Logan (2017) - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Logan (2017)

Trending

Logan (2017)

Hi korang! Semalam (Sabtu 4 Mac) sempat mencuri masa pergi menonton filem Logan di GSC Mid Valley. Btw, tak dapat tiket premier pun kali ni. So, Kak Bell pergi tengok sendiri ajelah. Kaedahnya dah beratur untuk tiket siang tu, disebabkan terlalu ramai sangat manusia nak tengok movie sampai kena beli show malam. Tengah2 beratur tu dah berkelip2 showtimes tunjuk selling fast! Akhirnya beli tiket jam 11pm! Kebetulan pulak ada birthday party kawan, jadi bagus jugaklah tengok tayangan waktu malam. Bergegas dari event, terus ke Mid Valley. Jem la pulak kat Cheras, macam nak gila drive sebab nak cepat sampai. Hehehe. Hujung2 sampai wayang jam 11.25pm. Malu aje sebab semua penonton tengah kusyuk menonton. Kak Bell pulak terhendap-hendap cari seat kan!!


Pengarah :James Mangold
Pelakon : Hugh Jackman James (Logan" Howlett/Wolverine), Patrick Stewart (Charles Xavier / Professor X), Stephen Merchant (Caliban), Dafne Keen (Laura / X-23), Boyd Holbrook (Donald Pierce/ Leader Reavers), Elizabeth Rodriguez (Gabriella, Transigen nurse)
Running: Time : 2h 17m 
Genres : Action, Drama, Sci-Fi, Thriller

Kisah berlatarkan tahun 2029. Masa ni mutan semua dah pupus disebabkan virus yang dicipta oleh Transigen Project. Logan (Hugh Jackman) dalam cerita ni, memang nampak berusia sangat sebab healing factor dia yang dah mula tak berkesan disebabkan keracunan adamantium. Yang tinggal cuma Logan dan mutan buangan Caliban (Stephen Merchant) yang mengasingkan diri di tapak kilang lama di sempadan Mexico untuk jaga Charles Xavier/Professor X (Patrick Stewart) yang dah nyanyuk.



Jururawat Transigen, Gabriela hubungi Logan dan mintak Logan bawa sorang budak perempuan berusia 11 tahun, Laura (X-23) ke tempat yang dipanggil "Eden". Bila Logan pergi jumpa nurse tu, Gabriela dah pun dibunuh. Kemudian, Leader Reavers datang ke tempat persembunyian Logan untuk dapatkan semula Laura. Btw, Logan, Xavier dan Laura sempat escape tapi Caliban ditangkap. Caliban didera untuk mengesan dorang ni dengan menggunakan kuasa mutan dia. 

Leader Reavers

Daripada video yang dirakan Gabriela, Transigen ni breed new mutant gunakan sampel DNA dari mutan2 sedia ada untuk projek "X-23" but mutant yang dihasilkan sukar di kawal. Transigen mulakan program baru untuk projek "X-24" dan semua kanak-kanak mutant dari projek "X-23" akan dibunuh. Gabriela membantu beberapa orang kanak-kanak melarikan diri ke sempadan untuk menyelamatkan diri. Laura merupakan kanak-kanak yang dibesarkan dengan sampel DNA Logan.


Mutant X-23, female version of Wolverine

So mission Logan adalah selamatkan Laura ke Eden untuk berjumpa kawan2 dia yang lain dan lari ke sempadan. Pertempuran dengan X-24 yang merupakan mutant yang sama macam Logan tapi lebih kuat. Akhirnya, Logan tewas sebab tertikam dahan pokok dan ditikam berulang kali oleh X-24 tetapi dibunuh oleh Laura menggunakan peluru adamantium. Sebelum mati, Logan sempat merasakan apa erti sebuah kekeluargaan bila Laura meratapi dia.




Okey, cerita ni merupakan filem terakhir Hugh Jackman sebagai Wolverine dalam siri cerita X-Men. Kalau peminat-peminat komik Marvel mesti lagi tau lah yang Logan ni digelar sebagai The Old Logan. Keseluruhan cerita memang sangat best. Dari awal sampai habis memang tak bosan langsung! Aksi Laura sebagai X-23 pun best. Perbezaan Wolverine perempuan ni, Laura ada cakar kat bahagian kaki berbanding Wolverine yang cuma ada claw kat tangan. Btw, dalam cerita ni, tak adalah macam sekuel X-Men yang sebelum ni padat dengan aksi berlawan menggunakan kuasa mutant. Cuma ada sedikit sahaja babak yang tunjukkan kuasa mutan-mutan X-23. Semasa babak Charles Xavier dan Logan mati memang sedih. Kak Bell memang tak boleh lah tengok scene sedih-sedih ni. Apa-pun cerita ni memang berbaloi untuk korang tonton! Sedih Logan dah takde. Btw, kawan Kak Bell, si Datin Maria cakap mula i iras2 nurse Transigen tu. Sentap!! Haha

Berapa bintang nak bagi? : 9/10









Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post