Inspiring Beauty & Afternoon Tea With WARDAH

Hi Korang! Pada 10 May 2017 yang lepas, Kak Bell berpeluang menghadiri soft launch bagi produk Wardah di Wardah Inspiring Beauty Afternoon Tea bertempat di Hotel Majestic, KL. Produk kosmetik Wardah ni merupakan jenama terkenal dari Indonesia dan akan memasuki pasaran Malaysia pada Jun 2017 yang akan datang. Produk solekan dan penjagaan kulit Wardah ni, pertama kali dilancarkan pada September 1995 di bawah syarikat PT Paragon Technology & Innovation dan merupakan produk kecantikan HALAL pertama di dunia.



"Inspiring Beauty" merupakan tagline Wardah yang memfokuskan bahawa setiap dari kita cantik dalam cara yang tersendiri selain memberi inspirasi kepada setiap wanita untuk berjaya dan tampil yakin dengan diri kita sendiri. Jangan terlampau yakin sudahlah yer. Hehe. Wardah menggunakan kombinasi warna turqouise dan putih sebagai warna signature bagi produk mereka.

Acara pada hari tersebut dihost oleh Dayah Bakar dan juga beberapa orang jurucakap dari Wardah. Duta kecantikan Wardah Indonesia, Dian Pelangi turut hadir dalam majlis pelancaran ni. Selain Dian Pelangi, terdapat 3 lagi duta duta kecantikan Wardah Indonesia iatu Dewi Sandra, Tatjana Saphira dan Ralineshah.


Bersama Dian Pelangi

Tiga Konsep Kecantikan Wardah
1) Konsep tulen dan selamat. Kami menggabungkan teknologi dan alam semula jadi untuk membawa kualiti yang selamat. Halal dan berkualiti tinggi bagi produk penjagaan wajah dan produk solekan untuk pengguna kami. Buat masa ini, Wardah mempunyai pelbagai seleksi produk penjagaan kulit dan produk solekan yang sesuai untuk kulit anda.
2) Kami berhasrat untuk membantu wanita untuk meningkatkan keyakinan mereka untuk berkongsi kebaikan mereka dan cerita inspirasi melalui pakar-pakar kecantikan kami.
3) Dengan konsep inspirasi kecantikan kami, kami berhasrat untuk memberi inspirasi kepada ramai wanita agar terus cantik bersinar dari luar dan dalam.

"Setiap wanita adalah cantik dalam cara mereka sendiri dan mereka memberi inspirasi kepada orang di sekeliling mereka tetapi kadang-kadang mereka lupa tentang hal itu. Jadi, Wardah mahu membantu wanita untuk mendapatkan keyakinan kembali dan berkongsi inspirasi bersama. Bagi kami, untuk wanita mampu berbuat demikian, pada tahun ini kami berhasrat untuk mengembangkan jenama kami kepada wanita Malaysia kerana terdapat begitu banyak jemputan untuk Wardah untuk memasuki Malaysia" kata Riffina Affandi, Pengurus Jenama Wardah Cosmetics.


Sebelum pelancaran bermula, Majestic Hotel KL terlebih dahulu telah menyajikan makanan yang sangat sedap. Bihun goreng dia sampai 2 kali Kak Bell tambah sebab sedap sangat! Dalam majlis tu, Dayah Bakar kendalikan dengan best sekali. Dimulakan dengan pengenalan produk Wardah dan seterusnya dengan tutorial make-up dari jurumekap Wardah sendiri. Pop kuiz pun ada yer dan blogger Innanie Ariffin dan Kak Ruby bertuah menang hadiah dari Wardah. Paling best, Kak Ruby dapat Wardah Exclusive Matte Lip Cream; 3 warna baru yang belum dijual di Indonesia!




Kami diberitahu, Exclusive Matte Lip Cream merupakan best seller bagi kategori kosmetik dan White Secret paling laris bagi kategori Skin Care. Terdapat 12 jenis warna untuk Exclusive Matte Lip Cream dan 3 warna baru akan dilancarkan kemudian. Jom tengok diantara produk kecantikan dan kosmetik dari Wardah ni.

Exclusive Matte Lip Cream Range (12 warna) & Exclusive Lipsticks Range (8 warna)

Wardah Skin Care Range - White Secret


Terdapat 5 warna untuk Wardah Exclusive Liquid Foundation iaitu warna 01-Light Beige, 02-Sheer Pink, 03-Sandy Beige, 04-Natural dan 05-Coffee Beige.

Wardah Exclusive Liquid Foundation

Wardah Exclusive Two Way Cake

Tak sabar nak cuba produk-produk yang lain dari Wardah kosmetik ni. Btw, Kak Bell dah cuba semua yang dalam box ni kecuali produk penjagaan kulit White Secret. Wardah BB Cream ni konsep dia make-up + skin care dengan Water Break Technology dan oil control. So far, Kak Bell pakai tak ada masalah. Sapuannya kemas dan muka pun tak bercapuk lepas letak bedak. BB Cream ni mengandungi Ekstrak Aloe Vera dan Bio Hyaluronic Acid untuk melembapkan kulit. Bagi kulit yang tak banyak masalah boleh pakai BB Cream ni. Kalau tak korang kena pakai Kryolanlah! Wardah Exclusive Two Way Cake (02-sheer pink) ni pun tekstur dia halus dan ringan. Masa pakai pun smooth dan berikan hasil yang natural. Sesuailah untuk touch-up excess oils. Lip Balm dia berperasa vanilla, Kak Bell oleskan dulu kat bibir yang kering ni sebelum pakai lipstik. Teruja nak cuba Exclusive Matte Lip Cream Wardah sebab Kak Bell lebih sukakan matte lipsticks!



Wardah akan mula dipasarkan di Malaysia pada awal Jun 2017 di gedung Watsons Malaysia dan seterusnya di pasaraya Giant dengan bantuan rakan kongsi Wardah Malaysia iaitu Kara Marketing (M). Harga rangkaian produk Wardah amat berpatutan, bermula dari RM5.80 hingga RM50.50.

Maklumat lanjut tentang produk Wardah, korang boleh kunjungi website, laman Facebook dan IG Wardah kay.

Website | Facebook | Instagram


Semua otai2 kecuali Kak Bell. Haha!


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top