Air Rebusan Rempah & Herba Untuk Kurus

Hi Korang! Hari ni Kak Bell nak kongsikan resepi tradisional pulak. Memasing nak kurus cantik kan? Paling afdalnya, haruslah korang kena pergi bersenam. Buat 8 pusingan berlari kat Taman Tasik Titiwangsa tu ha. Btw, Kak Bell pun sekarang pun dah lama dah tak bersenam. Dalam 3,4 tahun lepas, gigih jugalah pergi bersenam. Kebetulan waktu bekerja pun fleksible. Sekarang ni, dah masuk kerja shift memang tak bersenam lah jawabnya. Boleh je korang nak makan ubat kurus bagai. Kat pasaran memang banyak, tapi tahap keselamatan dan keberkesanannya tu tak pastilah. Terpulang pada kehendak memasing. Yang mana nak mencuba kaedah tradisional ni, bolehlah amalkan meminum air rebusan rempah dan herba ni. Konpem bahan-bahannya selamat dan sentiasa je ada kat dapur korang kan.


Air rebusan rempah dan herba ni boleh membantu untuk turunkan berat badan dan kempiskan perut. Selain itu juga dapat buang angin dalam badan.

Bahan A
1 liter air
2 batang serai
3 hirisan halia
7 biji cengkih
1 btg kulit ayu manis

Bahan B
1 biji lemon
Madu

Cara membuatnya:
1) Rebus semua bahan A kecuali madu.
2) Boleh tutup api bila dah mendidih dan warna air bertukar coklat.
3) Ambil segelas air rebusan, perah kan 1 hirisan lemon dan  tambah 1 sudu madu.


TIPS!
  • Sedap diminum ketika masih suam.
  • Boleh buat sukatan separuh gelas air rebusan + separuh air biasa.
  • Boleh simpan baki air rebusan di dalam peti sejuk. Panaskan semula bila nak minum atau campurkan sahaja dengan air suam/panas.

Ok sedap tak rasa air rebusan tu korang? Banyak manfaatnya bila kita amalkan pemakanan cara tradisional. Lets kurus yer!

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top