Resepi Kobis Goreng Taucu

Hi korang! Resepi kobis goreng ni, Kak Bell cuba-cuba je masak dengan taucu. Tak tahulah kalau korang penah buat masakan ni atau tidak. Kebiasaannya, orang masak sayur kangkung dengan taucu adalah kan. Btw, rasa kobis goreng taucu ni sedap juga. As long as boleh di makan, rasa nya tak pelik, kita telan ajelah. Kalau korang dah cuba, cuba komen ok ke tidak rasa kobis taucu ni kay!


Bahan-bahan:
1/4 kobis
1 genggam ikan bilis
2 biji bawang merah 
1 ulas bawang putih
3 tangkai cili kering
1 peket taucu 


Cara penyediaan:
1) Bersihkan sayur kobis dan potong ikut suka.
2) Rendam ikan bilis sekejap dan toskan.
3) Hiris semua bawang merah dan bawang putih.
4) Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis semua bawang, cili kering sampai naik bau.
5) Kemudian masukkan ikan bilis, kacau hingga naik bau & masukkan taucu. Kacau lagi.
6) Kemudian masukkan kobis dan sedikit air.
8) Boleh tambah perasa jika suka.
7) Kacau rata hingga sayur kobis masak.

TIPS!
  • Tak perlu gunakan garam sebab taucu dah cukup masin.
  • Boleh juga tumbuk hancur ikan bilis bersama bawang merah dan bawang putih.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top