Resepi Sardin Tin Masak Kari

Hi korang! Rasanya lama tak menghapdate resepi. Maksudnya, lama lah dah tak ke dapur nak mengekspresi diri! Haha. Kebetulan ada satu tin sardin. Sebelum ni dah pernah share Resepi Ikan Sardin Fresh Masak Kari, so kita buat sardin tin masak kari pula ya! Selamat memasak!


Bahan A
1 tin sardin besar
3 biji ubi kentang - dipotong empat
2 sudu besar serbuk kari Baba's
2 sudu besar asam jawa
3 biji cili api
Sedikit santan
Air secukupnya
Sedikit minyak
Sedikit garam

Bahan B (hiris/tumbuk)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah


Cara penyediaan:
1) Asingkan ikan sardin dan sosnya.
2) Tumbuk bawang putih dan bawang merah.
3) Hiris bawang besar.
4) Tumis bawang yang ditumbuk, bawang besar hingga naik bau.
5) Masukkan serbuk kari yang dah dibancuh. Biar sampai pecah minyak.
6) Masukkan kentang, air dan garam. Masak hingga kentang empuk
7) Masukkan air asam jawa dan santan secukupnya. Biar mendidh.
8) Masukkan ikan sardin yang dah digoreng dan masak hingga sebati.

TIPS!
  • Kalau nak masukkan sekali sos sardin tadi pun boleh.
  • Boleh tambahkan sedikit halia jika suka untuk hilangkan rasa hanyir sardin.
  • Goreng terlebih dahulu ikan sardin untuk elakkan sardin hancur


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top