IPTV (1 Malaysia TV). Diantara penaja lain adalah The Calligraphy Society of Malaysia. Tourism Melaka, Tan Kim Hock dan San Shu Gong (Official Local Products Centre).

Jadi, siapa yang akan dinobatkan sebagai Miss Chinese World 2017? Sama-sama kita nantikan acara Grand Final pada 26th May 2017 nanti kay! Untuk maklumat lanjut boleh layari official page Miss Chinese World 2017.

Crown design for Miss Chinese World 2017 by Orson Liyu

With blogger friends : Bee Lee Chua, Sienny & Racheal Loh























CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top