Sandwich Telur Ringkas

Hi korang! Sebelum ni Kak Bell ada kongsikan Sandwich Tuna Bellarina, harini Bella share Sandwich Telur yang mudah dan ringkas. Memang ringkas sangat sebab tak gunakan mayonis dan sayuran. Sebenarnya, disebabkan tak nak bazirkan roti yang dah nak hampir tamat tempoh, Kak Bell terus sahaja buat sandwich. Balik dari kerja dah tak sempat nak mancari mayonis dan salad. Gunakan sahaja bahan yang ada. Untuk sandwich ni, korang boleh je letak apa yang korang suka. Untuk tekak sendiri, tak menjadi masalah pun kan! Habis kalu dah segala mak nenek korang nak letak, nak buat Subway ke?


Bahan-bahan
1 bungkus roti
4 biji telur rebus
1 biji bawang besar
1 sudu teh lada sulah
2 sudu besar sos cili
2 biji cili api

Untuk telur, bawang & cili, Kak Bell guna manual chopper. Mudah dan cepat!

Cara membuatnya:
1) Rebus dan hancurkan telur. Perasakan dengan serbuk lada sulah.
2) Hiris bawang merah, cili api dan kemudian campurkan dengan telur yang dah dihancurkan tadi.
3) Masukkan sos cili dan kacau rata.
4) Ratakan adunan telur di atas roti dan lapik dengan sekeping roti lagi.
5) Potong bahagian tepi roti yang keras dan potong roti mengikut bentuk yang disukai.

TIPS!
  • Sedap jika gunakan roti wholemeal.
  • Jika nak guna roti biasa, pastikan roti tu jenis yang keras sikit, roti yang terlalu lembut tidak sesuai.
  • Tambahkan mayonis atau cheesedale untuk lebih sedap.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top