Fussy Cat?

Hi Korang! Lamanya tak cerita pasal anak2 bulus ni. Hari ni nak cerita pasal tandas dan cerita poo meow. Korang pernah alami tak bila kucing korang tak berak dalam toilet dorang? Btw, tengah2 dok menaip ni, Cik Lucy boleh pulak melepas kat luar tandas dia. Memang kena sangatlah dengan tema yang nak dikongsi harini. Kak Bell benti jap menaip pergi bersihkan tandas dorang sat!


Kucing ni sebenarnya sangat cerewet dalam hal2 macam ni. Diantara puncanya adalah stress, kemungkinan sakit seperti cirit-birit atau kena batu karang. Kalau time tengah naik angin, memang keluarlah suara halilintar membelah langit kan! Menjerit nak rak pun, kita gak hujung2 kene pi cuci kan. Haha.Dari pengalaman, denda atau marah dorang memang bukan jalan penyelesaian. So kita kena beri lebih beri perhatianlah kat dorang ni. Ni diantara 6 sebab kucing korang melepas kat luar tandas dorang.

1. Pasir dan tandas yang kotor
Kucing sukakan toilet yang bersih dan tiada bau busuk. Disarankan korang selalu bersihkan tandas dan pasir dorang paling kurang pun 2x sehari. Kalau tak dibersihkan, menyebabkan pengumpulan bau ammonia yang kuat dan tengit. Time sibuk2 nak mengemas toilet dorang, time tu lah memasing nak melepas kan. Bergilir-gilir pulak tu. Memang tunggu toilet bersih, baru dorang nak berak yer! So far anak2 bulus kat rumah ni semuanya ok. Masa baby ajelah, berak merata. Dah lama2 pandailah dorang cari tandas dorang. Btw, kena litter box trained jugaklah. Nanti kita buat kursus litter box trained yer!

2. Lokasi Tandas
Tempat korang letakkan 'tandas' kucing juga penting untuk pastikan si comel dapat lepaskan hajat dengan tenang dan selesa. Cari tempat yang terlindung, bersih dan redup kerana kucing bersifat pemalu dan territorial. Mereka tidak gemar untuk melepaskan hajat secara terang-terangan kerana mereka cepat rasa terancam. Jika boleh elakkan meletakkan tandas di sebelah mesin basuh kerana bunyi yang bising. Btw, letak je kat tempat yang sesuai.

3. Pertukaran Jenis Pasir
Sometimes, kucing tak nak menggunakan tandas dorang jika ditukar jenis pasir secara mendadak. Seperti yang dikatakan tadi, kucing ni adalah haiwan yang cerewet dan territorial. Mereka tidak suka pada perubahan yang baru. So far, kucing Kak Bell selesa gunakan pasir. Cuma kalau tukar pasir tu, dorang akan cium dululah. Kalau meow kecik kena pantau, takut dorang makan pasir tu.


4. Tandas Saiz & Jenis Tandas
Saiz litter box kucing juga memainkan peranan. Kenal pasti karekter kucing korang, adakah mereka suka tandas terbuka atau tandas bertutup. Beli je yang besar terus senang. Kucing korang bukannya makin mengecik kan!

5. Perubahan kawasan sekitar
Sekiranya baru berpindah rumah atau pindahkan lokasi tandas, beri peluang untuk kucing korang beradaptasi di tempat baru. Bukan semua kucing/haiwan atau orang yang sukakan perubahan drastik.

6. Tandas yang tidak cukup
Meon ni, dorang sukakan tempat yang ada bau/marking mereka. Jika ada banyak kucing, sediakan tandas yang cukup sebab dorang tak suka tandas dikongsi dengan terlalu banyak kucing lain.

Muezza masa kecik!

Nasib baik, semua anak2 bulus Kak Bell berak dan melepas dalam tandas.Sekali-sekala adalah terkeluar dari port. Mungkin salah bajet kot! Lagi satu ada tak kucing korang dah berak tapi tak reti nak kambus? Ha kucing Kak Bell Si Muezza ni dari kecik sampai besar tak pandai kais pasir. Dok berejam2 kais litter box! sebab masa kecik dulu kononnya yakut bulu dia kotor. Lepas berak je Kak Bell angkat tolong dia. Haha. Lagipun dia ni over sket geli melampau2 sebab diva kot! Memang sesuai sangat lah gelaran “Fussy Cat” kat dorang ni kan, pasir pun pakai jenama Fussy Cat. Hehe.

Sumber:
I Vet Petcare

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top